Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, 26 April 2013

Happy Birthday Daesung-ahh

Annyeong haseyo,

Today is our dearest smiling angle Kang Daesung birthday.. 26th April

To my dearest smiling angle, Kang Daesung,





Saengil chukha hamnida

Happy Birthday to you

I wish you all the best, may have a great year ahead and happy always with everyone around you. Thank you for your hard work for your fans especially VIPs.. (^_^)

...I made this special for you...


I'm glad I know you from Family Outing and that make me know about BigBang. Thank you.

You really have such a wonderful voice, great personality and always gives us a warm feeling and also brings us joy and inspiration.

Saranghaeyo Daesung-ahh :)









p/s: All foto & image in this post are belong to the first owner. I do not owned anything.









Monday, 15 April 2013

Travelog Korea - Hari 7 (part 2) - Itaewon, 63 Building

Setelah tour ke DMZ tamat, tourist guide bagitau yang diorang akan drop kitorg di dua tempat samada di Itaewon atau City Hall. Maka kitorg ambil keputusan untuk turun di Itaewon memandangkan di situ ada masjid dan restoran makanan halal. Sampai je kat sana, berdasarkan peta bandar Itaewon yang kitorg ada, misi mencari masjid bermula kerana pada waktu tu sudah masuk waktu Zohor. Alhamdulillah, jalan nak ke sana tak la susah pun. On the way tu boleh pulak terserempak dengan satu family dari Malaysia yang kitorg jumpa di Nami Island semalam. Hai makcik...hai opah...giitteeww...

Masjid Seoul di Itaewon


Makan tengah hari






Nyummy...alhamdulillah kenyang perut, hati girang...


Perjalanan diteruskan ke 63 Building yang bertentangan dengan Hangang River. Gigih tau kitorg mengharungi kesejukan malam pada suhu -9 degree celcius. Hajat dihati mahu naik Hangang Cruise tetapi memandangkan angin yang kuat di kala suhu jatuh negative degree, terpaksalah membatalkan sahaja hajat itu. Den dah tak sanggup...ahaha..63 building ni senang je nak cari sebab bangunan dia adalah yang paling tinggi kat area Yeouido Park dan berwarna keemasan.

63 Building is a skyscraper on Yeouido island, overlooking the Han River in Seoul, South Korea.

Di 63 Building, ada Sky Art, Sea World, IMAX theater dan  Wax Museum. Kitorg pilih untuk ke Wax Museum dan Sky Art dengan harga krw30,000 ++ untuk dua-dua tempat.
 
 

 









Pemandangan dari skyart 63 Building. Dapat dilihat Hangang River dan pemandangan bandar Seoul di waktu malam. Rupa-rupanya jammed jugak Seoul ni kebetulan esok tu adalah public holidays iaitu Chinese Lunar New Year. Berbondon-bondon la orang nak balik kampung..ye idok?! Bayangkan betapa tingginya deck Skyart ni hinggakan Namsan Tower juga turut kelihatan...















Sunday, 14 April 2013

Travelog Korea - Hari 4 - Jeju-si, Jeju Island


Hari ke-4 kitorg menginap di Hostel Korea II atau lebih dikenali sebagai HK Jeju 2....dan ianya sangatlah cozy di sini. Apa yang menarik, salah seorang daripada pekerja di sini adalah pelajar Malaysia yang sedang cuti sem. Woah, best2 akhirnya dapat gak cakap bahasa melayu di Korea...wakakaka. Keesokan harinya kitorg plan nak tour the other part of Jeju. Tapi setiap tempat pelancongan di kawasan ni boleh tahan jauhnya dan nak save & meng'optimum'kan masa yang ada, kitorg decide untuk sewa sebuah teksi sehari iaitu 9 jam. Sampai je di guesthouse, kitorg pun tanya la kot-kot diorg ada provide service ni dan alhamdulillah, diorang ada.Tetapi, berapakah harganya?? Mahal ke?? dah la kitorg ni dalam percutian bajet, haruslah kena ngan bajet yang ada kan...annddd guess what?! harga utk satu teksi selama 9 jam adalah KRW120,000. Bahagi dua seorang dalam KRW60,000. Ok la tu..dikira murah la jugak..



Hostel Korea II (HK Jeju 2)


Sangat warm bilik ni di musim sejuk

Lebih kurang jam 9 pagi, ahjussi teksi dah sampai ke guesthouse untuk memulakan pengembaraan kitorg seterusnya. Mula-mula, kita haruslah bagitau ahjussi ni tempat-tempat yang kita nak pergi dan pada masa yang sama dia akan suggestkan tempat pelancongan yang lain mengikut kesesuaian. Siap bawa keluar map Jeju lagi...hehe. Ahjussi ni sangat ramah dan baik hati. Walaupun tak berapa fasih cakap English, dia cuba sedaya upaya untuk communicate dan bercerita pasal setiap tempat. Paling terharu bila dia cakap, dia sangat sukakan orang Malaysia. Dia cakap orang Malaysia ni baik. *kembang semangku kau..hewhewhew*  


Yongduam Rock (batuan yang seakan-akan kepala naga): Free



Manjanggul Cave: KRW2,000



Sangumburi Crater: KRW6,000
  


Seopji Koji: Free









Seongeup Folk Village: Free

 Kebanyakan rumah diperkampungan ini adalah merupakan rumah asal penduduk Jeju yang diwariskan sejak turun-temurun dan masih mengekalkan identiti asalnya sehingga kini. Antara ciri landskap utama rumah ini adalah dindingnya diperbuat daripada batu lava hitam dan pagar utamanya diletakkan patung nenek moyang iaitu Dolhareubang.


Sempat la juga pergi mengacau ahjuma-ahjumma ni pintal tali. hehe
Gelagat ahjumma yang bersungguh-sungguh ajar kitorg cara-cara yang betul menggunakan alat pintalan ni sangat mencuit hati. Manakan tidak, jurang bahasa membuatkan komunikasi antara kami sering tergendala. Walaupun begitu, akhirnya berjaya gak mempelajari kaedah buat atap jerami itu.



Hyeop-jae Beach...cantikkan..macam dalam lukisan..*masuk bakul angkat sendiri* (>_<)

Kebanyakan tempat yang dilawati adalah disekitar pesisir pantai. Angin yang bertiup kencang dalam cuaca musim sejuk betul-betul mencabar ketahanan fizikal dan mental kitorg. Sejuknya bukan main lagi, mencucuk hingga ke tulang hitam. Tetapi apabila melihat keindahan alam pulau hasil daripada letusan gunung berapi ini segala perasaan tadi hilang di bawa angin...*ecewahhh berpuitis la plak... (^_-)*



Ada yang bertanya dimanakah restoran ini, secara jujurnya saya pun tak berapa sure dan saya minta maaf banyak-banyak sebab kami hanya mengikut ahjussi taxi yang kami chartered haritu je...Tapi apa yang saya boleh kongsikan adalah gambar persekitaran restoran ini. Yang penting dari restoran ni boleh nampak Seongsan Ilchulbong Peak dari sisi. Boleh tengok gambar atas ni ye. ataupun boleh la contact restoran ini terus ye..no contact ada di gambar bawah.




lunch time kitorg... Nom..Nom..Nom..


Sepatutnya time lunch kita kena bayarkan makanan untuk ahjussi taxi ni juga, tetapi dengan lembut ahjussi ni tolak pelawaan kitorg untuk belanja dia makan. Rasa serba salah pula biar ahjussi ni makan sorang-sorang, tapi nak buat macam mana, dia berkeras tak nak join kitorg, dia takut kitorg bayarkan makanan dia.
He treat us like his daughter..Awww sobness terharu...


Udo Island



Seongsan Ilchulbong Peak



Mysterious Road



Jeju Harrubang or Jeju tangerine at Dongmun Market Place



Kenagan bersama ahjussi teksi yang baik hati.

*I highly recommend this ahjussi taxi for those who are looking for chartered  taxi tour in Jeju Island.  He is really nice man even though he can't speak fluent English but his service is the best.*

 updated info July 2015:
 Here is Mr Jang contact number and email address.
Below are the rate that they offer for chartered tour taxi in Jeju Island:
1-4pax taxi : 130,000KRW
5-8pax jumbo taxi : 180,000KRW
9-12pax mini van: 220,000KRW
Rates included 8hours tour, parking fee and fuel charge.
Excluded lunch and entrance fee.
Extra hour 10,000KRW per hour for taxi and jumbo taxi
Extra hour 20,000KRW per hour for mini van


Expenses for today:

1) Hostel Korea II: KRW30,000/person/night x 3 night: KRW90,000
2) Chartered taxi: KRW120,000 divide 2: KRW60,000/person
3) Manjanggul cave: KRW2,000
4) Sagumburi Crater: KRW6,000
5) Trick Art Museum: KRW7,000
6) Lunch: KRW30,000 divide 2: KRW15,000/person











Saturday, 13 April 2013

Travelog Korea - Hari 3 - Seogwipo, Jeju Island part 2

Sambungan daripada entry sebelum ni.. travelog korea hari-3 Seogwipo, Jeju


Selepas dah puas pergi ke setiap tourist attraction di area Seogwipo, maka perjalanan diteruskan ke Jungmun Tourist Complex aka Kompleks Pelancongan Jungmun menggunakan airport limousine bas. Ala bas yang kita naik dari airport aritu yang nak ke Seogwipo tu..tapi kali ni bukan tunggu depan New Kyungnam hotel tau, kena jalan depan sikt lagi then ada booth utk beli tiket bas ni. Tambang bas around KRW1,500.
Sampai je kat Jungmun Tourist Complex, terus kitorg ke Teddy Bear Museum.






Teddy bear termahal...Louis Vuitton








Pastu gerak ke Yeomiji Botanical Garden. Untuk ke sana dari Teddy Bear Museum, kena cross jalan ke arah signboard jalan besar..dari situ turn right then straight je sampai la jumpa GS25 kot ke mart yg mcm 7eleven (kalo tak silap la)  tu sebelah kanan, pastu akan nampak mcm pintu gerbang sebelah kiri..ye, maka kini anda sudah sampai ke destinasi anda iaitu Yeomiji Botanical Garden.


Ripleys Believe It or Not Museum
Kat sini kita boleh naik mcm train untuk pusing-pusing di sekitar garden ni tapi kena la bayar KRW1,000. Macam biasa la, hanya kitorg je pelancong asing waktu tu, maka terkial-kial la kitorg ni nak gi beli tiket. Sebab tiket tu kena beli guna mesin. Dalam hati teman dah risau buatnya mesin tu bukan bilingual tak ke jenuh kitorg kan...Alhamdulillah, nasib kitorg sangat baik, sebab driver train tu meng'offer'kan dirinya untuk tolong belikan tiket..*yeeehhhaaaa*








Waktu dok pusing-pusing garden tu, teman ternampak jambatan yang biasa ku lihat, tapi di mana ye??!! Haaa!! Dari pembacaan ketika dok berblog walking sebelum ni, ada yang tulis mengenai antara tempat-tempat yang harus di lawati ketika di Jeju dan itu lah tempatnya...apa lagi kalau bukan Seonimgyo Bridge.

Memandangkan cuaca tidak begitu mengizinkan dan hari semakin suntuk, kitorg memutuskan untuk melawat Muzium Teddy Bear, Yeomiji Botanical Garden dan Jambatan Seonimgyo sahaja. Sebenarnya, kat kawasan ni je tertumpu banyak tempat tarikan pelancong antaranya seperti Muzium Ripleys Believe It or Not dan pantai Jungmun.
Admission fees: 1) Teddy Bear Museum - KRW8,000
                           2) Yeomiji Botanical Garden - KRW10,000