Sudah lama benor tak jenguk blog kesayangan ni. Ok la tak nak cakap banyak, di sini sy nak kongsikan contoh itinerary untuk backpackers trip ke Korea selama 10 hari yang saya pergi ketika time winter bulan Feb 2013 lalu. Al maklum la waktu mula-mula nak pergi trip tu tercari-cari mana la nak dapat contoh itinerary kan. So, setelah buat research & dapat suggestion drpd my partner & kawan-kawan, maka tadaaaaa....ini lah hasilnya.
Ini hanyalah draft plan perjalanan ketika di sana. Supaya kita ada guide line apa yg nak dibuat...mana la tau kot2 sampai sana blank sekejap kan...Apabila tiba di sana, itinerary boleh diubah ikut kesesuaian. Sometimes, ada je tempat yg tak dapat nak di cover seperti yang dirancangkan...so just take it easy and chill.. :)
Memandangkan Namsangol Hanok Village ni dekat dengan Namsan Tower maka kitorg ambil keputusan untuk datang ke sini nak tengok persembahan kebudayaan...nasib baik staff KTO TIC bagitahu semalam. Kalo tak, tak merasa la nak tengok performance secara percumakan...untuk ke Namsangol Hanok Village a bit tricky walaupun dengan rujukan peta..kitorg siap tersesat naik ke highway lagi..haha..mesti orang pelik apa la yang dibuat oleh pelancong asing ni tengah-tengah highway..kih3..sambil dok jalan tu...ye kitorg BERJALAN YE..JALAN KAKI DI HIGHWAY...kitorg ternampak bawah highway tu macam Hanok Village..ada rumah tradisional Korea dan ramai orang kat sana..hah! sah..!! tu mesti Namsangol Hanok Village..apa lagi kitorg patah balik dengan ikut kata hati masuk ke kawasan perumahan...jalan punya jalan akhirnya jumpa tempat yang ingin dituju..YEAY!! Time ni persembahan dah start..apa lagi terkocoh-kocoh kitorg cari tempat..sila layankan video-video di bawah.. (^_^)
Demonstrasi pembuatan rice cake kalo tak silap..siapa-siapa nak cuba pon boleh..
Antara kuih tradisional Korea
Permainan tradisional Korea: Yutnori game
Dari taman Namsangol Hanok Village boleh nampak Namsan Tower..yeah di situlah kitorg bakal menghabiskan sisa-sisa terakhir percutian bajet di Korea Selatan untuk tahun 2013
Memandangkan esok flight pagi-pagi buta makanya harini adalah hari terakhir kitorg untuk tour di Korea...sob..sob..sob.. :(
Sedar tak sedar ni adalah hari ke 9 kitorg di Korea...bangga dengan diri sendiri dan my partner kerana kitorg berjaya survived sampai ke hari terakhir..pagi ni kitorg decide untuk ke Myeongdong pula..nak pergi cari cd orang pesan..katanya kat Myeongdong murah..Menurut kawan aku, Mar, kedai cd tu kat atas kedai Nature Republic, better beli cd kat situ kerana cd-cdnya tax free...okey..mula-mula kitorg ingat senang la kan nak cari...tiba-tiba dah sampai sana, bukannya satu je kedai Nature Republic area Myeongdong tu...banyak wei..dalam 3-4 buah jugak la...setiap lorong kitorg masuk...well macam mana boleh jadi mcm tu?? aku rasa sebab kitorg keluar ikut exit lain kot dari stesen subway Myeongdong tu yang menggagau nak cari kedai yang betul..ni rupanya nama jalannya..
Haa...tu la kedainya..nampak tak?? yang hujung sebelah kanan warna coklat ada lambang Nature Republic..yang tu ghupenyer...
Korang nampak apa yang aku nampak?? terima kasih kerana menyambut kedatangan kami Jiyong-ah...ekeke.. ;P
After dah beli cd, maka berjalan-jalan lah kami di Myeongdong cari hadiah untuk adik aku pula...tak abis-abis dok peringat ak hadiah dia...jom kita cari, apa yang best di sini..
Kitorang masuk dalam Spao...tengah sale..so, sempat la aku grab cardigan lelaki untuk dibuat hadiah birthday...tak sempat plak nak snap gambarnya...
Kitorg agak rushing di sini sebab nak kejar pertunjukan kebudayaan kat Namsangol Hanok Village.
Dari Insadong kitorg menuju ke main KTO Tourist Information Centre (TIC) terletak berhampiran dengan Cheonggyecheon stream. KTO TIC ni terletak di bahagian basement ye rakan-rakan. Jangan nak menggatal pergi masuk building KTO yang tinggi tuh, tak silap itu main office diorang karang tak memasal kena halau...kih3..
Antara perkhidmatan yang disediakan di sini, pelancong boleh mencuba pakaian tradisional Korea secara percuma, belajar adab minum tea, boleh cuba permainan tradisional Korea dan belajar cara nak buat angpau Korea...
So, after solat, maka bermulalah sesi pembelajaran mengenai kebudayaan Korea...Sambil-sambil dok menyelami kebudayaan Korea, kitorg ternampak dan terdengar ada suara bercakap bahasa Melayu & sebut Malaysia...Situasi agak menarik ketika kitorg tengah belajar cara-cara nak buat angpau, sebab tiba-tiba ada dua orang lelaki juga turut serta waktu itu tapi diorg dengan instructor lain..cuma bila instructor tu tanya dirang dari mana, diorg cakap Malaysia tapi diorang ni berkomunikasi dalam bahasa Hanggul...perghh mantop...aku bajet mesti diorg ni student Malaysia..
Time nak belajar main permainan tradisional Korea, iaitu Yutnori game, kitorg tak cukup korum, so, plan tak nak la mainkan..tapi tiba-tiba dua lelaki Malaysia tadi tengah nak cuba bermain permainan tu, so apa lagi, diorang ajak la kitorg join sebab ia memerlukan 4 orang pemain. Dengan bantuan diorg yang faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Hanggul, kitorg pon dapat la belajar cara-cara main benda tu...sila ketip video di bawah.
dalam dok main tu aku cakap la kat diorang, "wah hebat korang cakap korea..student sini ke??" diorang cakap tak la...Rupa-rupanya diorang ni kerja di Korea...patut la lancar je bahasa hanggul diorg....tapi tak sempat la pula tanya nama diorang..al maklum la masing-masing khusyuk main dan rushing nak balik lepas tu..isk..isk..isk..teruk kan..dah jumpa orang Malaysia, sombong pulak...mianhamnida..
Oh ye, sambil kitorg bersembang dengan staff di TIC ni, dia tanya sama ada esok kitorg ada apa-apa program ke memandangkan esok hari terakhir di Korea kan...Dia cakap bersempena Chinese New Year, akan ada persembahan kebudayaan percuma di Namsangol Hanok Village...siap bagi lagi instruction how to get there..okay..interesting..maknanya kitorg kena reschedule balik la itinerary kitorg..plan asal nak ke Bukchon Hanok Village...
Selepas selesai urusan di TIC kitorg terus balik ke guesthouse..rehat sekejap..then mulakan misi mencari YG Building...ha kau gigih tau dalam kesejukan malam redah semata-mata nak cari YG Building kot-kot la langkah kanan boleh jumpa artis YG...Bigbang ke 2NE1 ke kan....berangan tak sudah...tapi yang penting tak kan dapat jumpa Daesung...huwaaaaa....dia ada kat Jepun time tu..sob.. sobb..sob...
nasib dalam kegelapan malam itu jumpa juga la yg building ni..macam mana nak ke yg building??
first, dari hongik university amik subway ke hapjeong station. turun di hapjeong station keluar ikut exit 8 ye...pastu jalan straight sampai jumpa circle hotel then straight lagi sampai jumpa statue yang memandang ke arah hangang park...anyway, thanks to other blogger yang bagi direction untuk ke sana...nak senang klik link ni: how to go to yg entertainment building
After fangirling menatap YG Building kitorg angkat kaki pergi Hongdae pula...Disebabkan malam masih muda, kitorg saja la pergi jalan-jalan....
Sempat jugala tengok persembahan dari live band ni...rasanya diorang ni student universiti di sana kot...