Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday 20 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 5: Fruit tree hunting, makan-makan with Malaysian students

Memandangkan pada hari Krismas, kedai dan pusat membeli-belah tutup, kami mengambil keputusan untuk berehat di rumah dan makan-makan bersama pelajar Malaysia. Selepas makan-makan, petang itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan ini sambil jalan-jalan tengok pokok buah. Pokok pear, orange, lemon dan sebagainya adalah pokok buah biasa yang ditanam di sekeliling rumah di Adelaide ini, ia lebih kurang pokok rambutan, durian dan mangga yang ditanam di Malaysia.


Menarik buah pear di luar pagar ini.


Pokok orange


Ini pula pokok buah lemon




Inilah rumah kawan saya yang saya tumpang ketika di Adelaide tempoh hari, Actually rumah-rumah sekitar taman perumahan ini agak menarik kerana ada ukiran kayu ala-ala timur tengah dan asia.

Sedikit perkongsian. Sebenarnya di Adelaide tidak susah untuk mencari makanan halal kerana di The City terdapat ramai pelajar Muslim yang menuntut di universiti sekitar bandar. Restoran swinging bowl dikendalikan oleh rakyat Malaysia dan pekerja-pekerjanya terdiri daripada pelajar Malaysia yang bekerja secara sambilan. 


Thursday 18 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 4: Hahndorf (strawberry picking, German town)

Hari keempat, memandangkan cuaca pagi yang cerah, maka kawan saya mengambil keputusan untuk membawa kami pergi memetik strawberi. Ladang strawberi yang diberi nama Beerenberg ini terletak di Hahndorf dan mula beroperasi sejak 1839. Bayaran dikenakan untuk memasuki ladang strawberi adalah sebanyak 4AUD kira-kira RM12 dan bagi yang ingin membawa pulang strawberi, dikenakan bayaran $9.50 untuk setiap satu kilogram (kg). 






Di sini, kita boleh memetik sendiri strawberi yang hendak dibawa pulang dan juga merasa sendiri kelazatan buah yang segar dari ladang. Saiz buah strawberi di sini lebih besar dan sangat manis berbanding di Malaysia. Kepada yang ingin memetik strawberi ketika lawatan ke Adelaide, ia hanya ada ketika musim panas sahaja, dari bulan Oktober sehingga bulan April setiap tahun. 



So yummy...waktu ni, tangan kanan petik makan, tangan kiri petik strawberry letak dalam bekas...pergh2..nikmatnya..dah manis, besar2 pula tu...


Di Hahndorf ini juga terletaknya German Town. Terdapat pelbagai barangan berunsurkan kebudayaan Jerman turut dijual di sini.





Kedai-kedai di sekitar German Town di Hahndorf

Wednesday 17 September 2014

~ Lambaian kedamaian Baitullah ~

Coretan daripada blog saya _[KwInArAs' ;LiFes + ThOuGhTs + WhAtEvErs..]_
Mengimbas kembali memori di Tanah Suci pada tahun 2011.

Assalamualaikum...

sudah lama benar ak tidak menjenguk ke blog ini....slalunya blog ni digunakan sbg nukilan utk meluahkan isi hati yg terpendam..mlm ni ak terasa nk berkongsi suatu perasaan yg xpernah ak alami sblum ini..ia berkisar perasaan rindu pd BaitullahNya...



terasa heningnya malam ini..
angin malam diluar meniup ke segenap ruang bilik..
kepala mendongak ke langit ada sinar kemilau kerdipan cahaya bintang di atas sana..
perasaan terbuai degan kedinginan malam ini, namun begitu, ada suatu perasaan yang bergolak di hati ini..
ia seperti kehilangan sesuatu yang amat dirindui..
suatu perasaan rindu yg amat sgt...

mata dipejamkan, terasa bagaikan masih berada di sana di tempat itu..
masih segar ingatan ini ketika kaki mula menjejakkan kaki di Baitullah itu..
suatu kedamaian dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dialami sebelum ini meresap ke lubuk hati..
apabila terpandang tanda kebesaranNya, Kaabah, tiada kata yang dapat diungkapkan hanya memuji kebesaran Ilahi..Subhanallah...Allahuakbar..

air mata terharu penuh kesyukuran mula bercucuran bak air yang bah..
tiada kata yang boleh diungkapkan ketika itu, mulut bagaikan telah terkunci..
terasa begitu kerdil diri ini di sisi Tuhan Yang Maha Besar..
ketika itu hanya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa..
kaki melangkah sambil hati bertasbih dan bertauhid kepadaNya..
butir-butir ayat bertasbih mengiringi setiap pusingan tawaf..

kicauan burung-burung itu menyambut kedatangan..
alunan suara merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Qurannya sungguh meruntun jiwa..
rintihan setiap makhluk di segenap ruang itu mencambahkan lagi keinsafan di hati..
rembesan air mata penyesalan menjadi peneman hamba-hambanya setiap masa..
perasaan tawaduk setiap hambanya menjalani ibadah-ibadah seperti tawaf dan saie membekas di sanubari..
masing-masing datang dari segenap pelusuk negeri di atas muka bumi ini..
cuma apa yang pasti tujuannya adalah satu iaitu ingin merebut keredhaan dan rahmat dari Nya..segala-galanya termasuk jasad dan roh hanya ingin beribadat kepadaNya..tiada lain!
setiap masa yang ada digunakan sehabis mungkin untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Sang PenciptaNya..
di sinilah baru mengenal erti pengorbanan Nabi-nabi dan Rasul junjungan..

"Ya Allah, janganlah jadikan masaku ini masa terakhirku dengan BaitullahMu, Kau murahkanlah rezeki kami semoga dapat kembali ke rumah Mu..dan jika ini adalah masa terakhir bagiku, maka gantilah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segenap yang pengasih.."

Travelog Adelaide (summer) - Hari 3: Kanggaroo Island (Sandboarding at Little Sahara, Kelly Hill Cave)

Hari ke-3 di bumi Adelaide, seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan (2.00 pagi waktu Malaysia), kami meneruskan perjalanan ke Kangaroo Island. Mula-mula dari Keswick, kami kena ambil bas untuk ke stesen bas utama yang terletak di The City. Dari City, kami bergerak ke Cape Jarvis dengan menaiki bas yang mengambil masa dua jam sebelum meneruskan perjalanan menggunakan feri ke Penneshaw. Di Kanggaroo Island ni kami sewa kereta tapi semuanya diuruskan oleh kawan saya. Minta maaf kerana tak dapat nak provide info berkaitan. 



Jeti di Kanggaroo Island




View sekitar Kanggaroo Island


Belakang tu feri yang kami naik.

Bertempat di Little Sahara, kami tak melepaskan peluang melakukan aktiviti meluncur pasir atau dikenali sebagai 'sandboarding'. Pengalaman pertama meluncur pasir sangat mengujakan. Sandboarding di Little Sahara adalah antara aktiviti yang menjadi pilihan pelancong ketika datang ke Kangaroo Island.  Sempat juga kami merasai ribut pasir ketika  nak mendaki untuk sampai ke puncak luncuran, penatnya bukan main lagi. Tapi, sebaik sahaja mula meluncur semua keletihan hilang diganti dengan rembesan adrenalin  mencetuskan perasaan teruja. Sangat seronok.



Sesi termakan pasir. Seluruh badan diselaputi pasir. Bak kata kawan saya tu, 'baru aku tau rasa pasir tu mcm mana'. Orang tua cakap kalau nak kahwin kena ada pendapatan yang boleh sara anak bini, kalau tak, takkan nak bagi makan pasir kot kan..dan kini, kami dah rasa pasir tu mcm mana... ;p

Di Kangaroo Island, kami turut melawat Kelly Hill Cave. Apabila dilihat di persekitaran ini, kawasannya hanya mendatar. Tertanya-tanya juga, di manakah terletaknya gua berkenaan? Apabila kami tiba di check point untuk menunggu pemandu arah, terdapat sebuah pondok dengan sebuah pintu. Rupa-rupanya, gua ini terletak di bawah tanah kerana kami perlu menuruni anak tangga untuk sampai ke bahagian perut gua. Menurut pemandu pelancong gua kami,  Cassie, gua batu kapur ini menempatkan beberapa jenis stalaktit dan stalagmit.  Kami dibawa ke bahagian gua yang paling dalam dan dengan menyalakan sebatang lilin, pemandu pelancong menyuruh kami berada dalam bulatan sambil beliau menceritakan sejarah gua ini.


Nama gua ini berasal daripada cerita rakyat suatu masa dulu di mana terdapat seorang pengembara bersama kudanya telah menemui gua ini secara tidak sengaja apabila beliau tiba-tiba terjatuh ke dalam gua ini. Dan ketika beliau kembali dari meminta pertolongan penduduk kampung untuk meyelamatkan kudanya, didapati kuda berkenaan telah hilang di dalam gua itu. Sehingga kini, kuda berkenaan tidak dijumpai, dengan itu nama gua ini diberi sempena nama kuda pengembara berkenaan iaitu Kelly. Buat seketika, api lilin tadi dipadamkan, dalam suasana yang gelap serta sejuk, kami diminta untuk menghayati pengalaman pengembara itu. Meremang juga bulu roma apabila mengenang kembali perasaan pengembara yang tersesat di dalam gua yang gelap dan sejuk seperti itu.



Memandangkan kami tidak bermalam di Kangaroo Island ini, maka ada beberapa tempat utama yang lain tidak sempat kami lawati contohnya, Remarkable Rocks, Flinders Chase National Park, Seal Bay dan banyak lagi.

p/s: Gambar-gambar lain di Kanggaroo Island akan diupload selepas masalah external masuk virus diselesaikan. 

Travelog Adelaide (summer) - Hari 2: Harbour Town

Hari kedua, kami dibawa ke Harbour Town. Bila nak pergi Harbour Town ini disarankan pergi la satu hari terus ye. Sebab apa ye?? Mesti la sebabbbbb....it is SHOPPING time!!! Shopping dengan perempuan kan memang tak boleh dipisahkan. Mana cukup setakat 2-3 jam. Satu lagi, sebabnya adalah di sini waktu operasi tak la macam Malaysia yang sampai ke malam. Setiap hari, waktu operasinya adalah dari pukul 9am hingga 5pm, kecuali hari khamis waktu operasinya adalah 9am hingga 9pm. 

Ok, kalo nak ke Harbour Town ni ia memakan masa dalam satu jam lebih perjalanan dari Keswick menggunakan Metro bas Adelaide. Ini kerana, kitorang kena tukar-tukar bas. First, kami naik bas 720H untuk ke City. Then berhenti kat Stop 1A -Sir Donald Bradman Dr-North Side. Pastu pergi ke Stop 5A -Sir Donald Bradman Dr-South Side untuk tunggu bas J1. Selepas 18 hentian, atau dalam 30 minit, maka sampai la Harbour Town. Bas ni akan berhenti betul di hentian Harbour Town tau. 

Don't worry, kalo ada nampak bangunan nak mcm JPO kat Johor tu haaa tu la Harbour Town. Harbour Town ni, dia seketul tu je dekat atas padang yang luas. 


Kad bas ni kawan saya yang belikan. Berfungsi seperti touch n go, tp boleh guna untuk semua metro bas sahaja & boleh topup di kedai macam 7eleven.


First, nak habaq mai la no...I do not own both pictures at Harbour Town. Waktu sampai kat sini aritu, sumpah lupa nak ambil gambar. Mata dah berpinar tengok sale merata tempat. 

Mula-mula ketika melangkah masuk ke sana, apa yang terlintas di fikiran saya adalah tempat ini boleh dikatakan seperti Johor Premium Outlet (JPO) di Malaysia. Dan semestinya ia adalah syurga syurga membeli-belah buat 'kaki shopping'. Oleh itu, kepada 'kaki shopping', anda tidak seharusnya melepaskan peluang untuk melawat ke Harbour Town kerana di sini, ia menawarkan barang-barang berjenama dengan harga yang lebih rendah berbanding di kompleks membeli-belah yang lain. 

Dan, apa yang lebih menarik di sini, anda boleh tawar-menawar lagi walaupun harga yang diberi adalah selepas diskaun dan ada di sesetengah kedai, diletakkan papan tanda 'Please bargain'. Wah sangat menarik kan? Pastinya kepada 'kaki shopping' anda akan menjadi tak keruan. 




Ketika asyik melihat barang-barang, tiba-tiba penggera keselamatan bunyi tanpa henti, dengan serta merta kami diarah untuk ke tempat perpindahan kebakaran dan segala aktiviti perniagaan dihentikan. Selepas beberapa minit, kedengaran bunyi siren jentera bomba tiba di tempat kejadian. Saya diberitahu, sensor kebakaran mengesan asap di dalam salah sebuah bangunan. 

Namun begitu, ia bukanlah sesuatu yang serius tetapi ia hanyalah asap yang dikesan dalam salah sebuah tong sampah di situ. Apabila diselidiki, rupa-rupanya terdapat puntung rokok dibuang ke dalam tong sampah terbabit, hingga menyebabkan asap memenuhi ruang berkenaan. Apa-apa pun, saya sangat tertarik dengan perkhidmatan pihak berkuasa Adelaide yang pantas dalam menyelesaikan kejadia-kejadian yang tak diingini dan apa yang menariknya, setiap bangunan dan rumah di Adelaide, mempunyai sambungan penggera terus ke jabatan bomba. Tetapi, jika penggera kebakaran berbunyi atas kecuaian penduduk, mereka boleh disaman. 

Lepas pihak bomba clarify bangunan selamat, maka semua pengunjung dibenarkan masuk ke dalam bangunan balik dan sambung shopping. 

Wednesday 10 September 2014

Hari 2 & 3 - Travelog di Pulau Pangkor

Hari kedua di Pulau Pangkor, kami bangun awal pagi sebab dah booked pakej island hopping & snorkeling dengan Pak Jai kat Horizon Inn, Teluk Nipah. Pakej untuk 2 orang naik bot kecil berharga RM50, so, seorang dalam RM25 sahaja. Hmmmm....berbaloikah pakej ni? Murah kah? Saya pun tak sure sebab ini first time kami pergi Pulau Pangkor. Tapi rasanya worth it kot, sebab pakej ni termasuk goggle.

Untuk aktiviti island hopping & snorkeling better pergi pagi dalam pukul 8.30-9.00 sebab waktu itu air tak pasang lagi & pemandangan laut dan pantai menyegarkan. Selepas sarapan di hotel, kami pun berangkat la ke Teluk Nipah. Dari hotel, perjalanan mengambil masa kira-kira 10 minit. Jalan untuk ke Teluk Nipah dari Pasir Bogak boleh tahan berliku & berbukit-bukau (oveerrr tau statement). Nasib kami ambil kereta manual, ok la sikit time nak naik bukit-bukit tu. Selepas jumpa brother yang in charge pakej ni, kami dibawa menaiki bot kecil yang disediakan. Lepas dah island hopping, maka tibalah masa untuk snorkeling...weeehhhuuu..




Kami dibawa dan dibiarkan di Pulau Giam. Adik yang bawa bot ni akan tanya kita, nak balik pukul berapa? So that dia akan datang pada waktu yang kita mahukan nanti. Jangan risau, di Pulau Giam ni, bukan hanya kita sahaja tetapi ramai lagi pelancong lain. Pulau Giam adalah tempat tumpuan untuk pelancong buat aktiviti snorkeling. Mula-mula tu takut-takut la juga, just main di gigi air je. First time kot..huhu. Dengan bekalan roti yang diberi, kami pun taburkan ke dalam air. Tiba-tiba banyak ikan datang serbu di sekeliling badan saya. Sangat cantik ikan-ikan di sini. Subhanallah.. & the rest is history.






Selepas bersnorkeling, kami pun berangkat pulang ke hotel untuk membersihkan diri. Aktiviti seterusnya kami plan ke Kota Belanda. Tapi sebelum tu mesti la pergi isi perut yang dah berkeroncong ini dulu. Tapi dimanakah kedai makan yang murah di Pulau Pangkor ni ye? Sebab dengar cerita makanan di sini boleh tahan mahal harganya. Brother Horizon Inn tu bagitahu, kedai makan Hasnah yang terletak berhadapan Balai Polis dan untuk makanan seafood kedai makan bersebelahan Hotel Coral Bay menawarkan harga makanan yang agak murah.






Keesokan harinya kami pun berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Annyeong Pulau Pangkor. Till we meet again :)



Hari 1 - Travelog di Pulau Pangkor

Hari pertama, Jumaat (8 Ogos 2014 ) bergerak la kami ke Pulau Pangkor melalui Lumut dari Shah Alam. Percutian ni hanyalah 'short getaway' kami untuk lari daripada kesibukan kota raya dan kesibukan kerja. Boleh juga dikatakan percutian tanpa dirancang. Kawan saya cuma booked hotel melalui voucher yang dibelinya di groupon. Time beli tu kami tak check pun hotel tu kat mana, just tau yang hotel tu di Pulau Pangkor. Al maklum la tak buat research pun, just cari-cari apa aktiviti yang nak dibuat kat Pangkor je.

Perjalanan dari Shah Alam ke Lumut mengambil masa lebih kurang 2 jam 30 minit. Sampai je di Jeti Lumut menggagau la kami cari tempat parking. Ada sebuah bangunan majlis perbandaran ni bertulis parking bertingkat, berbumbung dan charge dikenakan ikut jam, iaitu sejam 60 sen sahaja. So, nanti korang kira sendiri la ye berapa jam yang korang parking. Sebelum ke kaunter nak beli tiket feri, kami disapa seorang brother ni, dia ada jual pakej snorkeling, kereta sewa & hotel di Pulau Pangkor. Memandangkan kami dah booked hotel, makanya kami just ambil pakej snorkeling dengan brother ni. Pakej snorkeling + island hoping bagi 2 orang RM50, so bahagi dua, jadi la seorang RM25. Boleh tahan murah juga rupanya. Pakej tu sekali dengan goggle ye. 

Tiket feri dari jeti Lumut ke Pulau Pangkor hanyalah RM10 pergi balik dan memakan masa lebih kurang 30-40 minit. So, simpan elok-elok ye tiket tu time nak balik nanti. Tapi kena ingat ye, feri akan berhenti di dua perhentian, satu di Kampung nelayan & satu lagi baru la di jeti Pangkor. So, make sure turun di hentian yang kedua ye. Kami tak ambil pakej kereta sewa dengan brother atas ni, sebab kami cakap nak pergi cari di jeti Pangkor mana la tau dapat lagi  murah kan. Nasib kami agak baik, sesampainya kami di Pangkor, ramai dealer kereta sewa & teksi dok beratur panjang tunggu customer. So, pilih je mana yang berkenan. Hehe...

Di Pulau Pangkor ni, pelancong boleh sewa motosikal dengan harga RM30 satu hari dan kereta manual-auto dalam RM 60-80 sehari. Kalau pergi dengan family & malas nak drive, boleh je naik teksi which is van pink (kenderaan pelancong di Pulau Pangkor). Kadar harga bagi van pink ni saya tak pasti pula berapa, tapi menurut brother yang saya jumpa di jeti Lumut tu dia bagi tahu sebuah van dalam RM22 sekali naik kot..sorry yang ni saya tak berapa pasti. So, kami decide ambil kereta sewa untuk memudahkan kami menjelajah Pangkor ikut waktu yang diingini & kami ni tak tau bawa motosikal. Sadis kan :(

Ok, kami sewa kereta manual iswara untuk 2 hari RM120. Ni kami ambil kat uncle Ah Meng. Mula-mula tengok kereta, terkejut gak la, dah macam nak reban (bak kata orang utara). Adeyh. Tapi masih boleh bergerak & OK la condition kereta tu. Tapi Ah Meng tu ada bagi name kad dia, so in case ada apa-apa masalah nanti just call dia. Sebelum ke hotel yang terletak di Pasir Bogak, kami pergi isi minyak di stesen minyak Buraq Oil. Seterusnya bergeraklah kami ke Coral Bay Hotel. Hotel ni betul-betul kat tepi jalan dan jaraknya dari jeti Pangkor tak la jauh pun, just dalam 10 minit je. Kalau nak ke hotel ni, dari stesen minyak tadi tu, belok kanan, then jalan terus je dan korang akan jumpa balai polis, perpustakaan awam. Dari situ terus je lagi, sampai la korang jumpa hotel tu di sebelah kiri.








Hotel Coral Bay ni terletak berhampiran dengan pantai. So after check in, petang tu kami pergi bersantai di pantai itu. Kat pantai ni tak ada orang buat aktiviti pun, setakat nak celup-celup kaki dan jalan-jalan tepi pantai boleh la. Pemandangan di sini cantik juga. Nampak macam private beach pon ada sebab tak berapa ramai orang. Al maklumlah ramai yang bertumpu ni Teluk Nipah.





Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai pakej tour yang ditawarkan oleh Horizon Inn Pulau Pangkor boleh rujuk link dibawah ye:
Horizon Inn

Horizon Inn
Lot 4438, Teluk Nipah
32300 Pulau Pangkor, Perak
Malaysia
Tel: +60 5 685 3398 /
       +60 5 685 3399
Fax: +60 5 685 3388
Perbelanjaan Hari Pertama:

Tiket Feri return - RM10
Pakej snorkeling + island hoping - RM25
Kereta sewa - RM120 - 2 hari
Hotel Coral Bay Pangkor, Pasir Bogak - RM 178 3d2n -divide by 2 pax- RM89/pax
Parking Jeti Lumut : 2 hari - RM28