Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday, 18 November 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 8: Port Adelaide, contoh itinerary Adelaide

Diam tak diam, trip ke Adelaide dah sampai ke penghujung. Hari terakhir di Adelaide sebelum berangkat pulang ke Malaysia esok pagi tu, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Port Adelaide dan hajat di hati nak tengok dolphin. Excited tau..ye la first time seumur hidup nak tengok dolphin secara live. Jom ikut ke Port Adelaide yok..


 Ni harga tiket dolphin cruise bulan december 2013 lalu. Kalau nak maklumat lanjut boleh la check website diorang ye. http://www.dolphinexplorer.com.au/


Yang di belakang tu la cruise yang kami naik sepanjang menyusuri Port Adelaide untuk menjejaki dolphin gitu...
Tapiiiii...........sedih sangat sebab hanya dapat tengok seekor dolphin je sepanjang perjalanan tu. Mana la agaknya yang lain-lain tu ye..takpelah takde rezeki kita kali ni ye...redha je la..sob3x..




Di atas ni semua gambar-gambar sekitar pekan di Port Adelaide tu. Tak sure la kenapa tak ramai orang maybe sebab waktu tu tengah musim holiday kot al maklum la orang masih bercuti sambut krismas.

Di sini juga saya sertakan draf itinerary Adelaide sepanjang trip saya di sana. Boleh jemput tengok ye. ^_^

 



Thursday, 9 October 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 7: Gorge Wildlife Park


Hari seterusnya, kawan saya membawa kami ke Gorge Wildlife Park. Tak sah sekiranya berada di bumi Australia ini jika tidak melihat kangaroo dari dekat dan memeluk koala. Ada pengalaman melucukan & menggelikan yang terjadi kepada saya di sini. Hew hewhew...

Di Gorge Wildlife Park ia menempatkan pelbagai spesies haiwan Australia seperti Tasmanian Devils, Wombats, Dingos, Echidnas, koala, kanggaroo, wallaby dan lain-lain lagi. Oh ye, unta pon ada tau...
Harga bagi admission fees adalah $15 dewasa,  $9 kanak-kanak (3-15 tahun), Student & Senior Concession* $12 dan Family Passes start at $42 (2 Adults & 2 Children). Untuk ke sini menurut laman webnya, adalah seperti berikut:


Ni disertakan sekali websitenya, so utk more info, sila rujuk link ye: http://gorgewildlifepark.com.au/

Pergh kat sini la terjadinya pengalaman yang sangat tak boleh dilupakan. Sampai je kat sana lepas beli tiket, so saja la beli biskut untuk bagi kanggaroo makan. Kitorang ni tak tau pun sebenarnya waktu sampai kat sana di awal pagi tu haiwan-haiwan di sini masih belum diberi makan lagi. 

Alih-alih kena serbu kau..hamek..menjerit-jerit la saya di situ. Dah la saya ni jenis geli dengan binatang berbulu, lagi-lagi yang lebih kurang besar ngan kita (kucing dikecualikan ye..heh). Dalam sekelip mata saya dikelilingi dan disondol kawanan kangaroo yang mahukan makanan di tangan. Dengan perasaan takut dan menjerit kegelian terus saya peluk ibu kepada kawan saya yang berada berhampiran. Mujurlah kangaroo ini tidak besar sangat, hanya separuh saiz je. Tak dapat dibayangkan jika ianya lebih besar, kemungkinan saya akan lari tak cukup tanah untuk menyelamatkan diri pun ada. Gelagat kami yang mencuit hati membuatkan pelancong tempatan yang berada berhampiran turut ketawa. Malu gilerr okayyyy...

 Nasib baik ada auntie...muka cool je time posing tapi kaki sumpah dah gigil-gigil kegelian. ce tengok ada sekor tu tengah tenung apa la tu...haipppp!!! nakal tau... (-_-")

Untuk pengetahuan anda, di Gorge Wildlife Park ini, disediakan tiga sesi perkhidmatan memeluk koala iaitu pada pukul 11.30am, 1.30pm dan 3.30pm. Koala hanya akan dibawa keluar sekiranya suhu  kurang daripada 30 degree celcius. So better check temperature hari yang ingin dilawati tu ye, nanti melepas pulak nak peluk koala tu. 





 Bertuah betul wallaby ni..makan nak bersuap like a boss... (-..-)




Aicehhh muka konpiden je... ;P

Saturday, 20 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 5: Fruit tree hunting, makan-makan with Malaysian students

Memandangkan pada hari Krismas, kedai dan pusat membeli-belah tutup, kami mengambil keputusan untuk berehat di rumah dan makan-makan bersama pelajar Malaysia. Selepas makan-makan, petang itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan ini sambil jalan-jalan tengok pokok buah. Pokok pear, orange, lemon dan sebagainya adalah pokok buah biasa yang ditanam di sekeliling rumah di Adelaide ini, ia lebih kurang pokok rambutan, durian dan mangga yang ditanam di Malaysia.


Menarik buah pear di luar pagar ini.


Pokok orange


Ini pula pokok buah lemon




Inilah rumah kawan saya yang saya tumpang ketika di Adelaide tempoh hari, Actually rumah-rumah sekitar taman perumahan ini agak menarik kerana ada ukiran kayu ala-ala timur tengah dan asia.

Sedikit perkongsian. Sebenarnya di Adelaide tidak susah untuk mencari makanan halal kerana di The City terdapat ramai pelajar Muslim yang menuntut di universiti sekitar bandar. Restoran swinging bowl dikendalikan oleh rakyat Malaysia dan pekerja-pekerjanya terdiri daripada pelajar Malaysia yang bekerja secara sambilan. 


Thursday, 18 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 4: Hahndorf (strawberry picking, German town)

Hari keempat, memandangkan cuaca pagi yang cerah, maka kawan saya mengambil keputusan untuk membawa kami pergi memetik strawberi. Ladang strawberi yang diberi nama Beerenberg ini terletak di Hahndorf dan mula beroperasi sejak 1839. Bayaran dikenakan untuk memasuki ladang strawberi adalah sebanyak 4AUD kira-kira RM12 dan bagi yang ingin membawa pulang strawberi, dikenakan bayaran $9.50 untuk setiap satu kilogram (kg). 






Di sini, kita boleh memetik sendiri strawberi yang hendak dibawa pulang dan juga merasa sendiri kelazatan buah yang segar dari ladang. Saiz buah strawberi di sini lebih besar dan sangat manis berbanding di Malaysia. Kepada yang ingin memetik strawberi ketika lawatan ke Adelaide, ia hanya ada ketika musim panas sahaja, dari bulan Oktober sehingga bulan April setiap tahun. 



So yummy...waktu ni, tangan kanan petik makan, tangan kiri petik strawberry letak dalam bekas...pergh2..nikmatnya..dah manis, besar2 pula tu...


Di Hahndorf ini juga terletaknya German Town. Terdapat pelbagai barangan berunsurkan kebudayaan Jerman turut dijual di sini.





Kedai-kedai di sekitar German Town di Hahndorf

Wednesday, 17 September 2014

~ Lambaian kedamaian Baitullah ~

Coretan daripada blog saya _[KwInArAs' ;LiFes + ThOuGhTs + WhAtEvErs..]_
Mengimbas kembali memori di Tanah Suci pada tahun 2011.

Assalamualaikum...

sudah lama benar ak tidak menjenguk ke blog ini....slalunya blog ni digunakan sbg nukilan utk meluahkan isi hati yg terpendam..mlm ni ak terasa nk berkongsi suatu perasaan yg xpernah ak alami sblum ini..ia berkisar perasaan rindu pd BaitullahNya...



terasa heningnya malam ini..
angin malam diluar meniup ke segenap ruang bilik..
kepala mendongak ke langit ada sinar kemilau kerdipan cahaya bintang di atas sana..
perasaan terbuai degan kedinginan malam ini, namun begitu, ada suatu perasaan yang bergolak di hati ini..
ia seperti kehilangan sesuatu yang amat dirindui..
suatu perasaan rindu yg amat sgt...

mata dipejamkan, terasa bagaikan masih berada di sana di tempat itu..
masih segar ingatan ini ketika kaki mula menjejakkan kaki di Baitullah itu..
suatu kedamaian dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dialami sebelum ini meresap ke lubuk hati..
apabila terpandang tanda kebesaranNya, Kaabah, tiada kata yang dapat diungkapkan hanya memuji kebesaran Ilahi..Subhanallah...Allahuakbar..

air mata terharu penuh kesyukuran mula bercucuran bak air yang bah..
tiada kata yang boleh diungkapkan ketika itu, mulut bagaikan telah terkunci..
terasa begitu kerdil diri ini di sisi Tuhan Yang Maha Besar..
ketika itu hanya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa..
kaki melangkah sambil hati bertasbih dan bertauhid kepadaNya..
butir-butir ayat bertasbih mengiringi setiap pusingan tawaf..

kicauan burung-burung itu menyambut kedatangan..
alunan suara merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Qurannya sungguh meruntun jiwa..
rintihan setiap makhluk di segenap ruang itu mencambahkan lagi keinsafan di hati..
rembesan air mata penyesalan menjadi peneman hamba-hambanya setiap masa..
perasaan tawaduk setiap hambanya menjalani ibadah-ibadah seperti tawaf dan saie membekas di sanubari..
masing-masing datang dari segenap pelusuk negeri di atas muka bumi ini..
cuma apa yang pasti tujuannya adalah satu iaitu ingin merebut keredhaan dan rahmat dari Nya..segala-galanya termasuk jasad dan roh hanya ingin beribadat kepadaNya..tiada lain!
setiap masa yang ada digunakan sehabis mungkin untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Sang PenciptaNya..
di sinilah baru mengenal erti pengorbanan Nabi-nabi dan Rasul junjungan..

"Ya Allah, janganlah jadikan masaku ini masa terakhirku dengan BaitullahMu, Kau murahkanlah rezeki kami semoga dapat kembali ke rumah Mu..dan jika ini adalah masa terakhir bagiku, maka gantilah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segenap yang pengasih.."

Travelog Adelaide (summer) - Hari 3: Kanggaroo Island (Sandboarding at Little Sahara, Kelly Hill Cave)

Hari ke-3 di bumi Adelaide, seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan (2.00 pagi waktu Malaysia), kami meneruskan perjalanan ke Kangaroo Island. Mula-mula dari Keswick, kami kena ambil bas untuk ke stesen bas utama yang terletak di The City. Dari City, kami bergerak ke Cape Jarvis dengan menaiki bas yang mengambil masa dua jam sebelum meneruskan perjalanan menggunakan feri ke Penneshaw. Di Kanggaroo Island ni kami sewa kereta tapi semuanya diuruskan oleh kawan saya. Minta maaf kerana tak dapat nak provide info berkaitan. 



Jeti di Kanggaroo Island




View sekitar Kanggaroo Island


Belakang tu feri yang kami naik.

Bertempat di Little Sahara, kami tak melepaskan peluang melakukan aktiviti meluncur pasir atau dikenali sebagai 'sandboarding'. Pengalaman pertama meluncur pasir sangat mengujakan. Sandboarding di Little Sahara adalah antara aktiviti yang menjadi pilihan pelancong ketika datang ke Kangaroo Island.  Sempat juga kami merasai ribut pasir ketika  nak mendaki untuk sampai ke puncak luncuran, penatnya bukan main lagi. Tapi, sebaik sahaja mula meluncur semua keletihan hilang diganti dengan rembesan adrenalin  mencetuskan perasaan teruja. Sangat seronok.



Sesi termakan pasir. Seluruh badan diselaputi pasir. Bak kata kawan saya tu, 'baru aku tau rasa pasir tu mcm mana'. Orang tua cakap kalau nak kahwin kena ada pendapatan yang boleh sara anak bini, kalau tak, takkan nak bagi makan pasir kot kan..dan kini, kami dah rasa pasir tu mcm mana... ;p

Di Kangaroo Island, kami turut melawat Kelly Hill Cave. Apabila dilihat di persekitaran ini, kawasannya hanya mendatar. Tertanya-tanya juga, di manakah terletaknya gua berkenaan? Apabila kami tiba di check point untuk menunggu pemandu arah, terdapat sebuah pondok dengan sebuah pintu. Rupa-rupanya, gua ini terletak di bawah tanah kerana kami perlu menuruni anak tangga untuk sampai ke bahagian perut gua. Menurut pemandu pelancong gua kami,  Cassie, gua batu kapur ini menempatkan beberapa jenis stalaktit dan stalagmit.  Kami dibawa ke bahagian gua yang paling dalam dan dengan menyalakan sebatang lilin, pemandu pelancong menyuruh kami berada dalam bulatan sambil beliau menceritakan sejarah gua ini.


Nama gua ini berasal daripada cerita rakyat suatu masa dulu di mana terdapat seorang pengembara bersama kudanya telah menemui gua ini secara tidak sengaja apabila beliau tiba-tiba terjatuh ke dalam gua ini. Dan ketika beliau kembali dari meminta pertolongan penduduk kampung untuk meyelamatkan kudanya, didapati kuda berkenaan telah hilang di dalam gua itu. Sehingga kini, kuda berkenaan tidak dijumpai, dengan itu nama gua ini diberi sempena nama kuda pengembara berkenaan iaitu Kelly. Buat seketika, api lilin tadi dipadamkan, dalam suasana yang gelap serta sejuk, kami diminta untuk menghayati pengalaman pengembara itu. Meremang juga bulu roma apabila mengenang kembali perasaan pengembara yang tersesat di dalam gua yang gelap dan sejuk seperti itu.



Memandangkan kami tidak bermalam di Kangaroo Island ini, maka ada beberapa tempat utama yang lain tidak sempat kami lawati contohnya, Remarkable Rocks, Flinders Chase National Park, Seal Bay dan banyak lagi.

p/s: Gambar-gambar lain di Kanggaroo Island akan diupload selepas masalah external masuk virus diselesaikan. 

Travelog Adelaide (summer) - Hari 2: Harbour Town

Hari kedua, kami dibawa ke Harbour Town. Bila nak pergi Harbour Town ini disarankan pergi la satu hari terus ye. Sebab apa ye?? Mesti la sebabbbbb....it is SHOPPING time!!! Shopping dengan perempuan kan memang tak boleh dipisahkan. Mana cukup setakat 2-3 jam. Satu lagi, sebabnya adalah di sini waktu operasi tak la macam Malaysia yang sampai ke malam. Setiap hari, waktu operasinya adalah dari pukul 9am hingga 5pm, kecuali hari khamis waktu operasinya adalah 9am hingga 9pm. 

Ok, kalo nak ke Harbour Town ni ia memakan masa dalam satu jam lebih perjalanan dari Keswick menggunakan Metro bas Adelaide. Ini kerana, kitorang kena tukar-tukar bas. First, kami naik bas 720H untuk ke City. Then berhenti kat Stop 1A -Sir Donald Bradman Dr-North Side. Pastu pergi ke Stop 5A -Sir Donald Bradman Dr-South Side untuk tunggu bas J1. Selepas 18 hentian, atau dalam 30 minit, maka sampai la Harbour Town. Bas ni akan berhenti betul di hentian Harbour Town tau. 

Don't worry, kalo ada nampak bangunan nak mcm JPO kat Johor tu haaa tu la Harbour Town. Harbour Town ni, dia seketul tu je dekat atas padang yang luas. 


Kad bas ni kawan saya yang belikan. Berfungsi seperti touch n go, tp boleh guna untuk semua metro bas sahaja & boleh topup di kedai macam 7eleven.


First, nak habaq mai la no...I do not own both pictures at Harbour Town. Waktu sampai kat sini aritu, sumpah lupa nak ambil gambar. Mata dah berpinar tengok sale merata tempat. 

Mula-mula ketika melangkah masuk ke sana, apa yang terlintas di fikiran saya adalah tempat ini boleh dikatakan seperti Johor Premium Outlet (JPO) di Malaysia. Dan semestinya ia adalah syurga syurga membeli-belah buat 'kaki shopping'. Oleh itu, kepada 'kaki shopping', anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk melawat ke Harbour Town kerana di sini, ia menawarkan barang-barang berjenama dengan harga yang lebih rendah berbanding di kompleks membeli-belah yang lain. 

Dan, apa yang lebih menarik di sini, anda boleh tawar-menawar lagi walaupun harga yang diberi adalah selepas diskaun dan ada di sesetengah kedai, diletakkan papan tanda 'Please bargain'. Wah sangat menarik kan? Pastinya kepada 'kaki shopping' anda akan menjadi tak keruan. 




Ketika asyik melihat barang-barang, tiba-tiba penggera keselamatan bunyi tanpa henti, dengan serta merta kami diarah untuk ke tempat perpindahan kebakaran dan segala aktiviti perniagaan dihentikan. Selepas beberapa minit, kedengaran bunyi siren jentera bomba tiba di tempat kejadian. Saya diberitahu, sensor kebakaran mengesan asap di dalam salah sebuah bangunan. 

Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang serius tetapi ia hanyalah asap yang dikesan dalam salah sebuah tong sampah di situ. Apabila diselidiki, rupa-rupanya terdapat puntung rokok dibuang ke dalam tong sampah terbabit, hingga menyebabkan asap memenuhi ruang berkenaan. Apa-apa pun, saya sangat tertarik dengan perkhidmatan pihak berkuasa Adelaide yang pantas dalam menyelesaikan kejadia-kejadian yang tak diingini dan apa yang menariknya, setiap bangunan dan rumah di Adelaide, mempunyai sambungan penggera terus ke jabatan bomba. Tetapi, jika penggera kebakaran berbunyi atas kecuaian penduduk, mereka boleh disaman. 

Lepas pihak bomba clarify bangunan selamat, maka semua pengunjung dibenarkan masuk ke dalam bangunan balik dan sambung shopping.