Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 27 November 2013

Tips backpackers Korea ketika musim sejuk (winter)

Salam & greeting to all...

Hai semua...pekabor? Bukan main sibuk sejak kebelakangan ni...al maklum lah, sekarang ni cuti sekolah dah bermula...kat office ni pun ramai yang dah mula bercuti..Kaki ni pun dah mula rasa gatal nak berjalan..muehehe...takpe2 sabar, next month turn kita plak nak cuti..yeeehhhaaa..nak ke mana pulak tu ye? hehe...tunggguuuu..!!!

Ok la, berbalik kepada objektif sebenar kita....hari ni sebenarnya saya nak kongsi sikit tip-tip ketika trip ke Korea time musim sejuk (Winter). Seperti yang sedia maklum, trip saya ke Korea tempoh hari adalah ketika musim winter iaitu pada bulan Februari 2013. Time tu dah dekat pengakhiran winter la juga, tapi masih ada snow.

Ada yang beritahu, bulan Februari adalah antara bulan yang paling sejuk di Korea. Pernah sekali suhu cecah -15 degree celcius. Sebagai orang Malaysia yang seumur hidup tak pernah rasa winter, tiba-tiba pergi melancong ke tempat yang suhunya jatuh hingga negative, itu sgt mencabar ketahanan diri. Kalau setakat, -1 degree celcius tu boleh tahan lagi tapi bila dah sampai -10 ke bawah tu memang tak boleh tahan la.

So, bila semua tiket dan itinerary dah setel, tibalah masa untuk packing barang-barangkan..so, apa yang nak kena bawa ye waktu winter ni?

1)  Mula-mula, mestilah  pergi cari kelengkapan pakaian musim sejuk. Paling penting ialah long john atau thermal wear. Tak kisah apa-apa jenama pun..boleh cari di kedai-kedai yang menawarkan pakaian winter seperti Universal Traveller, Winter apparel, UNIQLO, Goin' Places Winter Wear, Kok Kong winter wear (KL), etc...

Jangan dilupa juga, sweater, winter coat, glove, mafla dan stokin tebal. Tidak ketinggalan hot pad. Yang ni boleh pergi cari kat kedai Daiso dan Universal Traveller. 

Satu lagi, di UNIQLO, diorang ada menyediakan baju yang heattech, so boleh pergi cari kat sana ye. Kalau setakat temperature -1 degree celcius, pakai long john + uniqlo heattech t-shirt + wool sweather + mafla + glove pun sudah memadai.

ni link uniqlo heattech tu ye: UNIQLO heattech

Untuk winter coat boleh je kalau nak beli di Korea, sebab ianya lebih murah & design lebih cantik. Hari tu saya pergi beli winter coat dekat dengan Ehwa University, KRW49,000 so convert duit Malaysia dalam RM147. Tapi ada je yang lagi murah. Di bawah ini contoh winter coat yang saya beli di sana.




Oh ye, kalau nak cari jacket atau coat yang murah boleh check website ni juga ye. Saya beli dua wool jackt di website ini dan ia amat memuaskan. http://veofashion.com/women/outerwear/jacket-coat/


2) Bawa cream or moisturizer and losyen/lotion yang secukupnya. Winter kat Korea ni jenis yang sejuk kering. So, kita cepat dehydrated. Time pergi haritu jangan cakap la, kaki  punya la kering sampai gatal ya amat. Asyik nak tergaru-garu je. Bawa la segala jenis losyen johnson & johnson ke, vaseline ke atau  mana-mana produk yang sesuai dengan kulit.Tapi kalo nak cari cream kat sana pon boleh juga, utk muka disuggestkan beli Aloe Vera gel atau moist steam cream daripada Nature Republic. Ia sgt sesuai utk melembapkan kulit yang kering. Oh, jangan lupa bawa juga lip balm ye.

3) Ubat-ubatan. Yang ini sgt penting, in case kalo sakit kat sana, tak la tergagau nak cari ubat..lagi-lagi dengan communication breakdown nye...Kalo ada yang jenis tak tahan sejuk yang sometimes boleh menyebabkan senang untuk dapat selesema & demam tu, haruslah beringat ye. Standby ubat demam/panadol, selesema, cirit-birit/diarhea dan lain-lain (ikut kesihatan masing2).

Haritu time pergi sana, saya makan habbatus sauda yang softgel tu, sebab seperti yang kita sedia maklum, habbatus sauda ni dapat memanaskan & meningkatkan ketahanan antibodi badan. Alhamdulillah saya sihat sepanjang perjalanan di sana. Ini contohnya ye.




4) Pakai kasut yang sesuai. Ketika musim winter ini better pakai kasut winter boot/but, kerana ais yang mencair selepas salji adalah sangat licin. So please be careful your step ok.

5) Untuk kaki shopping: Foldable bag. Ini sangat sesuai kalau ada intention nak membeli-belah di sana ye.

6) Pergi mana-mana bawa la botol air mineral kosong sebab tandas mereka tak de air dalam jamban tu. Hanya ada tisu sahaja. Ambil air dekat sinki then bawa masuk dalam toilet tu.

7) Tips general untuk backpackers:
Elakkan berada di tempat sunyi, gelap waktu malam-malam seorang diri lagi-lagi bagi travelers perempuan. Setiap hari sebelum memulakan perjalanan, amalkan baca ayat Kursi supaya kita dilindungi sepanjang hari.



p/s: Ada org bagitahu, time winter, kalau hujan di Jeju Island, bermakna di Seoul akan turun salji. So, don't forget to check  daily forecast ye...pergi time winter, mesti la nak tgk & main saljikan.. So, good luck (^_-)