Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, 14 August 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 9 & 10: Tokyo (Nippori, Shibuya, Shinjuku-LOVE sculpture) - KUL

Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok pagi, kitorg decide untuk ke Tokyo sekali lagi sebab yang hari tu rasa macam terlebih rushing ke sana-sini. Tempat pertama yang dituju adalah Nippori Fabric Town. Nak la juga usha-usha kain mana la tau dapat beli sehelai dua kan. Di sini banyak juga kedai-kedai fabrik tetapi melalui pembacaan blog-blog diorg cakap kedai Tomato menawarkan harga yang lebih murah.

Kedai Tomato yang dimaksudkan


 * Tiga pic di atas diambil dari google. Credited to the owner*


Seterusnya, untuk mengoptimumkan lagi masa, kitorg split dua couple. Ini kerana, Athirah dan Syikin nak pergi ke Hard Rock Cafe di Roppongi, manakala aku dan Maira nak ke Daiso, Harajuku coz nak cari bekas untuk buat shepherd's pie khas untuk Malaysian yang banyak tolong kitorg sepanjang di Jepun. Kitorg janji nak jumpa balik dalam pukul 11 pagi kat area Shibuya. Lepas tu kitorg decide pergi ke Shinjuku untuk cari LOVE sculpture. 

Ada persembahan jalanan


Shibuya crossing pada waktu siang.

 LOVE sculpture di Shinjuku. Well nak cari love sculpture ni a bit tricky..tak tau la sebab kitorg tersalah turun station or salah belok jalan ke apa hingga kitorg sesat-sesat la gak cari mende alah ni..last2 tanya je local people..mula-mula bila tanya love sculpture diorg agak terpinga-pinga then after tunjuk gambar baru la diorg tau...
Ni direction nak ke Love sculpture:  
It's located outside the I-land Tower, a short walk from Shinjuku Station (West exit).
You can probably figure out the access map below...
Love sculpture

Kalo nak senang, cari je bangunan berbentuk seperti gambar di atas kerana LOVE sculpture ni dekat dengan kawasan itu.

Lots of love from us.. muahciked..hiks

Malam tu kitorg ajak Fikri, Mohsen dan family untuk makan-makan bersama sebab esok kitorg dah nak balik..so, Fikri bawa la kitorg gi restoran Pakistan kot..tapi makanan dia boleh tahan sedap la gak..

Haaaaa...tempting tak tengok...ngeh3x.. :P
Jus mangga lassi tu sedap wehs..

Say cheeseeeee everybodihhh...

Ruzana's shepherd's pie yang dibuat dengan penuh kasih sayang kakaks untuk adek-adeksnye ye...walopon rasanya tak sesedap yang di Malaysia, almaklumla tak cukup bahan...
maapkan hakak ye adek-adeks...nanti balik Malaysia claim balik kat hakak yew...

Good bye Japan...till we meet again..
iols tak naik Japan Airlines pon just ambil gambar sajork..

p/s: nanti iols share itinerary di Jepun ye dan sedikit tips..tungguuuuu... ;)

Thursday, 13 August 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 8: Osaka museum of housing and living

Sebelum pulang ke Tokyo hari ini, kitorg singgah di  Namba dan Dotonbori untuk rasa takoyaki yang sedap.  Tapi sebelum tu, destinasi pertama kitorg adalah ke Osaka museum of housing and living untuk mencuba baju tradisional Jepun iaitu kimono. Tak sah la kalo datang ke Jepun tak cuba baju tradisional diorang kan. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke muzium dan cuba baju tradisional berbeza tau. Admission fee untuk ke muzium adalah 600 yen, manakala untuk cuba kimono selama sejam pula adalah 200 yen per person.

Untuk maklumat lanjut boleh check link ini: Osaka Museum of Housing and Living


 Dok fefeling orang Jepun lettew..hiks  >_<




Lepas tu kitorg bergerak ke Namba dan Dotonbori nak shopping & cari makan buat kali terakhir di Osaka. Ini kerana, petang ni kitorg dah nak balik ke Tokyo dah. Kitorg pergi balik kat tempat glicoman semalam tu. 

Di Namba Park.


Bunga-bungaan di Namba Park.

Waktu kitorg nak berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, terjadi beberapa insiden tau. Kat stesen subway Nakazakicho, lokar simpan beg tiba-tiba tak boleh buka. Cemas giler hanya Tuhan je yang tau sebab waktu tu kitorg dah terlambat nak ke aiport. Karang kena tinggal flight tak ke naya kan.  Dah la check-in bagi flight domestik hanya boleh dilakukan di kaunter yang ditutup setengah jam sebelum berlepas. Kitorg panggil la org yang jaga kaunter train tu tolong kitorg kan, tapi boleh plak dia cakap tak tau nak buat macam mana. Whuawhuawhua....mamp**....

Lepas dah settle, dengan kesuntukan masa, apa lagi bermulalah adegan lari pecut macam dalam rancangan 'Amazing Race'. Sampai ada la salah seorang daripada kitorg yang tersungkur di tangga eskalator. Hish jahat tau gelakkan orang..tapi serius waktu tu cemas plus lucu kot...xtau nak buat reaksi apa. Aku cakap kat diorang, ni la first time waktu travel aku masuk acara lari pecut. Macam nak tercabut kaki tau. Hahahaha...Tapi yang leganya bila sampai kat airpot, jadual flight tulis kata delay. Syukur sangat waktu tu walopon memang tak cukup nafas dibuatnya.

Wednesday, 12 August 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 7: Kyoto, Arashiyama Bamboo Forest, Gion

Hari seterusnya dari Osaka kami berangkat ke Kyoto atau lebih spesifiknya ke Sagarashiyama tempat terletaknya Bamboo Forest.

Ini cara nak ke Sagarashiyama dari Osaka Station.





Untuk ke Bamboo Forest, kitorg ambil keputusan untuk naik Sagano Scenic Railway atau lebih dikenali sebagai Sagano Romantic Train. Train ini akan bawa kita menelusuri Sungai Hozugawa antara Arashiyama dan Kameoka. Best sangat pemandangannya. Bayaran yang dikenakan untuk satu hala adalah sebanyak 620 yen. Untuk maklumat lebih lanjut boleh layari laman wen di bawah:
Sagano Romantic Train





video

Train akan berhenti di Kameoka station ye.




 Fefeling hijabista di Arasyiyama Bamboo Forest


Lepas dah puas pusing-pusing sekitar bamboo forest, kitorg bergerak balik ke Kyoto station untuk ke Gion pula.


 Dari sini, kitorg amik bus nombor 100 ke 206 ntah...tak berapa ingat..tapi both bus akan sampai ke Gion bus stop. Bus fare lebih kurang 230 yen. Famous street kat Gion ni adalah Hanami-koji. So lets check it out. Tapi sayang, waktu kitorg pergi tu Geisha or maiko tak kelihatan pun. Hmmm...memang susah ke nak nampak kelibat diorg ni ye. Baru ingat nak bergambar.




Di Shirakawa area. Spot yang cantik untuk ambil gambar.
Ini link berkenaan Gion: Gion

Thursday, 6 August 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 6: Osaka, Rinku Premium Outlet

Hola Hola...

Minta maaf sangat2 lambat update post Jepun ini ye. Ok jom kita sambung...layanzzz

Hari kelima di bumi matahari terbit ini, kitorg meneruskan perjalanan ke Osaka pula. Seawal jam 6 pagi kalo tak silap kami dah bertolak ke Lapangan Terbang Narita dari stesen Kurami. Kitorg tempah domestic flight, Peach untuk ke Osaka yang memakan masa lebih kurang 1-2 jam lebih tak silap.

 Dari stesen Kurami masih boleh kelihatan puncak Gunung Fuji. Ketika ini pukul 6 pagi tak silap. Jangan terkejut, jam 6 pagi di Jepun dah macam jam 10-11 pagi waktu Malaysia tau..matahari dah memancor dah ye.

Pemandangan sekitar Osaka
Sesampainya di Lapangan Terbang Antarabangsa Osaka, kitorg ambil keputusan untuk ke Rinku Premium Outlet dengan menggunakan shuttle bas yang disediakan di luar airport. Pastikan anda tengok signboard yang betul dan beratur lah menunggu ketibaan bas tersebut. Nak cari tempat shuttle bas ni, keluar je dari Kansai airport belok kanan dan ada banner (kalo tak silap) tulis Rinku Premium Outlet. Fare yang dikenakan adalah sebanyak ¥200 (Dewasa) dan  ¥100 (Kanak-kanak). Jarak perjalanan lebih kurang 20 minit.
Boleh rujuk laman web berikut:
Rinku premium outlets




 Sedikit perkongsian buat Muslim, di Rinku Premium Outlet turut disediakan tempat sembahyang. Untuk ke bilik solat ini, first, anda haruslah pergi ke information kaunter tanya dan daftar untuk menggunakan bilik solat yang disediakan. Nanti staff information kaunter akan bawa anda ke bilik berkenaan. 

Lepas dah puas berjalan sekitar Rinku Premium Outlet kitorg bergerak ke tempat penginapan yang saya tempah di Nakazakicho, Osaka berhampiran Osaka Station menggunakan Airbnb.

Untuk ke Rinku train station, boleh rujuk peta di bawah ye..


Sebelum pergi ke tempat penginapan, kitorg singgah sebentar di Namba nak cari takoyaki. Time ni pula hujan renyai-renyai...dah la aku demam pastu batuk plak tuh...adoila, makanya terpaksa la pergi beli payung dan cari ubat batuk. Dapat juga la merasa pakai payung transparent Jepun tuh..harganya ¥500 ko!!! Tapi yang paling tak boleh blah ubat batuk dia..mak aiii...kena telan sebotol terus lebih kurang 30ml kot..dah la tak sedap langsung. At least ubat batuk Malaysia telan sesudu besar dan rasanya boleh la diterima lagi compare dengan yang sini. Sumpah ak minum sebotol je pastu yang lain bawa balik. Nak tinggal sayang, mahal kot...

Dari Namba kitorg bergerak pula ke  Dotonbori. Ha sempat lagi tau berposing.


Bergambar depan Glicoman

Airbnb di Osaka..berhampiran Nakazakicho station..Recommended...

p/s: nantikan update seterusnya kami ke Kyoto  pula.  ^________^