Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 19 October 2015

Travelog Padang - Bukittinggi, Indonesia: Hari 1 - Lembah Anai, Jam Gadang & Pasar Atas

Assalamualaikum...hola3x..

Dah lama tak update travelog, jom kali ni nak cerita mengenai trip aku dan kawan ke Indonesia. First time aku jejak kaki ke Indonesia wehs. Negara yang jauh-jauh boleh jejak, Indonesia yang sebelah ni boleh tak jejak lagi. Isk3x..teruk bebenor...maapkan cheq.. 

Ok trip kami haritu adalah pada bulan Julai. Mula-mula plan nak pergi Lombok, tapi tengok harga tiket yang RM500 ke atas return membuatkan kami tukar plan. Weh tak dak bajet wehs. So beli la tiket ke Padang dengan harga lebih kurang RM300 pergi balik untuk seorang. Tak la murah sangat sebabnya tiket ni aku beli dua minggu sebelum berangkat.

 Pukul 6 lebih pagi dah ada kat klia2 dan breakfast nasi lemak...OMG..haha

Perjalanan ke Padang dari klia2 memakan masa lebih kurang 1 jam lebih. Flight kami adalah pada pukul 7.50 pagi. Dalam flight aku memang membuta je la sebab malam tu tidur 2-3 jam. Sampai ke airport Padang urusan imigresen smooth je..alhamdulillah..plan kami nak tidur di Bukittinggi, Indonesia selama dua malam. Oleh itu settle je urusan di airport makanya kami cari teksi untuk ke Bukittinggi. Nasib baik ketika dalam flight aku duduk sebelah local, dia ajak naik teksi sekali untuk ke sana. Dia cakap kat kami biar dia yang deal teksi kitorg ni perlu senyap je nak elakkan diorang charge tinggi untuk pelancong. Dia apa lagi speaking Minang la..sepatah haram pun kami tak faham..haha..Dah abis discuss kitorang dapat harga 260,000 rupiah untuk satu kereta which is avanza untuk ke Bukittinggi yang memakan masa lebih kurang 2 jam lebih dari Padang.

Sebelum sampai Bukittinggi kami suruh supir berhenti kat Air Terjun Lembah Anai.


Yang sebelah aku tu la local yang aku cakap tu. Albar namanya. Dia ni kerja kat Malaysia and lahir di Malaysia gak rasanya cuma ni dia balik kampung sebab ada kenduri kahwin sepupu dia.

Di Bukittinggi, Indonesia aku memilih untuk stay di Amali Gallery Hotel. Not bad la hotel dia.
Cuba tengok gambar bilik kitorg tu bukan main besar lagi tau. Bilik ni aku booking guna Booking.com 



Bilik ni tiada aircond ye..Bukittinggi, Indonesia ni sejuk dan nyaman je..Pagi-pagi bukan main sejuk lagi. Nasib baik xde aircond.


Besarkan bilik di Amali Gallery Hotel ni...
Yang bestnya kat Amali Gallery Hotel ni dekat sangat dah dengan Jam Gadang dalam 5-10 minit jalan kaki. Bertentangan dengan hotel ni pula ada zoo dan sebelah zoo tu ada masjid. Setiap waktu boleh dengar azan alhamdulillah...
Lepas check-in dan solat kami ambil keputusan nak cari kedai makan Simpang Ampat dan pergi ke Jam Gadang. Kedai makan tu depan Jam Gadang ye.

Dari hotel kami berjalan di lorong ni untuk ke Jam Gadang yang terletak di penghujung jalan ini.

 Jam Gadang

Pasar Atas 


Gunung Merapi Bukittinggi

Masuk ke Lobang Jepang ikut jalan belakang. Ntah jalan mana ntah kami redah. haha








Ngarai Sianok


Dari Lobang Jepang nak ke Pasar Atas kitong amik van teksi diorang. 
Tak larat nak jalan dah kerana sebelum ke Lobang Jepang tadi tu kitorg melilau cari atm BII. Bersesat-sesat bagai hingga masuk Lobang Jepang ikut jalan belakang.. kalau jalan ngan aku tak sah kalo tak sesat..haha >_<

Aku tak ingat apa nama ibu ni...nanti aku cari balik namecard dia.
Aku beli kain kat akak ni kat Pasar Atas. Kain yang macam kat bawah tu aku dapat sepasang (biru + pink)  dalam 500,000 rupiah..kain sedap..lembut je..kat kedai lain diorang bagi dalam 800,000 rupiah..tapi aku punya design lain sikit la..lagi lawa..gittchuu..
So sapa nak beli pergi cari akak ni ye...



Ni kain-kain yang ada kat kedai akak ni..cantik wehs yang hijau tu..
Selesai untuk hari pertama kitorg pergi melontar duit di Pasar Atas..hik3x..

0 comments:

Post a Comment