Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 29 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 5: Tokyo (Asakusa, Akihabara, Harajuku, Shibuya)

Keesokan harinya perjalanan diteruskan ke Tokyo. Kali ni kami pergi berempat je. Makanya bermulalah pengembaraan kitorang sesat-sesat kejar train...muehehehe...I loike sesat-sesat di negara orang..

Harini kitorg keluar lambat sikit..sempat la mendobi apa yang patut dulu kerana esok (hari ke-5) kitorg akan berangkat ke Osaka pulak pagi-pagi. Aku plak ambil kesempatan malam sebelum tu untuk makan ubat selesema yang memang kaw-kaw btol, yang kalo ko baling mercun kat sebelah telinga pon belum tentu akan terjaga..haha..

 Beratur jangan tak beratur ye kak..

 Di Tokyo, kitorg plan nak jumpa kawan Athirah di Asakusa. Kawan Athirah ni Japanese tau..comel je orangnya

 Jom bergambar dulu.

Yang kiri sekali tu kawan Athirah, Yuri namanya...comelkan orangnya. Kat Asakusa kitorg gi makan kat Ippin restaurant.


Aku pilih ramen untuk lunch. Dapnyer...nom nom nom...

Ni menu set yang ada di Ippin Restaurant Asakusa

Ni map restoran halal di sekitar Asakusa.


 Sakura mochi...boleh tahan..dalam tu ada inti kacang merah..tapi daun sakura tu a bit masin la..

 Haa pilih kak jangan tak pilih...well fridge magnet yang kitorg tengah pilih tu much cheaper compare dengan fridge magnet biasa tau..hanya 180 yen je harganya..
kalo yang biasa tu mau 350 yen..oh menangis nak beli tau..kalo stakat nak beli sekeping dua boleh la..masalahnya aku kena beli lebih daripada 10 keping...

Ni contoh fridge magnet yang berharga 180 yen sekeping

 Suasana di sekitar Asakusa


Muka eksaited dah sampai Akihabara
Kami dah...anda bila lagi? :P

 Di sekitar Akihabara


Masih di Akihabara
 Jalan sekitar Harajuku...Kat Harajuku teringin nak tengok orang pakai cosplay tapi tak jumpa la plak..ke kitorg salah street? ke cosplay ni ada waktu-waktu tertentu je? hmmm...sedey tak jumpa pun diorg ingat nak bergambar...sob3x..

 Dari harajuku kitorang berjalan ke Shibuya...

 Ya...inilah shibuya crossing yang famous amos tu..


Hachiko statue

Subway kat sini sangat menepati masa dan mempunyai sistem transit aliran yang sangat luas yang kadang kala agak mengelirukan. Bagi aku la kan, subway di Jepun lebih kompleks berbanding subway di Korea Selatan. Di Tokyo, kami melawat ke Asakusa, Akihabara, Harajuku, Shibuya dan Shinjuku.  

Tapi seriously, hari melawat Tokyo ni aku rasa kaki macam nak tercabut...well actually sepanjang trip ni gak la sebenarnya...ahahaha...sebab kitorg bukan saje berjalan dari satu tempat ke tempat lain tetapi juga kitorg berlari kejar train takut tertinggal then nanti tiba-tiba stranded kat mana-mana station plak kan...

Thursday 25 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 4: Enoshima Island

Hachummm....sroott sroott...

Dengan rasminya aku demam hari ketiga di Jepun. Syabas betei syabas... -_-"

Nasib baik semalam sebelum tidur aku dah telan panadol dan tepek cool fever ok la sikit...dan nasib baik juga demam kali ini bukan jenis pening kepala hanya panas badan je..arghhh tak sukanya demam time travel...

Hari ketiga ni, Fikri bawa kami ke Enoshima Island naik train. Katanya, kalau naik kereta jam..memang pun sebab waktu tu Jepun masih cuti Golden Week. 

Untuk ke Enoshima Island dari Kurami station pergi ke Chigasaki station then tukar tren untuk ke Fujisawa station. Dari Fujisawa station plak tukar train ke Katase-Enoshima station. Dari train station tu boleh jalan kaki ke island tu yang dihubungkan dengan sebuah jambatan.

Nak tau mengenai enoshima boleh check website ini ye: Enoshima

Suasana di train station di Jepun


Ni mesin tiket untuk buat fare adjustment kot...

Yeay kita dah sampai enoshima...nak kena seberang jambatan ni dulu untuk ke pulau..

Kita brunch dulu before ber 'hiking'

Enoshima shrine
Ramai benor orangnya...



Pemandangan sekitar enoshima...

Tengok betapa ramainya orang kat laluan tu...
Air laut yang bergelora kat belakang tu...wuuhhuuu...ombak rindu katanya..cliche sangat kenzz


Apa agaknya yang kitorg tengah buat tu ye?? Jeng jeng jeng...

Usah tertipu dengan nama island itu ye...agak-agak kononnya nak fefeling pantai di musim bunga..tak hado maknanya...rupanya kami kena 'hiking' bak kata syikin, pusing keliling pulau...keh3x..actually pantai ada je tapi yang di seberang jambatan ye...

Jom kita gerak pi makan sushi pulak yuk...

Muka memasing happy dapat makan sushi...sushi kat sini memang terbaik..so fresh terbaik dari ladang laut. Masuk mulut cair je...pergh memang marvelous..unagi (belut) pun thorbaik noks... 
Tapi maaf..aku sumpah tak tau ingat kat mana tempat ni sebab aku menonong je ikut diorang..al maklumla orang tengah demam...

Wednesday 24 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 3: Hitachi Seaside Park, Ibaraki

Di Jepun sunrise awal dan setiap hari waktu terjaga dari tidur mesti la asyik terkejut je kot terbabas tidur...yer la wehs, bangun-bangun je matahari dah naik tinggi..pukul 5 pagi kat Jepun dah macam pukul 9-10 pagi kat Malaysia tau...cerah bukan main lagi..mau tak tokojut den..bangun pagi tu tengok news rupanya ada gempa bumi dekat Kepulauan Izu..tak la jauh sangat dari tempat penginapan kitorg. Tapi boleh tak sedar or rasa apa-apa pun..nampak sangat memasing tidur mati..kah3x..

Disebabkan semalam (hari pertama) tu kami balik ke rumah dah tengah malam makanya kami decide untuk start our journey on the 2nd day tu lewat sikit la..kalau ikutkan plan, kami nak bertolak pukul 6 pagi ke Ibaraki...tapi seriously semua memang tak larat, so kami minta untuk bergerak dalam pukul 8 pagi. Disebabkan keluar lambat di hari minggu pada cuti Golden Week, kami stuck dalam jam lebih kurang 5 jam nak sampai ke Ibaraki tu...hameks ko!!! Bangun tidur bangun tidur dalam kereta tak sampai-sampai lagi..dah macam balik Kedah dari KL. Kitorang yang penumpang ni tak pe la, kesian kat driver xrasmi kitorg tu je la...muehehe

Kami sampai kat Hitachi Seaside Park ni dekat pukul 2-3 lebih kalau tak silap, padahal pukul 4 lebih dah nak tutup dah taman ni. hadoi la...Ok admission fee untuk Hitachi Seaside Park adalah 410 yen.
Boleh rujuk website berikut ye: Hitachi Seaside Park

Kenapa teringin sangat nak ke sini ye??? Ngeh3x....

Nah layankan gambar di bawah...



 Dalam lautan bunga nemophila

 Kami di ladang rapeseed...
Oh rapeseed...kerana dikaulah aku demam sepanjang percutian di Jepun kali ini...sob3x.. T_T
Lepas melawat taman ni terus demam malam tu..start dengan selesema then gatal tekak pastu demam..nasib baik bawa cool fever..setepek kat dahi 2 malam...adakah sebab alahan kepada pollen? Wallahualam...tapi pernah terbaca dlm blog, diorg cakap pollen rapeseed mengandungi allergens (sila google sendiri maknanya, jgn malas please >_< ) di mana ia akan memberi kesan alahan kepada sesetengah individu yang boleh mengakibatkan hay fever...lepas ni kalo jumpa rapeseed mungkin dah tak boleh nak dekat la...wuwuwu...kenangan 1st time demam time travel..sangat tak best..tak boleh nak menikmati percutian dengan semaksimum mungkin..


Seharusnya main purpose kitorg ke sini adalah nak tengok tulips ini...nak fefeling dok Belanda katakan...kikiki


haaaaa...!! cantik tak tulip-tulip itu...siap ada kincir angin lagi...dah rasa macam kat Keukenhof, Netherlands... ^________^

Lepas dah bersiar-siar sekitar taman ini, kami bergerak ke restoran pokok pisang untuk dinner dan berjumpa dengan Malaysian community yang baru lepas perlawanan persahabatan bola sepak. Meriah tau c'uols...tapi maaflah takde gambar coz waktu ni aku dah start rasa tak sedap badan...ngeee..

Monday 22 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 1 & 2: Fuji Shibazakura Festival, Lake Yamanakako & Gotemba Premium Outlet

Prelude

22 Januari lalu....

"Kawan2, jom pegi Jepun bulan April ni!!! anyone? Penyakit 'gila' aku datang dah....Nak layan bunga sakura plak..Parents tak lepas pergi solo..sobness T_T"

Itu status yang aku muat naik di laman Facebook ku dengan harapan ada la yang teringin ajak aku travel bersama..mauahaha..nampak sangat muka tak malu kenzz...maafkan iols ye..

and the rest is history

Tanggal 1 Mei 2015, maka berangkatlah aku ke negara matahari terbit. Yeahhhuuu....
Dub dab dub dab.... woahhhh....itu la perasaan aku ketika mula-mula melangkah masuk ke Airport Narita. First time berada di negara matahari terbit. Macam tak percaya pula. Trip kali ini aku hanya menyelit trip orang je sebenarnya. So, untuk itinerary sepanjang di Jepun ni aku serahkan bulat-bulat kepada kawan aku iaitu Athirah sebabnya aku hanyalah pengikut sahaja kali ini.

Sampai je di Airport Narita, kami pergi beli JR Kanto Pass sebelum adik Athirah, Fikri yang kerja di Jepun ambil kami berempat.

Angin malam tu sungguh dingin dan best sangat. Sepanjang di Jepun kami tinggal di rumah rakyat Malaysia yang bekerja di Kanagawa. Rumah diorang ni kecil dan comel je. Sampai malam tu just berehat sebab esok pagi tu kami akan ke Shibazakura Festival dekat dengan Mount Fuji. Oh sangat tidak sabar sebab.....aim utama aku kali ini adalah nak tengok shibazakura berlatarbelakangkan Mount Fuji.

 Makhluk comel di rumah Aimi (kawan fikri) sambut kami dengan begitu excited sekali sampai asyik nak menerkam je. Oh ye, makhluk comel ni namanya Chombi. Comels sangat kan..Aimi waktu ni tak ada kat rumah sebab balik Malaysia.

Esok tu, tak silap aku, kami bergerak dalam pukul 6.30-7.00 pagi juga la sebab takut stuck dalam jam, al maklum la time kami pergi tu Jepun tengah cuti Golden Week. Perjalanan nak ke Fujikawaguchiko dari Kurami lebih kurang dua jam juga la naik kereta.

 Ohaiyou gozaimasu
Belakang tu adalah rumah Aimi, tempat penginapan kami sepanjang di Jepun.
Comel ngat2 aihhh...


 Waktu nampak puncak Gunung Fuji ni dari jauh betul-betul buatkan aku sangat excited. Subhanallah, cantiknya......

 Muka masing-masing excited dah sampai.

Kita brunch dulu sebelum hiking ke atas..Hiking la sangatkan hiks...

Nak masuk ke Fuji Shibazakura Festival ni kena bayar dalam 520 yen.
Festival ni berlangsung dalam certain time je ketika musim spring. Untuk tahun 2015 ni, shibazakura start dari 18 April 2015 sehingga 31 Mei 2015. Waktu kami pergi ni shibazakura tak full bloom lagi. Diorang jangkakan shibazakura full bloom seminggu selepas time kami pergi ni..sob3x..
kalau nak ke sini, boleh rujuk website di bawah ye:



Iols sangat sangat sangat suka gambar ini....tapi sedih puncak Gunung Fuji malu-malu nak tunjukkan diri. Tak pe lain kali aku pergi lagi..muehehehe..

 Dari kiri, aku, Maira, Athirah dan Syikin.


Lepas dah bergambar dan pusing-pusing sekitar taman shibazakura, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Yamanakako. Jom kita terjah...

 Oh sungguh tenang di sini...tapiiii....sejukkkk...

 Waktu kat Lake Yamanakako ni sangat best sebab kami dapat tengok sunset berlatarbelakangkan Gunung Fuji dan seekor swan...Subhanallah cantik ya amat..

Perjalanan kemudian diteruskan ke Gotemba Premium Outlet. Jangan ditanya macam mana nak ke setiap tempat di sini ye, maaf iols tak tau kerana kami ada driver kami sendiri...gittuu...Driver dan guide kami seharusnya rakyat Malaysia yang bekerja di sana. Terima kasih banyak-banyak sanggup bawa kami ke hulu ke hilir.

 Gotemba Premium Outlet

Untuk muslim, jangan risau, di Gotemba Premium Outlet ni disediakan tempat untuk bersolat ye.

p/s: sila jangan muntah dengan gambar selpie kitorg ye..hiks.. >____<

Tips:

1) Jika nak tengok shibazakura, disarankan better pergi di luar waktu cuti Golden Week. Ini kerana, waktu cuti Golden Week orang tersangat la ramai, mana taknya, kita kena berebut dengan local people dan tourist lain juga.

2) Untuk ke Fuji Shibazakura Festival boleh juga naik public transport menggunakan train atau bas dari shinjuku. Boleh rujuk website ini: shibazakura access