Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 19 July 2016

Contoh itinerary dan bajet road trip South Island, New Zealand (spring) + Melbourne (transit)

Assalamualaikum.
Ini adalah contoh bajet dan itinerary kitorg selama 11 hari di South Island, New Zealand pada musim bunga November 2015. Trip ni 16 hari sebenarnya campur sekali dengan Melbourne. Itinerary ini hanyalah sebagai panduan. Ianya boleh diubah bergantung kepada minat dan kecenderungan serta bajet masing-masing untuk explore South Island, New Zealand ye... (^___-)

kereta sewa (nissan sylphy): nzd213/pax
fuel: nzd150/pax
makanan beli kat Pak n Save: nzd50/pax

Total: nzd413
 
Accommodation
1) Lake Tekapo Motels & Holiday Park - nzd 42/pax
2) Butterfli Lodge, Queenstown - nzd 35/pax - 2 nights: nzd70
3) Milford Sound Lodge - nzd41/pax
4) Nugget view kaka point - 58nzd/pax
5) Beach Lodge Motel, Dunedin - nzd45/pax
6) Alpine Motel Wanaka - nzd45/pax
7) Ivory Tower Backpackers Lodge, Foz Glacier - nzd40/pax 

8) Greymouth Seaside Top 10 holiday park - nzd36/pax
9) Amber Kiwi Holiday Park and Motel, Christchurch - nzd 37/pax
Total: nzd414

Activities
1) Wanaka Skydiving (package with cameraflyer + pics + vid): nzd528/pax
2) Kawarau Bungy Jumping + zipride + combo (vid + pics): nzd295/pax
3) Luge & gondola: nzd48/pax
4) Milford Sound cruise: nzd40/pax
Total: nzd911






*Sedikit pembetulan, kitorg naik Milford Sound Cruise pada 13/11/2015 ye...


Iols nak share sikit tips untuk trip ni ye. Check it out.

1) Nak masuk Australia dan New Zealand sila declare semua makanan dan ubat-ubatan yang dibawa. Kalau tidak, anda akan didenda. Sila check kt website immi Oz & NZ apa mknn yg boleh & tak boleh dibawa ye. Better buat list senarai semua makanan dan ubat yg dibawa. Asingkan satu beg untuk barang-barang yang perlu di'declare'.
2) Di NZ, sila pandu kereta ikut had laju ditetapkan. Had laju standard adalah 100km/j & had laju di town atau pekan kecil hanya 50km/j. Kalau tidak, akan ada yang escort & ekori anda. So jaga-jaga ada yang memandang ;P
3) Kat NZ ni cuaca unpredictable. Satu hari anda boleh jumpa 4 musim skaligus. So be prepared.
4) Kalau nak beli tiket flight dari Australia ke New Zealand, boleh gunakan location negara terbabit. Contohnya: jetstar.com.au atau jestar.com.nz. Jangan lupa subscribe newsletter promotion utk dpt harga murah. Tiket ni kitorg monitor dari awal tahun. Selain Jetstar, boleh juga naik Air New Zealand.
5) Rate NZD paling rendah pernah cecah 1nzd = RM2.55 tapi waktu aku pegi rate 1nzd = RM2.9 plus. So, kalau korang tengok rate rendah better beli/tukar siap2.
6) Nak masuk Oz kena apply ETA (mcm visa tp electronic version. boleh minta travel agent buatkan or apply online 30aud). Utk NZ tak perlu visa utk M'sian.
7) Souvenir murah kat NZ cari di kedai DFO. DFO ni ada kat Queenstown & Christchurch.

8) Kepada yang tertanya-tanya musim apakah yang best di New Zealand, bagi aku semua season kot. Walopon tak pernah pergi semua season kan. Hiks2...tapi personally bagi aku, aku suka musim spring & summer. Best pergi waktu bulan November awal2 bulan gitu sebab korang boleh tengok lupins yang tengah kembang mekar...lawa beb...Tapi harus diingat musim summer adalah peak season.
9) Korang boleh beli ayam jenama BRINKS sebab ianya ada halal certificate. Ayam ni ada dijual di Pak n Save. 
10) Pasaraya Pak n Save memang murah. Kat sini korang boleh beli barang basah & borong chocolate Whittakers. Pergh marvelous betul chocolate Whittakers tuh...Bila korang beli barang2 di Pak n Save, korang boleh dapat discount untuk fuels. Pak n Save pun ada stesen minyak tau.

Apa lagi eyh? hmmmm....takpe la kalo ada lagi nanti iols update ye.  Ada apa-apa soalan don't hesitate to ask me okay...InsyaAllah ada masa dan apa yg iols tau, iols jawab ye... ^_______^

*Yeahhuuuu...akhirnya siap gak post entry pasal New Zealand.*




Monday 18 July 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 11: Christchurch city, CHC-MEL-KUL

19/11/2015

Harini hari last kitorg di South Island, New Zealand. Sob3x...sedihnya....so harini selepas breakfast, kitorg check out tapi kitorg tumpang simpan beg2 kat tempat penginapan & decide nak tour sekitar bandar Christchurch sampai petang. Flight untuk balik ke Melbourne pukul 8 malam nanti.

Kontena yang dijadikan kedai-kedai selepas kejadian gempa bumi lalu.



Di sini kita boleh ambil tour untuk mendengar penerangan mengenai kejadian gempa bumi di Christchurch beberapa tahun lepas dengan kadar bayaran NZD20 kalau tak silap.

Nak beli souvenirs murah boleh cari kedai DF Souvenirs yang boleh dijumpai di Queenstown dan bandar Christchurch.

Jom kita naik tram pusing-pusing bandar Christchurch. Bayaran untuk tram ni tak silap dalam NZD20 kot untuk sehari. Kita boleh hop on hop off bila-bila yang kita nak. Setiap kali nak naik kena tunjuk tiket je. 

Bangunan rosak dan masih dalam pemulihan kesan gempa bumi



Dalam tram.

Laluan tram.



Dah habis pusing-pusing city tour, petang tu kitorg pergi ke motel yang kitorg stay untuk ambil bag sebelum hantar kereta di airport. Kereta sewa kena hantar kat tempat yang kita ambil dulu ye.

Alhamdulillah roadtrip South Island, New Zealand kini sampai ke penghujung. Perjalanan mengambil masa selama 11 hari sejauh lebih 3,000km bermula dari Christchurch-Lake Tekapo-Mount Cook-Lake Pukaki-Cromwell-Queenstown-Glenorchy-Arrowtown-Te Anau-Milford Sound-Nugget Point-Dunedin-Wanaka-Fox Glacier-Franz Josef-Greymouth-Christchurch. Memori yang tak akan aku lupakan. The best trip so far. InsyaAllah akan kita bertemu lagi suatu hari nanti 😘😍😉. Separuh hatiku tertinggal di sini ❤️❤️

Flight kitorg ke Melbourne pukul 8pm. Sampai di Melbourne kitorg overnight kat airport Melbourne sebelum ambil penerbangan balik ke Kuala Lumpur keesokan paginya.

pssssstttt.....ada yang nak iols share itinerary trip Melbourne & South Island New Zealand tak? (^_-)



Sunday 17 July 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 10: Punakaiki Blowholes and Pancake Rock, Arthur's Pass, Castle Hill

18/11/2015

Dari Greymouth harini kami keluar awal sebab nak ke Rock Pancake Punaikaki sebelum meneruskan perjalanan ke Christchurch melalui Arthur Pass.

 Kenapa tempat ni dipanggil pancake rock? Jeng Jeng Jeng...




 Ini ha sebabnya....bentuknya seakan-akan pancake yang bertindan-tindan atas satu sama lain..



 Ini tak ingat pula kat mana sebabnya kitorg terjumpa tempat ni waktu dalam perjalanan. So just decide untuk berhenti ambil gambar saje..





 Bila nampak sign yang macam ni kita kena bagi laluan kepada orang dari arah sana untuk lalu dulu ye...

 Melalui The Otira Gorge Road

 Otira Valley di Arthur's Pass National Park



 RnR di Arthur's Pass..tapi di sini hanya ada toilet sahaja tau...

 Castle Hill di kejauhan...



 Castle Hill....di sebalik pokok ni ada track untuk ke tmpat penggambaran filem Narnia...tapi dengan keadaan berkabus dan angin yang sejuk idok le kitorg gigih nak ke sana...Gigil & kejung wehs...

Dari Greymouth untuk ke Christchurch atau sebaliknya anda sebenarnya boleh naik train Tranz Alpine train yang turut melalui Arthur's Pass sambil menikmati pemandangan yang cantik dan menakjubkan. Jika berminat boleh klik laman web berikut: http://www.kiwirailscenic.co.nz/tranzalpine/

Kitorg sampai ke Christhcurch dah agak petang. So terus check in kat Amber Kiwi Holiday Park and Motel.

Friday 15 July 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 9: Fox Glacier, Franz Josef Glacier, Greymouth

Maaf terlambat update trip New Zealand...dengan sibuk berpuasa dan berayanya serta iols baru balik bercuti dengan adeks2 balik kampung kita nun..hehe..mana lagi kalo bukan negara kimchi..itu trip iols b4 puasa haritu ye...ahaks...Ok2 jom kita start balik post NZ ye...

17/11/2015

Hari ini selepas check out dari Ivory Tower Backpackers Lodge, kami bertolak ke Fox Glacier untuk tengok glacier tapi malangnya tak nampak apa-apa sebab berkabus so kitorg decide untuk pergi ke Franz Josef Glacier pula.

Perubahan glaciers dari tahun 2008 ke 2012 dipercayai akibat climate change.
 
Berkabus...ketika trackking di sini cuacanya tak menentu..kadang-kadang hujan dan mendung..
Trackking kat sini lebih kurang 20-30 minit la gak..just jalan slow2 je ye..

Glaciers dilitupi oleh suasana berkabus

Aliran air sungai cetek dipercayai daripada glaciers yang mencair..

Tak sah kiranya datang ke New Zealand tak jumpa dengan lembu-lembunya...

Kami meneruskan perjalanan untuk ke Greymouth. Dari Franz Josef untuk ke Greymouth mengambil masa lebih kurang 3 jam.


Pemandangan di bandar Greymouth.

Di sini kami bermalam di Greymouth Seaside Top 10 Park.