Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday, 19 October 2015

Travelog Padang - Bukittinggi, Indonesia: Hari 1 - Lembah Anai, Jam Gadang & Pasar Atas

Assalamualaikum...hola3x..

Dah lama tak update travelog, jom kali ni nak cerita mengenai trip aku dan kawan ke Indonesia. First time aku jejak kaki ke Indonesia wehs. Negara yang jauh-jauh boleh jejak, Indonesia yang sebelah ni boleh tak jejak lagi. Isk3x..teruk bebenor...maapkan cheq.. 

Ok trip kami haritu adalah pada bulan Julai. Mula-mula plan nak pergi Lombok, tapi tengok harga tiket yang RM500 ke atas return membuatkan kami tukar plan. Weh tak dak bajet wehs. So beli la tiket ke Padang dengan harga lebih kurang RM300 pergi balik untuk seorang. Tak la murah sangat sebabnya tiket ni aku beli dua minggu sebelum berangkat.

 Pukul 6 lebih pagi dah ada kat klia2 dan breakfast nasi lemak...OMG..haha

Perjalanan ke Padang dari klia2 memakan masa lebih kurang 1 jam lebih. Flight kami adalah pada pukul 7.50 pagi. Dalam flight aku memang membuta je la sebab malam tu tidur 2-3 jam. Sampai ke airport Padang urusan imigresen smooth je..alhamdulillah..plan kami nak tidur di Bukittinggi, Indonesia selama dua malam. Oleh itu settle je urusan di airport makanya kami cari teksi untuk ke Bukittinggi. Nasib baik ketika dalam flight aku duduk sebelah local, dia ajak naik teksi sekali untuk ke sana. Dia cakap kat kami biar dia yang deal teksi kitorg ni perlu senyap je nak elakkan diorang charge tinggi untuk pelancong. Dia apa lagi speaking Minang la..sepatah haram pun kami tak faham..haha..Dah abis discuss kitorang dapat harga 260,000 rupiah untuk satu kereta which is avanza untuk ke Bukittinggi yang memakan masa lebih kurang 2 jam lebih dari Padang.

Sebelum sampai Bukittinggi kami suruh supir berhenti kat Air Terjun Lembah Anai.


Yang sebelah aku tu la local yang aku cakap tu. Albar namanya. Dia ni kerja kat Malaysia and lahir di Malaysia gak rasanya cuma ni dia balik kampung sebab ada kenduri kahwin sepupu dia.

Di Bukittinggi, Indonesia aku memilih untuk stay di Amali Gallery Hotel. Not bad la hotel dia.
Cuba tengok gambar bilik kitorg tu bukan main besar lagi tau. Bilik ni aku booking guna Booking.com 



Bilik ni tiada aircond ye..Bukittinggi, Indonesia ni sejuk dan nyaman je..Pagi-pagi bukan main sejuk lagi. Nasib baik xde aircond.


Besarkan bilik di Amali Gallery Hotel ni...
Yang bestnya kat Amali Gallery Hotel ni dekat sangat dah dengan Jam Gadang dalam 5-10 minit jalan kaki. Bertentangan dengan hotel ni pula ada zoo dan sebelah zoo tu ada masjid. Setiap waktu boleh dengar azan alhamdulillah...
Lepas check-in dan solat kami ambil keputusan nak cari kedai makan Simpang Ampat dan pergi ke Jam Gadang. Kedai makan tu depan Jam Gadang ye.

Dari hotel kami berjalan di lorong ni untuk ke Jam Gadang yang terletak di penghujung jalan ini.

 Jam Gadang

Pasar Atas 


Gunung Merapi Bukittinggi

Masuk ke Lobang Jepang ikut jalan belakang. Ntah jalan mana ntah kami redah. haha








Ngarai Sianok


Dari Lobang Jepang nak ke Pasar Atas kitong amik van teksi diorang. 
Tak larat nak jalan dah kerana sebelum ke Lobang Jepang tadi tu kitorg melilau cari atm BII. Bersesat-sesat bagai hingga masuk Lobang Jepang ikut jalan belakang.. kalau jalan ngan aku tak sah kalo tak sesat..haha >_<

Aku tak ingat apa nama ibu ni...nanti aku cari balik namecard dia.
Aku beli kain kat akak ni kat Pasar Atas. Kain yang macam kat bawah tu aku dapat sepasang (biru + pink)  dalam 500,000 rupiah..kain sedap..lembut je..kat kedai lain diorang bagi dalam 800,000 rupiah..tapi aku punya design lain sikit la..lagi lawa..gittchuu..
So sapa nak beli pergi cari akak ni ye...



Ni kain-kain yang ada kat kedai akak ni..cantik wehs yang hijau tu..
Selesai untuk hari pertama kitorg pergi melontar duit di Pasar Atas..hik3x..

Thursday, 1 October 2015

Contoh itinerary Jepun (musim bunga) 10 hari

Assalamualaikum.

Seperti yang dijanjikan, saya nak berkongsi draf itinerary kami sepanjang di Jepun ketika musim bunga lepas. Itinerary ini disediakan kawan saya & adiknya yang bekerja di sana. Saya hanya mngikut or menyelit dalam trip ini sahaja. Maaf kerana terlewat ye..




Total budget hanya secara roughly. Ianya bergantung berapa banyak souvenir or berapa kali anda makan di luar. Dari RM6k tu saya ada duit baki lebih kurang 30,000 Yen lagi..

Sedikit tips:
1) Sebelum ke Jepun. Boleh la download Navitime in Japan Apps. Apps ni ada tunjuk jadual, waktu dan map subway di Jepun. Anda boleh tulis depart dari station mana dan hendak ke station mana. Apps ni akan tunjuk masa dan station mana yang harus tukar.
Ni contohnya: 

Sila download apps yang dibulatkan dengan marker biru.


Ni contoh perisian dalam apps berkenaan.

2) Untuk JR Kanto Pass. Maaf saya tak sure sama ada berbaloi atau tak. Huhu..ni kawan saya yang sarankan kitorg beli. So, saya just ikut je..boleh tengok route dibawah ye.


Pass ni cover tempat-tempat dalam map ni atas termasuk yang shinkansen or bullet train). Setiap kali nak guna ni, just tunjuk je kat kaunter dan pegawai di kaunter JR akan cop sebelum bagi korang lalu. Tapi ingat ye, kalau nak guna ni kena naik train JR SAHAJA.
 Di Jepun, setiap subway station ada banyak company train/subway. Ini bermakna kalau korang terpaksa naik subway selain JR, korang kena pergi beli tiket subway macam biasa.

* Tips2 lain akan diupdate dari semasa ke semasa*

Wednesday, 16 September 2015

Artikel travelog Jepun dalam sisipan KEMBARA BH Ahad

Assalamualaikum.

Di sini nak berkongsi artikel catatan kembara iols yang telah diterbitkan dalam sisipan KEMBARA BH Ahad pada 9 September lalu. Lambat benor keluarnya, artikel siap bulan Mei haritu tapi publish bulan September. Sebab tu ada gambar yang boleh dikatakan recycle gak la sebabnya dah diletakkan dalam blog iols ni. Sorry la ye, iols ni jenis yang tak penyabar orangnya...gittewww...hahaha




Friday, 14 August 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 9 & 10: Tokyo (Nippori, Shibuya, Shinjuku-LOVE sculpture) - KUL

Hari terakhir sebelum pulang ke Kuala Lumpur esok pagi, kitorg decide untuk ke Tokyo sekali lagi sebab yang hari tu rasa macam terlebih rushing ke sana-sini. Tempat pertama yang dituju adalah Nippori Fabric Town. Nak la juga usha-usha kain mana la tau dapat beli sehelai dua kan. Di sini banyak juga kedai-kedai fabrik tetapi melalui pembacaan blog-blog diorg cakap kedai Tomato menawarkan harga yang lebih murah.

Kedai Tomato yang dimaksudkan


 * Tiga pic di atas diambil dari google. Credited to the owner*


Seterusnya, untuk mengoptimumkan lagi masa, kitorg split dua couple. Ini kerana, Athirah dan Syikin nak pergi ke Hard Rock Cafe di Roppongi, manakala aku dan Maira nak ke Daiso, Harajuku coz nak cari bekas untuk buat shepherd's pie khas untuk Malaysian yang banyak tolong kitorg sepanjang di Jepun. Kitorg janji nak jumpa balik dalam pukul 11 pagi kat area Shibuya. Lepas tu kitorg decide pergi ke Shinjuku untuk cari LOVE sculpture. 

Ada persembahan jalanan


Shibuya crossing pada waktu siang.

 LOVE sculpture di Shinjuku. Well nak cari love sculpture ni a bit tricky..tak tau la sebab kitorg tersalah turun station or salah belok jalan ke apa hingga kitorg sesat-sesat la gak cari mende alah ni..last2 tanya je local people..mula-mula bila tanya love sculpture diorg agak terpinga-pinga then after tunjuk gambar baru la diorg tau...
Ni direction nak ke Love sculpture:  
It's located outside the I-land Tower, a short walk from Shinjuku Station (West exit).
You can probably figure out the access map below...
Love sculpture

Kalo nak senang, cari je bangunan berbentuk seperti gambar di atas kerana LOVE sculpture ni dekat dengan kawasan itu.

Lots of love from us.. muahciked..hiks

Malam tu kitorg ajak Fikri, Mohsen dan family untuk makan-makan bersama sebab esok kitorg dah nak balik..so, Fikri bawa la kitorg gi restoran Pakistan kot..tapi makanan dia boleh tahan sedap la gak..

Haaaaa...tempting tak tengok...ngeh3x.. :P
Jus mangga lassi tu sedap wehs..

Say cheeseeeee everybodihhh...

Ruzana's shepherd's pie yang dibuat dengan penuh kasih sayang kakaks untuk adek-adeksnye ye...walopon rasanya tak sesedap yang di Malaysia, almaklumla tak cukup bahan...
maapkan hakak ye adek-adeks...nanti balik Malaysia claim balik kat hakak yew...

Good bye Japan...till we meet again..
iols tak naik Japan Airlines pon just ambil gambar sajork..

p/s: nanti iols share itinerary di Jepun ye dan sedikit tips..tungguuuuu... ;)