Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 3 May 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 6 - Dunedin (Tunnel Beach, Signal Hill, Masjid Al-Huda)

Dari Nugget View Kaka Point motels kitorg gerak ke Dunedin yang hanya dalam 30 minit ke 1 jam perjalanan. Sesampainya kitorg kat sana, kitorg terus ke Beach Lodge Motel untuk check in dan letak barang. Dah settle urusan dengan tempat penginapan kitorg pun terus ke Baldwin Street, Cadbury factory, Stesen Kereta Api Dunedin, Signal Hill dan Masjid Al Huda Dunedin.


 Baldwin St ni diiktiraf sebagai World's Steepest Street.
 Dalam gambar nampak je macam landai...tapi sebenarnya dia curam & tinggi...aku dan nenek sedara aku tak gigih nak naik..hanya Aini je yang berusaha keras naik sampai ke puncak..Aku just lepak kat bawah2 ni makan aiskrim dalam cuaca yg sejuk..pergh menggigil babe..hahaha

 Bergambar di depan Masjid Al Huda Dunedin. Kebetulan time kitorg sampai sini dah nak azan Asar, so tanpa membuang masa kitorg pun turut serta solat jemaah dengan komuniti Islam di sini. Alhamdulillah... ^^,

 Kilang Cadbury. Waktu sampai sini tour utk hari berkenaan dah habis, so kitorg just boleh masuk ke bahagian jualan coklat2 cadbury tu sahaja. Sempat la borong coklat cadbury sikit.





 Kat stesen kereta api Dunedin ni kitorg terjumpa rakyat Malaysia yang sedang buat working holiday. Dia yang mula menyapa kitorg sebab dia terdengar perbualan kami dalam bahasa Melayu. 
Kitorg berbual dengan dia bertanyakan pengalaman dia stay di NZ. Dan yang menariknya bila ditanya antara NZ dengan Malaysia mana yang lagi best, tanpa teragak-agak dia cakap mesti la Malaysia. 

 Signal Hill. 
Dari sini boleh dilihat hampir keseluruhan bandar Dunedin.



Lepas solat, kitorg pergi ke Tunnel Beach pulak. Kebetulan waktu di Tunnel Beach kitorg terserempak dengan pelajar-pelajar Malaysia yang sedang buat usrah kat sini.

 Tunnel Beach
Kalau air tak pasang, kita boleh jalan-jalan kat pantai bawah tu..nak turun kena cari tunnel..tapi kitorg tak perasan mana tunnel & tangga untuk turun ke bawah.
 Termenung apa tu cik kak oiii?? >_<
Ini muka acah-acah senyum lepas hiking padahal penatnya Ya Rabbi.

0 comments:

Post a Comment