Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 13 April 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 5 - Milford Sound cruise, Nugget Point Lighthouse, Kaka Point

13/11/2015

Hari ini kitorg dijadualkan naik cruise di Milford Sound pukul 9.15am dan perlu ke kaunter untuk pengesahan dalam 15-30 minit sebelum trip. Disebabkan kitorg dah memang stay berhampiran pelabuhan, kitorg boleh la dok buat rileks2 masak breakfast & toaster bagai...pastu apa lagi menjerit la mak sedara aku. 

'Better awal daripada lambat,' kata bekas ketua polis Kuala Kangsar  merangkap bapa saudara aku.
Apa lagi masing-masing seperti diberi arahan dalam skuad uniform bergegas siapkan breakfast. Dah tak sempat breakfast terus la simpan-simpan untuk dibawa bekal makan dalam cruise. 

Sampai-sampai je di parking jeti tu ingatkan dekat la kaunter-kaunter cruise ni kan...nanhado nyer...rupa2nya dalam 500m gak la jaraknya. Pergh pagi2 lagi dah berlari-lari anak takut terlambat. Kitorg dah janji dengan  Rezal, Kak Shima dan Wan nak jumpa kat sini. Diorg ni dari Te Anau, so diorg memang bertolak ke sini awal-awal pagi lagi. Sampai je jumpa diorg terus ke kaunter untuk ambil kad or kupon untuk naik cruise ni. 

Untuk cruise Milford Sound slot pagi 9.15am dari Jucy kitorg dapat dengan harga NZD40 bagi perjalanan selama 1 jam lebih. Ni kitorg tempah sehari sebelum di office jucy yang terletak di Queenstown. Oleh sebab tu, dia bagi kitorg discount sikit kot. Ikut nasib kot. huhu..Kalau ikutkan website jucy utk trip pukul 9.15am adalah dalam NZD45/person. Jika tempah di Queenstown dan tempahan berkumpulan mungkin boleh dapat murah sikit. Selain dari tu, anda juga boleh check website bookme.co.nz untuk dapatkan discount bagi pelbagai aktiviti. Tapi hanya limit untuk beberapa tempat sahaja. Boleh rujuk link jika berminat nak naik Jucy Cruize: http://www.jucycruize.co.nz/

Ini la crusie yang kitorg naik..boleh duduk bahagian ruang bertutup ataupun atas dek..pic credit to Aini.. :)

Ketika menaiki cruise sepanjang menyelusuri Milford Sound ini kitorg ternampak kelibat ikan paus yang kebetulan berada di situ dan diakui oleh kapten kapal tersebut bahawa kami bertuah dpt bertemu whale kerana ianya sangat2 jarang berlaku. Serious scenery sepanjang perjalanan ni sangat cantik dan  terbaik...




Posing wajib...iskh3x...anak sapa la tu..haha

 Us...

 Ni la laluan pergi balik dari tempat parking ke kaunter-kaunter cruise

 Malaysian yang kitorg terserempak time naik cruise sekali..yang belakang sekali tu 'mat salleh' yg sentiasa happy go lucky..

Ni waktu tunggu traffic light kat Homer Tunnel dari Milford Sound ke Te Anau..Aku apa lagi, cakap kat Aini nak keluar amik gambar sementara tunggu kat situ..Nasib baik takde kereta dari arah bertentangan. Pak sedara aku dok countdown & monitor timing kat traffic light tu..Oh ye, kat traffic light ni ada ditunjukkan masa lagi berapa minit untuk lampu bertukar hijau.

Berjaga-jaga la kalau terjumpa burung ni kat New Zealand. Burung ni suka curi makanan.

 Singgah makan and solat kat park di Te Anau

Dari Milford Sound kitorg singgah Te Anau untuk ke toilet, makan, solat dan isi minyak sebelum meneruskan perjalanan ke Nugget Point Lighthouse. Untuk sampai ke Nugget Point ni dalam 3-4 jam gak rasanya.

 Nugget Point Lighthouse


Dekat nugget point lighthouse ni la group aku berpisah dengan group Rezal dan mak sedara aku. Sebab diorang akan meneruskan perjalanan ke Dunedin sebelum balik ke Christchurch esok hari untuk balik ke Malaysia. Group aku pula bermalam ni kawasan ni iaitu kat Nugget View & Kaka Point Motels. Dari motel ni boleh nampak lighthouse sayup-sayup. Ni link motel tu: http://www.catlins.co.nz/

 Pemandangan waktu senja dari motel kitorg..kat sini pun cantik untuk stargazing sebenarnya tapi kitorg penat & tak gigih...ahaha

Boleh rehat-rehat sambil minum kopi dengan deruan ombak & angin...

Pemandangan di waktu pagi dari balkoni motel.
Dari sini boleh nampak sunrise sebenarnya. Tapi kan kitorg tak gigih pagi tu. So kirim salam sajor la..haha

 View dalam bilik motel..

 Dapur..

 Turut disediakan bantal tambahan, hanger dan towel

 Katil single di ruang tamu...luar tu balkoni yang boleh nampak laut...

4 comments:

  1. how is the condition of the motel ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hi winnie,

      The unit was nice, comfortable and spacious..I'll update & attach motel pic in the post later..

      Delete