Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 28 January 2015

Habbatus sauda & minyak zaitun minsyam

Assalamualaikum.

Di sini saya nak berkongsi sedikit mengenai supplement atau makanan tambahan yang saya amalkan sejak 2-3 tahun lepas. Tetapi paling penting ia adalah pemakanan sunnah dan ia adalah dalam bentuk softgel..which is senang nak telan. Ni cheq nak habaq mai, cheq ni  bukan jenis yang senang nak telan ubat lagi-lagi tablet. So supplement yang tablet minta maap awal-awal memang la saya reject..Nak telan panadol pon tak lepas, berangan nak telan shaklee...Memang idok ler teman..Takut tercekik..muaahahaha... 

Eh..eh kenapa tiba-tiba nak kongsi pasal ni pula kan...hmmm..Sebenarnya, dah banyak kali saya ditanya oleh rakan-rakan dan orang disekeliling saya, apa yang saya amalkan sebab nampak kulit muka lebih bersih dan glowing..Glowing la sangat kan..kembang semangkuk sebentar..hue hue hue..Well3x..saya percaya kecantikan seseorang terserlah dari dalam yakni apa yang kita makan dan amalkan. Tak gitu?? Tetapi semestinya, you're beautiful in your own way...just cherish it okay...(^_-) Cumanya kena la ada effort untuk jaga badan kita ye rakan-rakan. Meh-meh nak kongsikan sikit apa rahsianya...Jeng-jeng

So, saya pun beritahulah rakan-rakan yang bahawasanya saya mengamalkan memakan softgel minyak habbatus sauda dan minyak zaitun keluaran minsyam. Selain, kulit muka tampak lebih bersih dan glowing, yang penting alhamdulillah sihat tubuh badan. Kini dah jarang saya diserang selesema ataupun demam panas. Saya ni dulu kerap juga selesema dan demam tapi kini alhamdulillah sentiasa sihat. So far tak pernah lagi la ambil MC sebab demam walaupun jadual kerja yang memang totally different daripada kebanyakan orang. Orang masuk kerja pagi balik petang, tetapi kerja saya masuk petang balik tengahmalam atau pagi-pagi buta. Nak buat macam mana demi sesuap nasi kan.

Oh ye, resdung saya pon boleh dikatakan kurang menyerang dah. Dulu hidung dan mata bukan main lagi gatal, rasa macam nak garu sampai tercabut la. Dan kadang-kadang tu kita dapat rasa ada bendalir kahak tetapi berwarna putih ketika bangun tidur waktu pagi. Alhamdulillah sekarang dah tak de dah lagi rasa tu. Selain itu, saya jenis badan angin, salah makan je mesti berangin badan, tetapi yang bestnya bila makan habbatus sauda ni, kita banyak sendawa dan terken***. Mungkin kerana ia agak panas, badan rasa rileks dan ringan je...ngeeee..

Sejak makan habbatussauda dan minyak zaitun, saya lebih kerap dan suka minum air kosong atau air mineral. Waktu belajar dulu, jangan harap la saya nak minum air kosong, memang tak lalu. Air pun minum tak sampai satu liter sehari. Tapi itu dulu la. Skarang, tengok air kosong tu la paling nikmat. Sehari boleh la minum sampai 2.5-3 liter. Lepas makan je mesti cari air masak atau air kosong. Air manis dah tak berapa nak pandang dah..gitteww... ahahaha...Apa yang saya perhatikan, consume air yang secukupnya dan makan habbatussauda & minyak zaitun tu, saya senang lawas, setiap hari akan membuang atau paling tak pun dua hari sekali ikut kuantiti makanan kita hari tersebut...best sangat rasa bila dapat empty your bowl. Urine pun dah tak kuning macam dulu. 

Dibawah ini adalah contoh produk berkenaan.

 Habbatus sauda

 Minyak zaitun

Saya amalkan 2 biji habbatussauda & 2 biji minyak zaitun sehari. Tak kisah makan pagi atau malam sebelum tidur. Untuk lebih nampak kesan, sila minum air kosong banyak-banyak.
Harganya pun murah. Sekotak kecil habbatus sauda RM12 (ada 20 biji softgel) dan sekotak kecil minyak zaitun RM10 (ada 20 biji softgel).

p/s: selain makan habbatussauda & minyak zaitun, saya juga guna produk penjagaan muka yang saya bakal kongsikan di post yang seterusnya ye...tungguuuu!! ;)

sambungan seterusnya: The First Nature Republic

Wednesday 21 January 2015

Grafa Cafe Restaurant

# Imbas kembali 

Di suatu malam....tahun lepas...hari tak ingat..aku craving for dessert. Puas aku tanya kawan sekeliling cafe terdekat yang menawarkan dessert yang sedap-sedap area Shah Alam. Tapi tak mau la ais krim and cake ye.. Maklumlah aku ni stay dengan family, so, jarang sangat2 la nak keluar makan lepak-lepak cari restoran kan. Ada suggestion dari kawan pasal Grafa Cafe Restaurant. Ianya terletak di SS15, Subang Jaya. So takdelah jauh sangat dari shah alam kan. Apa lagi aku ajak la adik pergi cari kedai tu.

Nak ke Grafa ni tak la susah pon. Kalau dari Shah Alam ikut Federal Highway, lepas Tol Batu 3 ambil susur kiri ke Subang Jaya. Then terus stay di lane kiri sebab lepas tu akan ada dua jalan pula, makanya ambil la susur yang di sebelah kiri dan straight je la ye sampai la jumpa traffic light sebelum Subang Parade. Lepas traffic light ni pusing kanan then straight pastu masuk kiri. Anda akan nampak deretan kedai di sebelah kanan. Masuk jalan kedua ye. Dari situ anda carilah jalan SS15/4B. Signboard Grafa ni kecil maka buka la mata anda seluas-luasnya. Kedainya terletak di sebelah kiri.



 
 Senarai menu dan harga yang ditawarkan di sini.
Menu di sini nak macam kat William Kelana Jaya. Yang paling aku & family suka adalah nasi goreng ketamnya. So yummmmiiehhh..

 



Kitorang tapau makanan so sementara menunggu, kitorang order la ice blended anggur plus laici kalau tak silap dengan panna cota.

Panna cota.
Oh ye, selain panna cota, diorang pun ada menyediakan dessert lain seperti pavlova dan cheese cake.

So jika berminat boleh la try makanan di sini ye. Ni linknya: grafamalaysia

Di bawah adalah alamat kedainya:
No 55 SS15/4B, Subang Jaya
Petaling Jaya, Malaysia
03-5611 7600



Korean food ~ Sweetree Ampang

# Imbas kembali

Kali ini aku craving Korean food pula. Setiap kali kalau aku dan Aini (patner travel ke Korea) nak keluar lepak, seharusnya kitorang jarang pergi makan makanan Melayu. Yang kitorang cari adalah Korean restaurant. Sebab tu la orang lain tak berapa boleh nak ikut, diorang yang lain tu tak layan makanan Korea. 

Jom kita terjah Sweetree Ampang. Punya la gigih tau dari Shah Alam gerak ke Ampang. Apa lagi pakai waze or google maps je la noks oiii nak gi tempat ni. Tak kuasa mak nak crita jalan pergi sana sesat2 bagai...Hahaha..Ampunnn..

Waktu mula-mula sampai orang tak ramai. Oh ye, kalau tak silap boleh juga cuba pakai hanbok kat sini gak.

Selepas seketika baru la orang ramai.
 Jangan risau pasal solat kerana di sini mereka ada menyediakan bilik solat. 

Masuk ikut pintu ini ye. Then naik tangga kalau tak silap.

 Masuk ke sini

 Telekung pun disediakan

Ini adalah antara side dish diorang. Setiap Korean restoran menawarkan side dish yang berbeza tapi kimchi wajib ada.

Ini ramyeon campur topoki berharga RM16.

Di sini disertakan link restoran & alamatnya: Sweetree

No. 13 L-1 & 2, Jln. Ampang Putra,
Tmn.Putra Sulaiman, Ampang,
68000 Ampang, Selangor,
Kuala Lumpur, Malaysia
012-210 3913 / 017-232 7933


Monday 12 January 2015

Travelog Ho Chi Minh, Vietnam: Hari 3 & 4 - Binh Tay Market & bandar Saigon

Hari ketiga, kami plan pergi ke Choi Binh Tay atau dikenali sebagai China Town, tempat penjualan borong termasuk kain pasang, beg dan lain-lain lagi. Selepas bersarapan kami pergi ke sana menggunakan bas no 1. Sila tunggu dan naik bas ni di hentian bas utama berhampiran dengan Ben Thanh Market ye. Naik bas no 1 sehingga ke hentian/stesen terakhir. Tambangnya lebih kurang 5,000 dong kalau tak silap. Better save siap-siap gambar Choi Binh Tay dalam phone supaya nanti senang nak tanya local people hala tuju tempat tu.
pic: credit to google
Dinasihatkan kalau nak pergi ke Binh Tay supaya pergi awal pagi kerana jika kita antara orang yang terawal sampai senang nak bargain dan diorang percaya kita pembawa rezeki untuk hari tu. Kita pun  ada banyak masa nak survey setiap kedai. Dekat satu hari juga la kami pusing Binh Tay tu. Rambang mata betul. Antara hasil tangkapan di sana.

 
 Vietnamese silk dalam RM40-RM45 kain yg paling lembut.

Baju Melayu ni tempah di Choi Binh Tay. Harga untuk sepasang termasuk kain dan upah jahit adalah RM89. 

 Baju kurung sebelah kiri tempah di kedai yang sama dengan baju Melayu. Harga kain + lining + upah jahit double layer adalah RM110-120.

Hari keempat adalah hari terakhir kami di Ho Chi Minh. Memandangkan flight malam, makanya kami plan untuk bersiar-siar di sekitar bandaraya ini sepanjang hari.



Ho Chi Minh Museum




 Independence Palace
Untuk ke Post office pula, just cross sebuah taman atau park yang agak besar ye. 
Di taman ni juga boleh beriadah. Tapi kami tak sempat nak menikmati pemandangan di sini kerana waktu tu hujan dah mula renyai-renyai. Berlari-lari kami untuk cepat sampai ke post office.

Saigon Post Office. 
Lama juga kami di sini sebab hujan lebat.
By the way, sesiapa yang teringin nak ke Notre Dame ianya hanya terletak bersebelahan Post Office ni je.


Masjid di bandar Saigon.

Nak senang cari jalan dan nak map boleh rujuk blog JM ye. Ini linknya: ho chi minh
Senang nak faham tgk map JM ni. Anda juga boleh ambil map bandar Saigon di kaunter hotel atau guesthouse masing-masing jika ada.


Pemandangan bandar Ho Chi Minh di waktu malam di atas kapal terbang.

Maka berakhirlah trip membeli-belah di Ho Chi Minh, Vietnam. Sedikit tips dari saya:-

1) Please bargain. Tawar la harga-harga kain selagi boleh. 
2) Penting! Jangan ambil atau sentuh barang/buah/makanan yang peniaga di jalanan bagi kepada kita. Bila kita sentuh or rasa je diorang akan paksa kita beli atau bayar benda tu terus.
3) Cari teksi yang bermeter.
4) Kalau nak jimat, better bawa makanan dari Malaysia. Walaupun banyak kedai makanan halal kat sana, tetapi harganya boleh terbeliak biji mata woo!
5) Better keluarkan plastik kain yang dibeli utk packing dalam bag. Takut bila sampai di imigresen diorang akan minta 'charge' tertentu. Mungkin kalau nak elakkan imigresen yang cerewet & banyak kerenah, boleh ambil flight balik malam.
6) Berhati-hati dengan pick pocket. Jaga beg duit. Bagi perempuan better silangkan handbag anda.

Monday 5 January 2015

Beraktiviti di ATV Adventure Park, Kg Kemensah, KL

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru diucapkan buat semua pembaca yang dikasihi...ecece ada ke yang membaca blog ni..huhu..So, apa azam anda untuk tahun baru ni? Harap-harap semua yang baik-baik belaka la ye..

Ok, berbalik kepada tajuk utama kita, saya nak kongsikan sikit pengalaman ber-ATV hari minggu lepas. Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi main ATV ni. Ianya ad hoc semata-mata. Pada mulanya plan hanya nak pergi belajar memanah secara percuma di Batu Caves, malangnya kami tak update dengan team berkenaan di mana mereka telah pergi ke Pantai Timur untuk membantu mangsa banjir.

Pagi-pagi buta kami terpacak di Batu Caves..sekali kelas tu ditangguhkanlah pula...sob3x..(T_T)
Untuk mengubat hati yang duka, aku pikir-pikir la apa lagi aktiviti yang boleh dibuat di area sini. Tiba-tiba aku dapat idea why not  try check ATV Kemensah. Tengok waze nak pergi Kg Kemensah  dari Taman Pinggiran Batu Caves hanya dalam 20 minit sahaja. Apa lagi, maka aku utarakan pendapat ini kepada kawanku. Dia pun setuju. Tapi kami kena check dulu sama ada dah penuh ke belum sebab menurut website diorang, kena booking dulu utk main time weekends or public holiday. Kami pun call la brother Shaiful ATV yang in charge pasal booking,  tanya ada kosong lagi tak. Alhamdulillah rezeki kami barang kali, hari tu orang tak ramai, just pergi walk-in je. Diorang pon bagilah location sebenar terletaknya tempat itu.

ATV Kg Kemensah, KL ni terletak di belakang Zoo Negara. Anda kena masuk ke jalan Zoo Negara dulu then dari situ straight je sampai jumpa Jalan Taman Zooview, Ampang, KL. Ni GPS Coordinates yang diorang bagi: 3.218507 101.787061

Di ATV Adventure Park, KL ni ada banyak pakej. So, pilih yang mana teringin & ikut kemampuan. Boleh check di sini kalau nak tahu dengan lebih lanjut ye. atv adventure park package

Kami ambil pakej B dengan harga RM100 yang merangkumi 1-1 1/2 hours offroad ride to 7-tiers Waterfall. The favourite trail by all..... imagine being greeted by the view of a stunning waterfall, hardly exploited by man.. Sebenarnya kami ambil pakej ni sebab fikir untuk beginner sesuai la kot kan. Mungkin treknya lebih senang dan tak la mencabar sangat la kan. Tetapi sangkaan kami salah sama sekali. Sebagai orang yang pertama kali main ATV, route atau treknya sangat mencabar. Berat rupanya nak kawal pemegang ATV ni. Fuhhhh...Treknya adalah di sekitar lereng bukit. Mau tak cuak...dah la nak naik cerun dia agak tinggi (bagi aku la kan)..pergh macam nak terbalik je rasa. Sambil bawa tu memang mulut terkumat-kamit baca rabbi yassir wala tu assir..Scary ya amat tapi BEST. Adrenaline rush & otot-otot jantung dapat exercise dengan jayanya..Wahahahaha..
Dengan dikelilingi nature memang sangat terbaik. Oh ye, jangan risau nak masuk ni kita ada guide yang akan bawa dan jaga kita. Tetapi jika berlaku sebarang kemalangan & kecederaan itu adalah tanggungan sendiri sebab sebelum kita start, kita diminta isi satu borang yang memerlukan details kita in case terjadi apa-apa & diorang tak dipertanggungjawabkan atas insiden itu. Aktiviti ini atas risiko sendiri ye.



 Kitorang dapat lepak lama kat tempat air terjun ni sebab tak de orang lain pon waktu tu. Ada la gak dalam sejam lebih kot...
Sambil kami berehat, aku just tanya la ada ke kemalangan berlaku waktu orang main ATV kat sini? Then menurut guide kami iaitu brother Azman, ada je kemalangan & kecederaan, yang latest adalah pada cuti Krismas lepas di mana ada seorang pelancong asing dari Jepun, patah tulang hidung sebab terkena handle ATV. Yang lain tu just patah-patah je, setakat ni tak de kemalangan jiwa dilaporkan. Oh My Gucci...mulut tu gatal pergi tanya kenapa? Haisshhh (-___-")
Katanya, sepanjang dia kerja di sini, banyak pengalaman & kerenah orang yang dia jumpa. Ada yang mula-mula cakap besar kata boleh bawa, sekali give up tengah jalan sebab trek yang mencabar. Siap ada yang menangis lagi. Huhu..I feel you babe, walaupun aku tak menangis tetapi rasa tu ada la..hahaha
Dekat sini banyak pokok buluh dan hutan ni diorang panggil hutan buluh.
7 tier waterfall sebelum ni orang panggil Air Terjun Batu Asah kalau tak silap


 Kurang asam brother ni sempat dia pergi snap gambar aku stuck tengah naik bukit ni..pastu baru dia datang tolong..kbai

Yang depan sekali tu guide kami, brother Azman. Terima kasih sebab bawa kami pergi & balik dengan selamat ye.

 
 Alhamdulillah dah selamat sampai

 Yes..!! We did it..lepas ni nak try yang pakej C pula.


 Jangan tak tau, Josh Hartnett pun pernah sampai ke sini tau.

Jika berminat nak main ATV ni boleh check website diorang ye: ATV Adventure Park, Kemensah KL