Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday 18 August 2016

Trip adik kakak ke Korea Selatan (^_-) May 2016: Hari 2 : Nami Island, Petite France

Hari kedua kitorg plan nak ke Nami Island dan Petite France. Perjalanan memakan masa dalam sejam lebih dengan menaiki subway. Untuk ke Nami Island kita kena berhenti di station Gapyeong. So dari Jongno3(sam)-ga, anda kena tukar di station Cheongnyangni dan Mangu sebelum sampai ke Gapyeong station. Dari Gapyeong station nak ke Nami Island boleh naik bus Gapyeong City Tour ataupun teksi. Kitorg ambil keputusan nak ambil taxi je sebab lambat kalau nak tunggu bas dan ramai plak tu orang nak naik bas. Kadar bayaran teksi dalam KRW4,000 lebih tak silap untuk satu teksi.

 Ni contoh station pertukaran subway...Bagi memudahkan kita untuk gunakan subway di Korea, anda disarankan untuk download apps subway korea yang banyak terdapat dalam App Store atau Google Play. 

Kalau nak ke Nami Island dan Petite France, disarankan pergi satu hari dan awal pagi. Pergi Korea kali ini aku tak banyak ambil gambar..just rileks2 enjoy the view bersama adik2 saja. Kalau nak tengok gambar Nami Island waktu winter bolehlah check entry aku di Korea tahun 2013 yang lepas ye.




 Kitorg adik beradik....
Kebetulan waktu pergi haritu, pokok di Nami Island bertukar warna coklat kemerahan macam waktu musim autumn cumanya suhu lebih panas...



Lunch di Asian Food Restaurant. Di luar restaurant dah tertulis ada sijil halal dari Korea Muslim Federation. Dan di sini juga terletaknya musolla atau surau. Surau ni diorang dah renovate dan agak lain dari waktu aku pergi 2013 dulu... 

 Ramai orang walaupun hari Isnin...

 Nak ke Petite France, korang boleh ambil bas Gapyeong City Tour. Tiket bas untuk sehari dalam KRW5,000. Tapi kitorg dapat free ride sebab ada coupon dari KTO. Tiket ni boleh guna untuk hop on n hop off untuk Gapyeong City Tour. Ni contoh route Gapyeong City Tour bus.


Rajin2 kanlah diri cari Coupon Book kat KTO atau website KTO ye sbb dapat menjimatkan lagi perbelanjaan korang di sana...kitorg time nak masuk petite france dapat 20% discount sbb ada coupon...

Ni adalah first time aku ke sini. Jalan nak ke sini memang pusing-pusing dan turun naik bukit...boleh tahan pening la..so kalau rasa jenis yang tak tahan pening tu better standby asam, air dan beg plastik siap2 takut muntah je...dalam bas juga turut disediakan beg plastik sebenarnya...dan adik aku muntah sebab naik waktu crowded so agak panas dengan jalan pusing2 nyer....dia start rasa tak sedap badan..nasib baik dia muntah waktu kitorg dah nak balik ke Gapyeong station...


Tempat pengambaran drama My Love From The Star, Beethoven Virus, Secret Garden

Mula2 plannya nak naik Gapyeong Railbike yang Running Man pernah naik dulu selepas pergi Petite France tapi disebabkan adik aku muntah2 pening naik bas dari Petite France makanya kitorg cancel je la plan tu. Takpelah xde rezeki lagi kali ni...kita pergi lain kali plak la...ahaks.. :P

Di kawasan Gapyeong ni korang juga boleh pergi ke Gapyeong Railbike dan The Morning Calm Garden. Selain tu kalau nak makanan halal selain di Nami Island, korang juga boleh singgah makan di Namiok Restaurant.


Wednesday 17 August 2016

Trip adik kakak ke Korea Selatan (^_-) May 2016: Hari 1 - KUL - ICN, Insadong, Gyeongbokgung Palace, Gwanghwamun Square

Assalamualaikum.

Holla2...kita bertemu kembali di entry yang terbaru. Sebelum bulan puasa haritu aku bawa adik-adik jalan-jalan di bumi Korea Selatan. Ini kali kedua aku pergi ke sana. Dah lama sebenarnya nak bawa adik2 gi jenjalan dan negara paling aku confident serta affordable nak pergi adalah Korea Selatan. Adik perempuan aku yg sorang tu pun memang minat Korea so alang2 repeat la balik ke sana. 

Sepatutnya aku bertolak pada bulan April lepas dengan beberapa kawan aku tapi tetibe bos cakap cuti semua kena beku sebab ada revamp. Tiket ak dah beli setahun sebelum dengan harga RM500 pergi balik naik AirAsia. Sekali bos tak bagi cuti, ko rasa mcm mana perasaan ak waktu tu? Menangis weh...so terpaksa la aku bagitau kawan2 lain tak dapat join diorang. Aku ambil keputusan nak postponed the trip ke bulan May. Untuk ubah tarikh tiket flight AirAsia boleh tapi kena bayar ikut harga semasa tarikh baru dan kena bayar penalti around RM300 lebih tak silap. Skali lagi aku menangis...hahhaahadoiiii...Mula2 plan nak postponed ke bulan November, tapi aku takut kacau jadual adik2 ak nak cari kerja or masuk belajar. So berkorban la. Nasib baik team leader ak baik diorg bagi ak banyak supplement & OT nak cover balik duit tiket flight baru yang cecah seribu lebih seorang... T________T  Takpelah dari awal dah niat nak bawa adik jalan-jalan & cari experience bersama2, kalau tak sebelum ni dok pergi jalan2 dengan kawan2 je kan...

Untuk ke Korea Selatan ni aku tak bawa parent sebab takut diorang tak larat & letih. Ye la kalo gi Korea ni memang banyak berjalan. Kitorg yg muda2 ni pun dah penat lagi la orang tua kan. Aku plan nak bawa family aku gi New Zealand satu hari nanti. Semoga ianya termakbul. Amin

Untuk flight kali ni dah alang2 mahal aku amik flight pukul 1 am dan seat kat quiet zone supaya tak bising untuk tidur sepanjang perjalanan. Tapi sepanjang perjalanan cuaca agak tak menentu dan flight agak bumpy. Sikit2 terjaga..tak lena sangat la...sampai Korea dalam kol 8 lebih pagi...mata rabak woih...haha..

Pergi kali ni aku dah tak perlu beli T-money just top-up je. Ini adalah kerana aku redeem T-money dan vouchers percuma kat KTO Malaysia. Untuk tahun ni sehingga 31 Disember 2016, sesiapa yang nak ke Korea Selatan boleh redeem T-money & vouchers secara percuma dengan menyertai Discover Korea Your Way 2016 campaign. Boleh klik link ni utk dapatkan free T-money & vouchers booklet. http://www.visitkorea.com.my/discover-korea-your-way-2016.html#dkyw2




Kali ni kat Seoul aku amik Airbnb. Apartment ni di Jongno-gu dekat2 dengan Insadong dan Changdeokgung Palace dan boleh memuatkan 4 org. Harga utk 5 hari 4 malam lebih kurang RM1,447. Host untuk apartment ni adalah Mr David. Lepas dah book, Mr David akan assist kita macam mana nak gi apartment dia. Dari airport kitorg ambil bas dan berhenti di Changdeokgung Palace dimana Mr David tunggu untuk pick-up kita. Actually dari Changdeokgung Palace nak ke apartment dia dekat je dalam 500m-800m kot tapi dah dia offer nak ambil so ok je la kan...


Tengok adikku yang bongsu tu dah siap landing bagai...conquer katil besar dia sorang plak tu..iskh3..haha

comel je kan kitchen dia...
oh ye, Mr David juga ada sediakan eggwifi/portable wifi secara percuma untuk kita gunakan ketika berada di luar. Rumah dia complete la dengan travel adapter, iron, wifi, mesin basuh siap softener & sabuh basuh baju, utensil nak masak dan macam2 lagi...dia pun ada bagi kitorg cuba skin care product yang bakal masuk pasaran. Product tu hasil kerjasama dgn kementerian sains & kesihatan Korea kalau xsilap. So boleh la dipercayai...hik3...
sampai rumah Mr David pun dah dekat tengahari...so lepas dah bersihkan utensil nak masak dengan sabun taharah, ak pun terus la memasak...

Ni lunch kitorg...kari ayam dan sambal ikan bilis yang dibawa dari Malaysia. Korea Selatan tak strict sangat untuk bawa masuk apa2 makanan...

Disebabkan mata dah rabak, kitorg pun rehat dan tidur sekejap. Petang gak la kitorg keluar jalan-jalan. Dari rumah David, kitorg gerak ke Insadong pastu lajak plak ke Bukchon Hanok Village then terus ke Gyeongbokgung Palace. Semua tempat2 ni boleh jalan kaki je dari apartment tu. 


 Ssamziegil di Insadong...
Hari kitorg gi tu adalah hari Ahad so ramai sangat orang...

 Gwanghwamun Gate dari dalam Gyeongbokgung Palace.. 



Cheonggyecheon stream di waktu malam hujung minggu...ramai yang dok bersidai kat sini

Ntah macam mana time keluar aku memang terlupa langsung nak bawa portable wifi dan map.. mungkin sebab ingat nak pergi dekat2 je kot.....tapiiiii....tgk2 kitorg berjalan sampai ke Gwanghwamun Square dan Cheonggyecheon Stream...pastu nak balik aku ajak adik2 ak naik subway dalam 1 station je kot tapi adik ak berkeras nak jalan kaki je katanya nak save kan duit...waktu tu dah malam dah...apa lagi menggagau la cari jalan siap sesat lagi...hahahdoii...nasib baik gak kitorg ada simcard Korea yang kitorg dapat secara percuma dan just beli topup utk data sahaja. On wifi cari la apartment tu tapi dia xdetect plak apartment tu yg mana...kebetulan waktu nak keluar tadi aku ada ternampak Yellow Brick hostel dekat ngan apartment. So aku search je hostel tu then sampai la ke apartment kitorg. Alhamdulilllah selamat untuk harini....hehe...

 Ni pemandangan dari rooftop apartment...fefeling mcm kat dalam drama Korea lepak kat rooftop...tapi takleh lama2 sejuk woih malam2...ahaha..