Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 14 April 2013

Travelog Korea - Hari 4 - Jeju-si, Jeju Island


Hari ke-4 kitorg menginap di Hostel Korea II atau lebih dikenali sebagai HK Jeju 2....dan ianya sangatlah cozy di sini. Apa yang menarik, salah seorang daripada pekerja di sini adalah pelajar Malaysia yang sedang cuti sem. Woah, best2 akhirnya dapat gak cakap bahasa melayu di Korea...wakakaka. Keesokan harinya kitorg plan nak tour the other part of Jeju. Tapi setiap tempat pelancongan di kawasan ni boleh tahan jauhnya dan nak save & meng'optimum'kan masa yang ada, kitorg decide untuk sewa sebuah teksi sehari iaitu 9 jam. Sampai je di guesthouse, kitorg pun tanya la kot-kot diorg ada provide service ni dan alhamdulillah, diorang ada.Tetapi, berapakah harganya?? Mahal ke?? dah la kitorg ni dalam percutian bajet, haruslah kena ngan bajet yang ada kan...annddd guess what?! harga utk satu teksi selama 9 jam adalah KRW120,000. Bahagi dua seorang dalam KRW60,000. Ok la tu..dikira murah la jugak..



Hostel Korea II (HK Jeju 2)


Sangat warm bilik ni di musim sejuk

Lebih kurang jam 9 pagi, ahjussi teksi dah sampai ke guesthouse untuk memulakan pengembaraan kitorg seterusnya. Mula-mula, kita haruslah bagitau ahjussi ni tempat-tempat yang kita nak pergi dan pada masa yang sama dia akan suggestkan tempat pelancongan yang lain mengikut kesesuaian. Siap bawa keluar map Jeju lagi...hehe. Ahjussi ni sangat ramah dan baik hati. Walaupun tak berapa fasih cakap English, dia cuba sedaya upaya untuk communicate dan bercerita pasal setiap tempat. Paling terharu bila dia cakap, dia sangat sukakan orang Malaysia. Dia cakap orang Malaysia ni baik. *kembang semangku kau..hewhewhew*  


Yongduam Rock (batuan yang seakan-akan kepala naga): Free



Manjanggul Cave: KRW2,000



Sangumburi Crater: KRW6,000
  


Seopji Koji: Free









Seongeup Folk Village: Free

 Kebanyakan rumah diperkampungan ini adalah merupakan rumah asal penduduk Jeju yang diwariskan sejak turun-temurun dan masih mengekalkan identiti asalnya sehingga kini. Antara ciri landskap utama rumah ini adalah dindingnya diperbuat daripada batu lava hitam dan pagar utamanya diletakkan patung nenek moyang iaitu Dolhareubang.


Sempat la juga pergi mengacau ahjuma-ahjumma ni pintal tali. hehe
Gelagat ahjumma yang bersungguh-sungguh ajar kitorg cara-cara yang betul menggunakan alat pintalan ni sangat mencuit hati. Manakan tidak, jurang bahasa membuatkan komunikasi antara kami sering tergendala. Walaupun begitu, akhirnya berjaya gak mempelajari kaedah buat atap jerami itu.



Hyeop-jae Beach...cantikkan..macam dalam lukisan..*masuk bakul angkat sendiri* (>_<)

Kebanyakan tempat yang dilawati adalah disekitar pesisir pantai. Angin yang bertiup kencang dalam cuaca musim sejuk betul-betul mencabar ketahanan fizikal dan mental kitorg. Sejuknya bukan main lagi, mencucuk hingga ke tulang hitam. Tetapi apabila melihat keindahan alam pulau hasil daripada letusan gunung berapi ini segala perasaan tadi hilang di bawa angin...*ecewahhh berpuitis la plak... (^_-)*



Ada yang bertanya dimanakah restoran ini, secara jujurnya saya pun tak berapa sure dan saya minta maaf banyak-banyak sebab kami hanya mengikut ahjussi taxi yang kami chartered haritu je...Tapi apa yang saya boleh kongsikan adalah gambar persekitaran restoran ini. Yang penting dari restoran ni boleh nampak Seongsan Ilchulbong Peak dari sisi. Boleh tengok gambar atas ni ye. ataupun boleh la contact restoran ini terus ye..no contact ada di gambar bawah.




lunch time kitorg... Nom..Nom..Nom..


Sepatutnya time lunch kita kena bayarkan makanan untuk ahjussi taxi ni juga, tetapi dengan lembut ahjussi ni tolak pelawaan kitorg untuk belanja dia makan. Rasa serba salah pula biar ahjussi ni makan sorang-sorang, tapi nak buat macam mana, dia berkeras tak nak join kitorg, dia takut kitorg bayarkan makanan dia.
He treat us like his daughter..Awww sobness terharu...


Udo Island



Seongsan Ilchulbong Peak



Mysterious Road



Jeju Harrubang or Jeju tangerine at Dongmun Market Place



Kenagan bersama ahjussi teksi yang baik hati.

*I highly recommend this ahjussi taxi for those who are looking for chartered  taxi tour in Jeju Island.  He is really nice man even though he can't speak fluent English but his service is the best.*

 updated info July 2015:
 Here is Mr Jang contact number and email address.
Below are the rate that they offer for chartered tour taxi in Jeju Island:
1-4pax taxi : 130,000KRW
5-8pax jumbo taxi : 180,000KRW
9-12pax mini van: 220,000KRW
Rates included 8hours tour, parking fee and fuel charge.
Excluded lunch and entrance fee.
Extra hour 10,000KRW per hour for taxi and jumbo taxi
Extra hour 20,000KRW per hour for mini van


Expenses for today:

1) Hostel Korea II: KRW30,000/person/night x 3 night: KRW90,000
2) Chartered taxi: KRW120,000 divide 2: KRW60,000/person
3) Manjanggul cave: KRW2,000
4) Sagumburi Crater: KRW6,000
5) Trick Art Museum: KRW7,000
6) Lunch: KRW30,000 divide 2: KRW15,000/person











13 comments:

  1. Salam awak bole x share itineary dgn saya!!mcm mana nak contact ahjussi taxi nie ek?kena book dulu ker? cmner

    ReplyDelete
  2. @pencinta damai: wslm. ahjussi taxi ni sy booking dgn guesthouse yang sy stay kat jeju-si...Awk boleh try call ahjussi taxi ni di nombor yg tertera pada kad ahjussi tu dlm gambar di atas ye...dia xde pula bagi email haritu.

    ataupun, kalo awak nk boleh try contact guesthouse tu....dulu guesthouse tu dikenali sbg HK Jeju II tp skarang dh tukar ke the forest.....boleh tanya diorg pasal chartered taxi tu ye...ni link diorg:

    https://www.facebook.com/theforesthostel?ref=stream

    utk itinerary trip ke Korea awak boleh refer di link ni ye:
    http://lilykwinara.blogspot.com/2013/08/contoh-itinerary-trip-to-korea-untuk-10.html

    ReplyDelete
  3. Salam...

    Saya Nisa.

    Nak tanya apa nama restoran yang ada ucapan selamat datang tu?Di manakah lokasinya?

    ReplyDelete
  4. Waalaikumsalam nisa,

    Sebenarnya sy pun xsure apa nama restoran ni, sbb ahjussi taxi yg kitorg chartered haritu yg bawa ke sini...tapi apa yang boleh sy katakan restoran ni berhampiran dgn seongsan ilchubong peak..insyaAllah, nnti sy akan cuba kongsikan gambar persekitaran & gambar pintu depan restoran ini ye...

    ReplyDelete
  5. awak nak tanya kalo ahjussi nie bwk kan..dia ada bg time x kalo nak pegi satu tempat..contohlah..kalo pegi seongsan tuh dia ckp x kat ok 1 jam jea..ataupun dia ikut jea kita?

    ReplyDelete
  6. @nhz2944: ada...ahjussi ni akan tetapkan masa utk kita bg setiap tempat yg dilawati...mungkin sebab haritu agak rushing kot, sbb kitorg amik tour utk sehari je & kitorg packed kan 6-8 tempat skali utk tour 8-9 jam...

    ReplyDelete
  7. lily sy nak ucap terima kasih kat awak..masa sy kat jeju sy amik taxi tour nie..dia mmg baik hati..akan repeat jeju lagi sekali.

    ReplyDelete
  8. salam, nk tanya.. mcm mana contact uncle taxi tour ni ye? ada emel x? atau call dia bila sampai jeju nnti?

    ReplyDelete
  9. @niena tsurara: Wslm. dia xde email. Tapi awak boleh try call dia, tgk gambar yg ada namecard, kat situ ada no dia...ataupun awak boleh ke guesthouse Forest Hostel dulu dikenali sbg HK Jeju II, sebab diorg ada link dgn uncle tu.

    ReplyDelete
  10. salam. rasanya ada no phone pada kad ahjussi tu. Inshaallah saya pon nak ke jeju bulan 11 nanti. info yang menarik di blog ini. thanks

    ReplyDelete
  11. @aidatul shima: Salam. ye, boleh click kat gambar tu ada no phone tertera pada namecard itu..selain itu, boleh juga search kat Facebook page Jeju Taxi Tour KJ...thanks sudi membaca blog ini :)

    ReplyDelete
  12. dimanakah lokasi ambil gambar bersama guide tuh..latarnya bunga warna pink dannkuning?

    ReplyDelete
  13. Monic: Ini gambarnya kami ambil di Manjanggul cave. Ianya seperti selfie 3D yang ada background bunga kuning & bunga pink. Yang bunga kuning tu berhampiran dengan seongsan ilchubong peak dan latar bunga warna pink pula itu di Hallasan National Park.

    ReplyDelete