Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday, 16 November 2011

Kecuakkan yang berganda-ganda


Salam.

Kelas International Comm malam tadi, after second presentation tanpa disangka-sangka lecturer kitorang telah berikan kertas test haritu berserta dengan markahnya sekali. Phewww...tak semena-mena kami satu kelas jadi tak keruan. Bermacam-macam perasaan bercampur-baur, ada excited, cuak, nervous dan macam-macam lagi la. Mula-mula lecturer ni bagi la tau score markah tertinggi sekali ialah 19/20 then the lowest among alls is 3/20..WHAT!!??? 3 OVER 20...damm..time ni semua orang punya muka dah jadi kelat, sekelat-kelatnya la...termasuk la I..semua muka tak pandang depan dah time ni...

I pun dah tak boleh nak duduk diam sebab I tau macam mana I buat untuk test haritu. Seriously, I banyak hentam je...haha..siap malam-malam mimpi dapat markah paling teruk skali dalam kelas...ahahahaha...

what do you expect from pure sciences student to answer communication...it's really difficult you know...and you want to know why?? Because, in sciences especially in Biology, we tend to answer specifically  in that particular of area...compared to communication or sociology, the area of study are so broaden and general...but thank God, Alhamdulillah...I'm not the person that get the lowest mark...and frankly, I'm quite shocked because I've got better mark from the mass comm students itself. Bukan nak bermegah, tapi at least my spirit to further in this field tak la down sangat kan...walaupun my English berterabur kalah budak SPM..haha...well, I'm promise to myself to improve my English seriously...For now, I can sleep in the smile face...hahaha... :P

Tuesday, 15 November 2011

secebis perkongsian hati ini... :)

Salam alaik...

Lama betul tak singgah di blog ni...nampaknya sudah bersawang bercampur dengan hutan rimba skali..kih kih..well, harini saje je nak mencoret walaupun tanpa hala tuju yang jelas...minat untuk menulis tu ada, dan kadang-kadang banyak je idea nak tulis mengenai kehidupan sekeliling cuma sifat kemalasan untuk menaip tu menggunung lebih dari segala-galanya...aisshhh, nauzubillah...

Semalam ada tengok program jemputan umrah di oasis tv by Astro...ada seorang pesakit kanser tulang (bone cancer) ni maybe dalam tahap yang agak kritikal dah rasanya. Umurnya baru mencecah 16 tahun, namun begitu beliau sangat tabah dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Beliau tetap bersemangat meneruskan pelajarannya dan membantu ibunya membuat kerja rumah. Dihospital yang beliau menerima rawatan, ada sebuah yayasan NGO yang membantu menjayakan hasrat atau keinginan anak-anak atau pesakit. Dan mereka bertanyakan pada pesakit ini, apakah yang amat beliau hajatkan. Pesakit ini telah memberitahu bahawa beliau teringin untuk menunaikan umrah. Namun begitu, mereka memberitahu bahawa hajatnya terlalu besar dan memakan kos yang tinggi. 


Justeru itu, pesakit ini berkata bahawa beliau teringin sangat untuk berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Selepas beberapa hari, beliau menerima berita gembira bahawa Tun sudi bertemu dengannya. Beliau berasa sungguh gembira dan kata ibunya, mereka lihat satu semangat lain dalam diri pesakit ini. Beliau makan dengan selera sekali dan wajahnya amat berseri-seri. Maka segala persiapan dibuat untuk bertemu dengan Tun. Pada hari kejadian beliau berbual panjang dengan Tun, malah beliau sempat bertanya pada Tun, sebagai seorang doktor adakah Tun boleh memberinya ubat untuk penyakitnya ini, dan Tun berseloroh mengatakan certificate doktornya sudah ditarik balik dan beliau hanya boleh berikan panadol sahaja padanya....dan semua yang berada di situ ketawa mendengarnya. Diakhir pertemuan mereka, Tun sempat berpesan padanya bahawa jangan sesekali berputus asa, sentiasa berfikiran positif dan BANYAKKAN MENULIS.  

Selepas daripada perjumpaannya dengan Tun, beliau (pesakit kanser) menulis kisah riwayat hidupnya sehinggan Tamat. Alhamdulillah hajat beliau utk ke Tanah Suci juga tercapai apabila terpilih dalam program Jemputan Umrah Astro sebelum menghembuskan nafas yang terakhirnya. Pada Febuary lalu, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi pangkuan keluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Di sini kita boleh lihat bagaimana semangat seseorang pemimpin itu boleh menyinari hidup seorang yang lain amatlah dikagumi. Begitu juga denga kita, mungkin dengan hanya sedikit pertolongan atau senyuman ikhlas kita dapat membahagiakan hidup orang lain. Saya tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh Tun, iaitu banyakkan menulis. Mungkin dengan menulis, otak kita akan sentiasa berfikir dan alert dengan persekitaran. Dan ia juga dapat menjana pemikiran yang kreatif dan kritis. Menerusi penulisan, kita akan lebih inginkan pengetahuan. ya, nasihat ini juga pernah sy dengar daripada bapa sy. Menulislah dari hati dan bukan kerana ingin membuatkan orang lain impress kepada kita. InsyaAllah lepas ni, jika idea datang mencurah-curah ingin nukilkan ia sepantas yang boleh. 


note: Tun Mahathir Mohamad juga merupakan idola dan pemikir yang saya kagumi di era ini. Teringin bertemu dengan Tun sebelum beliau menutup matanya. (^_^)