Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, 27 March 2014

Artikel travelog Adelaide

Assalamualaikum & greetings to all,

Dah agak lama tak updates kat blog ni kan...sorry la travelog Adelaide yang dijanjikan tak terupload2 lagi. Hari ini hanya mahu kongsikan my second attempt in writing. Artikel ini diterbitkan dalam sisipan KEMBARA BH Ahad pada 2 Mac lalu berkaitan travelog di Adelaide. Mungkin dari situ, anda semua dapat sedikit sebanyak info yang berkaitan ye.






Sunday, 9 March 2014

PrayForMH370

Assalamualaikum and greetings to all...

Have you guys heard about the MalaysiaAirlines (MAS) from KL to Beijing that went missing on 8th February 2014. Let us pray for all the passengers on board and grant strength to their family. 




Tuesday, 14 January 2014

Nantikan kemunculan Travelog Adelaide, Australia

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dah masuk 2014 dah kita ye...Selamat Tahun Baru semua, minta maaflah lambat nak wish..tapi it's better late then never aite? hehe..apa azam tahun baru semua? Hopefully, semuanya ke arah kebaikan dan berlandaskan syariat ye.

so, di sini, saya akan memulakan tahun 2014 ini dengan travelog Adelaide, Australia. Jeng...jeng...jeng...Tapi sebelum itu, post ini hanyalah teaser ye. Saja nak bagi korang excited giteww..hehe.. ^^,

Jom layankan gambar-gambar di bawah dulu ye... ;P


 Melawat Gorge Wildlife Park



Sandboarding di Little Sahara




 Fruit tree hunting di hari Krismas

Wednesday, 27 November 2013

Tips backpackers Korea ketika musim sejuk (winter)

Salam & greeting to all...

Hai semua...pekabor? Bukan main sibuk sejak kebelakangan ni...al maklum lah, sekarang ni cuti sekolah dah bermula...kat office ni pun ramai yang dah mula bercuti..Kaki ni pun dah mula rasa gatal nak berjalan..muehehe...takpe2 sabar, next month turn kita plak nak cuti..yeeehhhaaa..nak ke mana pulak tu ye? hehe...tunggguuuu..!!!

Ok la, berbalik kepada objektif sebenar kita....hari ni sebenarnya saya nak kongsi sikit tip-tip ketika trip ke Korea time musim sejuk (Winter). Seperti yang sedia maklum, trip saya ke Korea tempoh hari adalah ketika musim winter iaitu pada bulan Februari 2013. Time tu dah dekat pengakhiran winter la juga, tapi masih ada snow.

Ada yang beritahu, bulan Februari adalah antara bulan yang paling sejuk di Korea. Pernah sekali suhu cecah -15 degree celcius. Sebagai orang Malaysia yang seumur hidup tak pernah rasa winter, tiba-tiba pergi melancong ke tempat yang suhunya jatuh hingga negative, itu sgt mencabar ketahanan diri. Kalau setakat, -1 degree celcius tu boleh tahan lagi tapi bila dah sampai -10 ke bawah tu memang tak boleh tahan la.

So, bila semua tiket dan itinerary dah setel, tibalah masa untuk packing barang-barangkan..so, apa yang nak kena bawa ye waktu winter ni?

1)  Mula-mula, mestilah  pergi cari kelengkapan pakaian musim sejuk. Paling penting ialah long john atau thermal wear. Tak kisah apa-apa jenama pun..boleh cari di kedai-kedai yang menawarkan pakaian winter seperti Universal Traveller, Winter apparel, UNIQLO, Goin' Places Winter Wear, Kok Kong winter wear (KL), etc...

Jangan dilupa juga, sweater, winter coat, glove, mafla dan stokin tebal. Tidak ketinggalan hot pad. Yang ni boleh pergi cari kat kedai Daiso dan Universal Traveller. 

Satu lagi, di UNIQLO, diorang ada menyediakan baju yang heattech, so boleh pergi cari kat sana ye. Kalau setakat temperature -1 degree celcius, pakai long john + uniqlo heattech t-shirt + wool sweather + mafla + glove pun sudah memadai.

ni link uniqlo heattech tu ye: UNIQLO heattech

Untuk winter coat boleh je kalau nak beli di Korea, sebab ianya lebih murah & design lebih cantik. Hari tu saya pergi beli winter coat dekat dengan Ehwa University, KRW49,000 so convert duit Malaysia dalam RM147. Tapi ada je yang lagi murah. Di bawah ini contoh winter coat yang saya beli di sana.




Oh ye, kalau nak cari jacket atau coat yang murah boleh check website ni juga ye. Saya beli dua wool jackt di website ini dan ia amat memuaskan. http://veofashion.com/women/outerwear/jacket-coat/


2) Bawa cream or moisturizer and losyen/lotion yang secukupnya. Winter kat Korea ni jenis yang sejuk kering. So, kita cepat dehydrated. Time pergi haritu jangan cakap la, kaki  punya la kering sampai gatal ya amat. Asyik nak tergaru-garu je. Bawa la segala jenis losyen johnson & johnson ke, vaseline ke atau  mana-mana produk yang sesuai dengan kulit.Tapi kalo nak cari cream kat sana pon boleh juga, utk muka disuggestkan beli Aloe Vera gel atau moist steam cream daripada Nature Republic. Ia sgt sesuai utk melembapkan kulit yang kering. Oh, jangan lupa bawa juga lip balm ye.

3) Ubat-ubatan. Yang ini sgt penting, in case kalo sakit kat sana, tak la tergagau nak cari ubat..lagi-lagi dengan communication breakdown nye...Kalo ada yang jenis tak tahan sejuk yang sometimes boleh menyebabkan senang untuk dapat selesema & demam tu, haruslah beringat ye. Standby ubat demam/panadol, selesema, cirit-birit/diarhea dan lain-lain (ikut kesihatan masing2).

Haritu time pergi sana, saya makan habbatus sauda yang softgel tu, sebab seperti yang kita sedia maklum, habbatus sauda ni dapat memanaskan & meningkatkan ketahanan antibodi badan. Alhamdulillah saya sihat sepanjang perjalanan di sana. Ini contohnya ye.




4) Pakai kasut yang sesuai. Ketika musim winter ini better pakai kasut winter boot/but, kerana ais yang mencair selepas salji adalah sangat licin. So please be careful your step ok.

5) Untuk kaki shopping: Foldable bag. Ini sangat sesuai kalau ada intention nak membeli-belah di sana ye.

6) Pergi mana-mana bawa la botol air mineral kosong sebab tandas mereka tak de air dalam jamban tu. Hanya ada tisu sahaja. Ambil air dekat sinki then bawa masuk dalam toilet tu.

7) Tips general untuk backpackers:
Elakkan berada di tempat sunyi, gelap waktu malam-malam seorang diri lagi-lagi bagi travelers perempuan. Setiap hari sebelum memulakan perjalanan, amalkan baca ayat Kursi supaya kita dilindungi sepanjang hari.



p/s: Ada org bagitahu, time winter, kalau hujan di Jeju Island, bermakna di Seoul akan turun salji. So, don't forget to check  daily forecast ye...pergi time winter, mesti la nak tgk & main saljikan.. So, good luck (^_-)







Thursday, 24 October 2013

Jumlah perbelanjaan trip backpackers Korea Selatan - 10 hari

Entri kali ini sy nak berkongsi sikit mengenai perbelanjaan sepanjang trip ke Korea Selatan haritu. Perbelanjaan roughly selama 10 hari di Korea, termasuk ketika di Pulau Jeju & trip ke DMZ. Kenapa sy ckp roughly? Sbbnya, sy terlupa nak catatkan berapa harga setiap souvenir yg dibeli dan harga setiap perjalanan menggunakan subway...mianhamnida


Tiket flight return KUL-ICN -KUL : RM1,100

Hari pertama: 1/2/2013

T-money: KRW32,500
Bus ke guesthouse area Sung Kyun Kwan: KRW10,000
Guesthouse INSIDE BACKPACKERS - twin bed: KRW20,000/person/night
Boot + Mafla + Stokin: KRW20,000

Hari Kedua: 2/2/2013

Gyeongbokgung Palace: KRW3,000
Teksi: KRW5,000
Bus airport Jeju to Seogwipo-si: KRW5,000
Guesthouse Jeju HIKING INN - twin bed + sea view: KRW17,500/person/night

Hari Ketiga: 3/2/2013

Cheonjiyeon Fall: KRW2,000
Jeongbang Waterfall: KRW2,000
Bus to Jongmun Tourist Complex: KRW1,500
Teddy Bear Museum: KRW8,000
Yeomiji Botanical Garden: KRW10,000
Transportation to HK Jeju II: KRW6,000
Guesthouse HK Jeju II - twin bed: KRW60,000/person for 2 night

Hari Keempat: 4/2/2013

Chartered Taxi in Jeju Island for 9 hours: KRW120,000 divide 2 person: KRW60,000
Manjanggul Cave: KRW2,000
Sagumburi Crater: KRW6,000
Trick Art Museum: KRW7,000
Lunch at restaurant near Seongsang Ilculbong peak: Hameultang set for two - KRW30,000/2 person: KRW15,000/person

Hari Kelima: 5/2/2013

Tiket flight return ke Jeju Island by EASTARJET: KRW90,200/person
Hostel STAY KOREA - twin bed: KRW25,000 x 5 days: KRW125,000

Hari Keenam: 6/2/2013

Taxi to Nami Island from Gapyeong Station return: KRW2,700
Nami Island admission + Ferry return: KRW8,000
Souvenirs: KRW6,000
Lunch at Nami Island: KRW8,500
Winter jacket at Ewha University: KRW49,000
Beg: KRW10,000

Hari Ketujuh: 7/2/2013

DMZ Tour Package: KRW46,000
Observatory: KRW500
Souvenirs: KRW1,500
63 Building - Skyart + Wax Musuem: KRW19,900

Hari Kelapan: 8/2/2013

Shopping at Namdaemun, Insadong:

1) 4 pieces fridge magnet: KRW5,000-KRW6,000
2) 10 nailkeepers: KRW7,000-KRW8,000
3) T-shirt made in Korea: KRW4,000-KRW5,000

Hari Ke-9: 9/2/2013

Namsan Tower Cable Car return: KRW8,000

Rate antara duit KRW (won) dengan RM adalah lebih kurang : KRW 1,000 = RM3.
so, contoh harga tiket/barang KRW 10,000 = RM30.

 
Tambah tolak darab bahagi, all in perbelanjaan sepanjang di Korea Selatan adalah sekitar KRW800,000 ++ convert duit Malaysia dalam RM2,400. Jika termasuk tiket flight return KUL-ICN, adalah sekitar RM3,500.





Tuesday, 27 August 2013

5 Mei 2013

Salam & hello..

Tajuk entri kali ni  berkaitan dengan tarikh 5 Mei 2013. Ada apa pada 5 mei tu ye?? Ada siapa-siapa masih ingatkah? Eh eh...tak kan tak ingat kot. Pada tarikh ni ada dua perkara yang agak penting terjadi dalam hidup saya. Hehe..apakah itu?? My wedding kah?? No no..not yet..

First, sebagai rakyat Malaysia mesti anda tahu ada apa pada tarikh ni? Ce teka ce teka...Okay ni nak habaq mai, pada tarikh ni menjadi sejarah buat rakyat Malaysia terutamanya anak muda yang pertama kali membuang undi pada Pilihan Raya Ke-13.  YEAY..!! Saya la salah seorang daripadanya tuh..akhirnya dapat juga menjalankan tanggungjawab sebagai pengundi. Rasa sungguh excited & berdebar-debar pun ada. Mana taknya apa yang bakal dipangkah nanti bakal menjadi penentu kerajaan manakah yang bakal menerajui Malaysia buat 5 tahun akan datang kan...so, mengundi lah dengan bijaksana. Disebelah pagi, saya bersama keluarga keluar pergi mengundi di pusat mengundi yang ditetapkan. 


Jari dicat biru, sebagai tanda sudah membuang undi


Disebelah malam pula, buat pertama kali dalam hidup saya merasai bertugas sebagai orang media pada hari pilihan raya. Woah..boleh tahan juga suasana di bilik berita. Penuh dengan spekulasi dan ramalan siapakah kerajaan yang bakal naik. Kami ditugaskan untuk mengisi jumlah undi yang dihantar pihak SPR buat tatapan pembaca seluruh negara esok hari. 

Second, pada tarikh ini jugalah, my first attempt in writing dipublishkan..apakah itu? Artikel saya mengenai pengembaraan ke Korea Selatan diterbitkan dalam sisipan KEMBARA BH buat pertama kalinya. Byline by Lily Ana tuh....Ooohh sungguh terharu..




Monday, 26 August 2013

Contoh itinerary trip ke Korea Selatan 10D9N (Seoul + Jeju Island + Nami Island)

Assalamualaikum..

Sudah lama benor tak jenguk blog kesayangan ni. Ok la tak nak cakap banyak, di sini sy nak kongsikan contoh itinerary untuk backpackers trip ke Korea selama 10 hari yang saya pergi ketika time winter bulan Feb 2013 lalu. Al maklum la waktu mula-mula nak pergi trip tu tercari-cari mana la nak dapat contoh itinerary kan. So, setelah buat research & dapat suggestion drpd my partner & kawan-kawan, maka tadaaaaa....ini lah hasilnya.

Ini hanyalah draft plan perjalanan ketika di sana. Supaya kita ada guide line apa yg nak dibuat...mana la tau kot2 sampai sana blank sekejap kan...Apabila tiba di sana, itinerary boleh diubah ikut kesesuaian. Sometimes, ada je tempat yg tak dapat nak di cover seperti yang dirancangkan...so just take it easy and chill.. :)