Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 4 June 2013

Travelog Korea - Hari 9 (Part 3) - Namsan Tower

Perjalanan diteruskan ke Namsan Tower. Maka menapak la kami ke stesen cable car. Cuci mata sat...layan gambar-gambar di bawah..





Tadaaaa...dah sampai stesen cable car..tak silap harga tiket pergi balik cable car KRW8,000.
Kat atas ni sangat sejuk weh..kejung dibuatnya...nasib ada heater gedabak dapat la panaskan badan.


Pemandangan matahari terbenam




 
Mangga cinta katanya...supaya berkekalan sampai berkarat yew..kih3..








 
 
Menghabiskan sisa-sisa malam melihat pemandangan kota raya Seoul.
 

Travelog Korea - Hari 9 (Part 2) - Namsangol Hanok Village


Memandangkan Namsangol Hanok Village ni dekat dengan Namsan Tower maka kitorg ambil keputusan untuk datang ke sini nak tengok persembahan kebudayaan...nasib baik staff  KTO TIC bagitahu semalam. Kalo tak, tak merasa la nak tengok performance secara percumakan...untuk ke Namsangol Hanok Village a bit tricky walaupun dengan rujukan peta..kitorg siap tersesat naik ke highway lagi..haha..mesti orang pelik apa la yang dibuat oleh pelancong asing ni tengah-tengah highway..kih3..sambil dok jalan tu...ye kitorg BERJALAN YE..JALAN KAKI DI HIGHWAY...kitorg ternampak bawah highway tu macam Hanok Village..ada rumah tradisional Korea dan ramai orang kat sana..hah! sah..!! tu mesti Namsangol Hanok Village..apa lagi kitorg patah balik dengan ikut  kata hati masuk ke kawasan perumahan...jalan punya jalan akhirnya jumpa tempat yang ingin dituju..YEAY!! Time ni persembahan dah start..apa lagi terkocoh-kocoh kitorg cari tempat..sila layankan video-video di bawah.. (^_^)

 
 
 
 
 
 









 

Demonstrasi pembuatan rice cake kalo tak silap..siapa-siapa nak cuba pon boleh..



Antara kuih tradisional Korea
 


Permainan tradisional Korea: Yutnori game
 



 
 Dari taman Namsangol Hanok Village boleh nampak Namsan Tower..yeah di situlah kitorg bakal menghabiskan sisa-sisa terakhir percutian bajet di Korea Selatan untuk tahun 2013
 
 

Monday 3 June 2013

Travelog Korea - Hari 9 (Part 1) - Myeongdong

Memandangkan esok flight pagi-pagi buta makanya harini adalah hari terakhir kitorg untuk tour di Korea...sob..sob..sob.. :(
 
Sedar tak sedar ni adalah hari ke 9 kitorg di Korea...bangga dengan diri sendiri dan my partner kerana kitorg berjaya survived sampai ke hari terakhir..pagi ni kitorg decide untuk ke Myeongdong pula..nak pergi cari cd orang pesan..katanya kat Myeongdong murah..Menurut kawan aku, Mar, kedai cd tu kat atas kedai Nature Republic, better beli cd kat situ kerana cd-cdnya tax free...okey..mula-mula kitorg ingat senang la kan nak cari...tiba-tiba dah sampai sana, bukannya satu je kedai Nature Republic area Myeongdong tu...banyak wei..dalam 3-4 buah jugak la...setiap lorong kitorg masuk...well macam mana boleh jadi mcm tu?? aku rasa sebab kitorg keluar ikut exit lain kot dari stesen subway Myeongdong tu yang menggagau nak cari kedai yang betul..ni rupanya nama jalannya..
 
 
 
 
Haa...tu la kedainya..nampak tak?? yang hujung sebelah kanan warna coklat ada lambang Nature Republic..yang tu ghupenyer...
 
 
Korang nampak apa yang aku nampak?? terima kasih kerana menyambut kedatangan kami Jiyong-ah...ekeke.. ;P
 
After dah beli cd, maka berjalan-jalan lah kami di Myeongdong cari hadiah untuk adik aku pula...tak abis-abis dok peringat ak hadiah dia...jom kita cari, apa yang best di sini..
 



Kitorang masuk dalam Spao...tengah sale..so, sempat la aku grab cardigan lelaki untuk dibuat hadiah birthday...tak sempat plak nak snap gambarnya...

Kitorg agak rushing di sini sebab nak kejar pertunjukan kebudayaan kat Namsangol Hanok Village.

 

Sunday 2 June 2013

Travelog Korea - Hari 8 (Part 2) - Tourist Information Centre, YG Building, Hongdae

Dari Insadong kitorg menuju ke main KTO Tourist Information Centre (TIC) terletak  berhampiran dengan Cheonggyecheon stream. KTO TIC ni terletak di bahagian basement ye rakan-rakan. Jangan nak menggatal pergi masuk building KTO yang tinggi tuh, tak silap itu main office diorang karang tak memasal kena halau...kih3..

Nak tau lebih lanjut pasal KTO TIC ni sila rujuk link bawah..
http://english.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_7_2_1.jsp



Cheonggyecheon Stream



Landmark sebelum jumpa KTO TIC



Antara perkhidmatan yang disediakan di sini, pelancong boleh mencuba pakaian tradisional Korea secara percuma, belajar adab minum tea, boleh cuba permainan tradisional Korea dan belajar cara nak buat angpau Korea...

So, after solat, maka bermulalah sesi pembelajaran mengenai kebudayaan Korea...Sambil-sambil dok menyelami kebudayaan Korea, kitorg ternampak dan terdengar ada suara bercakap bahasa Melayu & sebut Malaysia...Situasi agak menarik ketika kitorg tengah belajar cara-cara nak buat angpau, sebab tiba-tiba ada dua orang lelaki juga turut serta waktu itu tapi diorg dengan instructor lain..cuma bila instructor tu tanya dirang dari mana, diorg cakap Malaysia tapi diorang ni berkomunikasi dalam bahasa Hanggul...perghh mantop...aku bajet mesti diorg ni student Malaysia..





Time nak belajar main permainan tradisional Korea, iaitu Yutnori game, kitorg tak cukup korum, so, plan tak nak la mainkan..tapi tiba-tiba dua lelaki Malaysia tadi tengah nak cuba bermain permainan tu, so apa lagi, diorang ajak la kitorg join sebab ia memerlukan 4 orang pemain. Dengan bantuan diorg yang faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Hanggul, kitorg pon dapat la belajar cara-cara main benda tu...sila ketip video di bawah.

 


dalam dok main tu aku cakap la kat diorang, "wah hebat korang cakap korea..student sini ke??" diorang cakap tak la...Rupa-rupanya diorang ni kerja di Korea...patut la lancar je bahasa hanggul diorg....tapi tak sempat la pula tanya nama diorang..al maklum la masing-masing khusyuk main dan rushing nak balik lepas tu..isk..isk..isk..teruk kan..dah jumpa orang Malaysia, sombong pulak...mianhamnida..
 
Oh ye, sambil kitorg bersembang dengan staff di TIC ni, dia tanya sama ada esok kitorg ada apa-apa program ke memandangkan esok hari terakhir di Korea kan...Dia cakap bersempena Chinese New Year, akan ada persembahan kebudayaan percuma di Namsangol Hanok Village...siap bagi lagi instruction how to get there..okay..interesting..maknanya kitorg kena reschedule balik la itinerary kitorg..plan asal nak ke Bukchon Hanok Village...
 
Selepas selesai urusan di TIC kitorg terus balik ke guesthouse..rehat sekejap..then mulakan misi mencari YG Building...ha kau gigih tau dalam kesejukan malam redah semata-mata nak cari YG Building kot-kot la langkah kanan boleh jumpa artis YG...Bigbang ke 2NE1 ke kan....berangan tak sudah...tapi yang penting tak kan dapat jumpa Daesung...huwaaaaa....dia ada kat Jepun time tu..sob.. sobb..sob...

nasib dalam kegelapan malam itu jumpa juga la yg building ni..macam mana nak ke yg building??

first, dari hongik university amik subway ke hapjeong station. turun di hapjeong station keluar ikut exit 8 ye...pastu jalan straight sampai jumpa circle hotel then straight lagi sampai jumpa statue yang memandang ke arah hangang park...anyway, thanks to other blogger yang bagi direction untuk ke sana...nak senang klik link ni: how to go to yg entertainment building



After fangirling menatap YG Building kitorg angkat kaki pergi Hongdae pula...Disebabkan malam masih muda, kitorg saja la pergi jalan-jalan....



 

Sempat jugala tengok persembahan dari live band ni...rasanya diorang ni student universiti di sana kot...
 
 

Travelog Korea - Hari 8 (Part1) - Namdaemun, Insadong

Hari ni kitorang plan nak membeli belah cari souvenirs. So, bergeraklah kitorg ke Namdaemun. Menurut pembacaan menerusi blog-blog travelers, diorang menyarankan pergi ke sana pada waktu pagi dan weekdays, sebab pada waktu lain orang adalah tersangat padat. Namdaemun ni lebih kurang macam Petaling Street kat KL kot...macam-macam ada....beg, baju, seluar, cenderahati, makanan dan macam-macam la...dan apa yang menarik kat sini adalah kebanyakan peniaga-peniaganya boleh berbahasa Melayu...bila diorang nampak je orang yang bertudung, diorang akan terus je tanya Malaysia?? Bila diangguk, terus diorang cakap bahasa Melayu..Wahhh..tokojut eden..ingatkan dekat Mekah & Madinah je peniaga-peniaga boleh cakap Melayu...kat Korea pon ada juga yang pandai Melayu...kih3...nampak sangat ramai orang Malaysia pergi beli-belah kat situ kan..dalam dok terkejut tu nak tergelak pun ada juga dengan loghat dan gaya pertuturan diorg...mana taknya..kadang-kadang diorang ni suka suki hati diorang je bedal cakap..
 
"Apa khabar..."
 
"Assalamualaikum"
 
"Murah, murah, murah...kakak, ini murah, murah, murah..."
 
yang tak boleh blah nya diorang suka sangat sebut..
 
"Aku cinta kamu".....
 
Aigooo..Aigooo...diorang ni paham ke tidak apa makna tu..ahaha.. (-_-")
 
Ok back to our story...Kat Namdaemun ni, dia ada banyak sangat kedai..pening-pening jugala nak pusing cari barang...ada yang dalam bangunan, dan ada juga stall-stall kat luar...kitorang pilih untuk masuk tengok apa yang ada kat dalam bangunan tu. Nasib kitorg agak baik, sebab terjumpa satu booth ni murah juga la souvenirs dia...dan ahjumma tu pun pandai speaking Melayu...satu papan 4 keping fridge magnet around KRW5,000 -KRW6,000 kalo tak silap...10 pengetip kuku satu papan lebih kurang KRW7,000-KRW8,000...t-shirt Korea  satu KRW4,000 dan yang penting made in Korea okehh..bukan China...tapi sorry la yo, tiada gambar ketika di Namdaemun sebab dok ralit cari barang...
 
Lepas dah settle jalan-jalan area Namdaemun, walaupin pun tak berapa puas tetap juga la bergerak ke Insadong..Kat insadong kitorg jalan-jalan lagi cari barang walaupun tangan & beg dah penuh dengan barang, ada hati nak shopping lagi..Kat sini, diorg cakap banyak barang-barang craft & art yang murah-murah...so lets check it out...oh ye, di sini pon ada kedai yang jual souvenirs..murah juga,tapi kena pandai cari ye...
 





Isk...Isk..Isk...anak sapa la ni yang tersesat di negara asing...seriously, aku sangat tak selesa keluar berjalan-jalan pakai baju 4 lapis lagi-lagi dengan bulky jacket tuh...terbatas benor pergerakan aku yang 'ganas' ni ok...tapi nak buat macam mana kan temperature drop sampai negative darjah celcius kena la pakai mcm tu kalo tak, mau kejung...tengok tangan tu, penuh dengan barang-barang beli kat Namdaemun











Ketika di Insadong, sempat juga la kitorg cari hadiah kahwin untuk kawan kitorg. Hadiahnye adalah sebuah lukisan hand made dengan nama kitorg ditulis oleh owner salah sebuah kedai art di situ. Mula-mula dia nak jual dengan harga KRW30,000-KRW35,000 kot then kitorg bargain dapat la dalam KRW25,000..ok la kan...T-shirt Korea kat sini pun murah gak lagi-lagi yang warna merah tu..baju tu macam baju jersi tulis 'Korea Legend' dalam KRW5,000 sehelai.

Lepas dah habis shopping di Insadong, kitorg ingat nak terus pergi Myeongdong. Tapi dengan keadaan tangan yang penuh dengan barang-barang tak lalu aku nak pergi...kekwat sangatkan...hahaha...then kitorg memutuskan untuk balik je then esok baru decide samada nak pergi ke tak...sebab malam ni kitorg ada misi lain...jeng..jeng..jeng...

Tapi, sebelum balik ke hostel, memandangkan tak solat lagi kitorg pon plan pergi cari main tourist information centre. Menurut Kak Zarina (blogger budgettravel2korea), ada tempat solat kat Tourist Information Centre yang dekat dengan cheonggyecheon stream.

bersambung.....