Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 31 December 2014

Travelog Ho Chi Minh, Vietnam: Hari 1 & 2 - (KUL - SGN) & Tour Sungai Mekong

"Kakak, sini murah-murah..." Itulah ungkapan yang sering bermain di bibir peniaga di sekitar Ben Thanh Market dan Binh Tay Market bagi menarik perhatian pelanggan yang juga pelancong dari Malaysia. Ho Chi Minh, Vietnam bukanlah tempat asing bagi rakyat Malaysia yang ingin bershopping sakan selain di Bandung dan China. Ia merupakan syurga tekstil bagi penggemar kain bidang khususnya kain kapas atau cotton yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah. 

Pada Jun lalu, saya dan kawan mengambil keputusan untuk ke Vietnam bagi memborong kain untuk persiapan raya. Bertolak ke Vietnam menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia kami berlepas dari KLIA2 pada jam 12.00 tengah hari. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Sampai je di lapangan terbang Ho Chi Minh, kami di sapa oleh seorang wanita sekitar 40-an, beliau mengingatkan kami supaya berhati-hati dengan penyeluk saku dan menyarankan agar kami silangkan handbag. Imigresen masuk tak banyak kerenah. Memandangkan kami seramai 4 orang, makanya kami ambil keputusan untuk ke hotel menggunakan teksi. Menurut pembacaan menerusi blog, ramai yang suruh berhati-hati ketika ambil teksi. So, akhirnya kami decide ambil teksi airport sebab kita akan terus bayar di kaunter ikut rate yang telah ditetapkan. Kita akan diberi coupon dan pergi ke teksi yang sedang menunggu. 

Selama 4 hari 3 malam kami di sini, kami menginap di Hoang Hai Long 2 Hotel dan Saigon Pink 2 Hotel yang terletak di District 1, di mana kedua-dua hotel ini adalah bersebelahan. Kenapa ada dua hotel? Sebenarnya pada mulanya hanya tiga orang je yang confirm, tapi tiba-tiba last minit adik pula nak ikut. So, terpaksa la saya booking satu lagi bilik, tapi bilik di hotel saigon pink 2 dah penuh, so terpaksa la ambil bilik di Hotel Hoang Hai Long 2. Hotel-hotel ini saya tempah menerusi agoda.com.

  pic: credit to agoda.

 Well not bad juga la biliknya. Yang bestnya kedua-dua hotel ini berhadapan dengan kedai makan halal iaitu kedai makan Hajah Basiroh. So, turun je boleh terus makan.

 pic: credit to agoda.

Nak cari makanan halal di Ho Chi Minh tak la susah pun, sebab banyak peniaga Melayu Champa yang berniaga buka kedai makan. Tetapi, harganya boleh tahan la juga...cuma, makanan di kedai makan Hajah Basiroh ni jauh lebih murah compare dengan kedai-kedai lain. Kat Vietnam ni wajib minum kopi susu diorang tau...pergh mantop sangat sedap hokayyy...

Setiap hari kena beli ni...addicted sungguh.. ^^,

Disebabkan kami sampai sana lepas zohor, makanya hari pertama tu tak de la aktiviti sangat, just pergi ke Ben Thanh Market untuk usha-usha tengok kain dan mark kedai-kedai yang agak murah. Tapi serius, masuk je Ben Thanh korang tak rasa macam berada kat negara luar pun, sebab ramai pengunjung-pengunjungnya adalah rakyat Malaysia. So just senyum dan say hai.. :)

Ben Thanh Market ni kalau tak silap beroperasi dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. So, lepas pukul 6 petang, diorang akan set up gerai di luar bangunan seperti pasar malam. Pasar malam ni ada setiap malam dan di sini ada menjual baju-baju kurung, telekung dan macam-macam lagi. Tinggal pilih je..




Sewaktu tengah makan malam di kedai hajah basiroh, kami terjumpa seorang makcik dan kawan-kawannya dari Malaysia. So, bersembang la kitorg sebentar & ter..cakap la hajat kami nak pergi ke Sungai Mekong. Kebetulan pula makcik ni ada kenal orang tempatan yang buat tour ni. Apa lagi kitorg pun selit la skali cakap nak join. Keesokan harinya, kami ambil keputusan untuk pergi tour ke Sungai Mekong dan kilang pakaian.  Pakej tour berharga 35USD start dari pagi sehingga petang termasuk makanan halal dan tourist guide berbahasa Melayu. Untuk pengetahuan semua tour ini adalah muslim tour yang dibuat oleh kaum Melayu Champa di Vietnam ini. Selepas sarapan kami bertemu dengan tourist guide yang datang ambil kami di hotel. Perjalanan ke Sungai Mekong menggunaka van ambil masa lebih kurang sejam lebih kalau tak silap. Tapi bila sampai je berhampiran dengan Sungai Mekong tu hujan sangat la lebat. So, diorang delay sebentar trip merentasi Sungai Mekong. Bila hujan dah reda maka barulah kami boleh meneruskan trip.

 Merentasi Sungai Mekong yang agak bergelora selepas hujan. Dah la diorang tak bagi pakai life jacket pun. Sumpah time ni sangat cuak. Cheq ni bukannya reti berenang pun. Mengucap banyak-banyak weh. Tapi alhamdulillah semuanya selamat.


 Merasai teh madu 

Sempat naik kereta keldai

 Menaiki sampan menyelusuri  Sungai Mekong

 Bergambar berlatar belakangkan Sungai Mekong yang terbentang luas



Di kilang ni boleh tempah jubah lelaki dengan harga RM85 sepasang termasuk kain & upah jahit. 
Kalau ada yang berminat nak ambil tour Sungai Mekong boleh la hubungi En. Shafie di talian +84 128 4267675 atau +84 164 6999295. WhatsApp pon boleh.

 Ini namecard kilang yang menawarkan tempahan jubah dengan harga RM85 sepasang.

Tuesday 18 November 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 8: Port Adelaide, contoh itinerary Adelaide

Diam tak diam, trip ke Adelaide dah sampai ke penghujung. Hari terakhir di Adelaide sebelum berangkat pulang ke Malaysia esok pagi tu, kami mengambil keputusan untuk pergi ke Port Adelaide dan hajat di hati nak tengok dolphin. Excited tau..ye la first time seumur hidup nak tengok dolphin secara live. Jom ikut ke Port Adelaide yok..


 Ni harga tiket dolphin cruise bulan december 2013 lalu. Kalau nak maklumat lanjut boleh la check website diorang ye. http://www.dolphinexplorer.com.au/


Yang di belakang tu la cruise yang kami naik sepanjang menyusuri Port Adelaide untuk menjejaki dolphin gitu...
Tapiiiii...........sedih sangat sebab hanya dapat tengok seekor dolphin je sepanjang perjalanan tu. Mana la agaknya yang lain-lain tu ye..takpelah takde rezeki kita kali ni ye...redha je la..sob3x..




Di atas ni semua gambar-gambar sekitar pekan di Port Adelaide tu. Tak sure la kenapa tak ramai orang maybe sebab waktu tu tengah musim holiday kot al maklum la orang masih bercuti sambut krismas.

Di sini juga saya sertakan draf itinerary Adelaide sepanjang trip saya di sana. Boleh jemput tengok ye. ^_^

 



Thursday 9 October 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 7: Gorge Wildlife Park


Hari seterusnya, kawan saya membawa kami ke Gorge Wildlife Park. Tak sah sekiranya berada di bumi Australia ini jika tidak melihat kangaroo dari dekat dan memeluk koala. Ada pengalaman melucukan & menggelikan yang terjadi kepada saya di sini. Hew hewhew...

Di Gorge Wildlife Park ia menempatkan pelbagai spesies haiwan Australia seperti Tasmanian Devils, Wombats, Dingos, Echidnas, koala, kanggaroo, wallaby dan lain-lain lagi. Oh ye, unta pon ada tau...
Harga bagi admission fees adalah $15 dewasa,  $9 kanak-kanak (3-15 tahun), Student & Senior Concession* $12 dan Family Passes start at $42 (2 Adults & 2 Children). Untuk ke sini menurut laman webnya, adalah seperti berikut:


Ni disertakan sekali websitenya, so utk more info, sila rujuk link ye: http://gorgewildlifepark.com.au/

Pergh kat sini la terjadinya pengalaman yang sangat tak boleh dilupakan. Sampai je kat sana lepas beli tiket, so saja la beli biskut untuk bagi kanggaroo makan. Kitorang ni tak tau pun sebenarnya waktu sampai kat sana di awal pagi tu haiwan-haiwan di sini masih belum diberi makan lagi. 

Alih-alih kena serbu kau..hamek..menjerit-jerit la saya di situ. Dah la saya ni jenis geli dengan binatang berbulu, lagi-lagi yang lebih kurang besar ngan kita (kucing dikecualikan ye..heh). Dalam sekelip mata saya dikelilingi dan disondol kawanan kangaroo yang mahukan makanan di tangan. Dengan perasaan takut dan menjerit kegelian terus saya peluk ibu kepada kawan saya yang berada berhampiran. Mujurlah kangaroo ini tidak besar sangat, hanya separuh saiz je. Tak dapat dibayangkan jika ianya lebih besar, kemungkinan saya akan lari tak cukup tanah untuk menyelamatkan diri pun ada. Gelagat kami yang mencuit hati membuatkan pelancong tempatan yang berada berhampiran turut ketawa. Malu gilerr okayyyy...

 Nasib baik ada auntie...muka cool je time posing tapi kaki sumpah dah gigil-gigil kegelian. ce tengok ada sekor tu tengah tenung apa la tu...haipppp!!! nakal tau... (-_-")

Untuk pengetahuan anda, di Gorge Wildlife Park ini, disediakan tiga sesi perkhidmatan memeluk koala iaitu pada pukul 11.30am, 1.30pm dan 3.30pm. Koala hanya akan dibawa keluar sekiranya suhu  kurang daripada 30 degree celcius. So better check temperature hari yang ingin dilawati tu ye, nanti melepas pulak nak peluk koala tu. 





 Bertuah betul wallaby ni..makan nak bersuap like a boss... (-..-)




Aicehhh muka konpiden je... ;P

Saturday 20 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 5: Fruit tree hunting, makan-makan with Malaysian students

Memandangkan pada hari Krismas, kedai dan pusat membeli-belah tutup, kami mengambil keputusan untuk berehat di rumah dan makan-makan bersama pelajar Malaysia. Selepas makan-makan, petang itu kami mengambil keputusan untuk bersiar-siar di sekitar taman perumahan ini sambil jalan-jalan tengok pokok buah. Pokok pear, orange, lemon dan sebagainya adalah pokok buah biasa yang ditanam di sekeliling rumah di Adelaide ini, ia lebih kurang pokok rambutan, durian dan mangga yang ditanam di Malaysia.


Menarik buah pear di luar pagar ini.


Pokok orange


Ini pula pokok buah lemon




Inilah rumah kawan saya yang saya tumpang ketika di Adelaide tempoh hari, Actually rumah-rumah sekitar taman perumahan ini agak menarik kerana ada ukiran kayu ala-ala timur tengah dan asia.

Sedikit perkongsian. Sebenarnya di Adelaide tidak susah untuk mencari makanan halal kerana di The City terdapat ramai pelajar Muslim yang menuntut di universiti sekitar bandar. Restoran swinging bowl dikendalikan oleh rakyat Malaysia dan pekerja-pekerjanya terdiri daripada pelajar Malaysia yang bekerja secara sambilan. 


Thursday 18 September 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 4: Hahndorf (strawberry picking, German town)

Hari keempat, memandangkan cuaca pagi yang cerah, maka kawan saya mengambil keputusan untuk membawa kami pergi memetik strawberi. Ladang strawberi yang diberi nama Beerenberg ini terletak di Hahndorf dan mula beroperasi sejak 1839. Bayaran dikenakan untuk memasuki ladang strawberi adalah sebanyak 4AUD kira-kira RM12 dan bagi yang ingin membawa pulang strawberi, dikenakan bayaran $9.50 untuk setiap satu kilogram (kg). 






Di sini, kita boleh memetik sendiri strawberi yang hendak dibawa pulang dan juga merasa sendiri kelazatan buah yang segar dari ladang. Saiz buah strawberi di sini lebih besar dan sangat manis berbanding di Malaysia. Kepada yang ingin memetik strawberi ketika lawatan ke Adelaide, ia hanya ada ketika musim panas sahaja, dari bulan Oktober sehingga bulan April setiap tahun. 



So yummy...waktu ni, tangan kanan petik makan, tangan kiri petik strawberry letak dalam bekas...pergh2..nikmatnya..dah manis, besar2 pula tu...


Di Hahndorf ini juga terletaknya German Town. Terdapat pelbagai barangan berunsurkan kebudayaan Jerman turut dijual di sini.





Kedai-kedai di sekitar German Town di Hahndorf

Wednesday 17 September 2014

~ Lambaian kedamaian Baitullah ~

Coretan daripada blog saya _[KwInArAs' ;LiFes + ThOuGhTs + WhAtEvErs..]_
Mengimbas kembali memori di Tanah Suci pada tahun 2011.

Assalamualaikum...

sudah lama benar ak tidak menjenguk ke blog ini....slalunya blog ni digunakan sbg nukilan utk meluahkan isi hati yg terpendam..mlm ni ak terasa nk berkongsi suatu perasaan yg xpernah ak alami sblum ini..ia berkisar perasaan rindu pd BaitullahNya...



terasa heningnya malam ini..
angin malam diluar meniup ke segenap ruang bilik..
kepala mendongak ke langit ada sinar kemilau kerdipan cahaya bintang di atas sana..
perasaan terbuai degan kedinginan malam ini, namun begitu, ada suatu perasaan yang bergolak di hati ini..
ia seperti kehilangan sesuatu yang amat dirindui..
suatu perasaan rindu yg amat sgt...

mata dipejamkan, terasa bagaikan masih berada di sana di tempat itu..
masih segar ingatan ini ketika kaki mula menjejakkan kaki di Baitullah itu..
suatu kedamaian dan ketenangan jiwa yang tidak pernah dialami sebelum ini meresap ke lubuk hati..
apabila terpandang tanda kebesaranNya, Kaabah, tiada kata yang dapat diungkapkan hanya memuji kebesaran Ilahi..Subhanallah...Allahuakbar..

air mata terharu penuh kesyukuran mula bercucuran bak air yang bah..
tiada kata yang boleh diungkapkan ketika itu, mulut bagaikan telah terkunci..
terasa begitu kerdil diri ini di sisi Tuhan Yang Maha Besar..
ketika itu hanya setinggi-tinggi kesyukuran dipanjatkan kepada Yang Maha Esa..
kaki melangkah sambil hati bertasbih dan bertauhid kepadaNya..
butir-butir ayat bertasbih mengiringi setiap pusingan tawaf..

kicauan burung-burung itu menyambut kedatangan..
alunan suara merdu bacaan ayat-ayat suci Al-Qurannya sungguh meruntun jiwa..
rintihan setiap makhluk di segenap ruang itu mencambahkan lagi keinsafan di hati..
rembesan air mata penyesalan menjadi peneman hamba-hambanya setiap masa..
perasaan tawaduk setiap hambanya menjalani ibadah-ibadah seperti tawaf dan saie membekas di sanubari..
masing-masing datang dari segenap pelusuk negeri di atas muka bumi ini..
cuma apa yang pasti tujuannya adalah satu iaitu ingin merebut keredhaan dan rahmat dari Nya..segala-galanya termasuk jasad dan roh hanya ingin beribadat kepadaNya..tiada lain!
setiap masa yang ada digunakan sehabis mungkin untuk mengenal dan mendekatkan diri kepada Sang PenciptaNya..
di sinilah baru mengenal erti pengorbanan Nabi-nabi dan Rasul junjungan..

"Ya Allah, janganlah jadikan masaku ini masa terakhirku dengan BaitullahMu, Kau murahkanlah rezeki kami semoga dapat kembali ke rumah Mu..dan jika ini adalah masa terakhir bagiku, maka gantilah syurga untukku dengan rahmat-Mu wahai Tuhan yang Maha Pengasih dari segenap yang pengasih.."

Travelog Adelaide (summer) - Hari 3: Kanggaroo Island (Sandboarding at Little Sahara, Kelly Hill Cave)

Hari ke-3 di bumi Adelaide, seawal jam 5.30 pagi waktu tempatan (2.00 pagi waktu Malaysia), kami meneruskan perjalanan ke Kangaroo Island. Mula-mula dari Keswick, kami kena ambil bas untuk ke stesen bas utama yang terletak di The City. Dari City, kami bergerak ke Cape Jarvis dengan menaiki bas yang mengambil masa dua jam sebelum meneruskan perjalanan menggunakan feri ke Penneshaw. Di Kanggaroo Island ni kami sewa kereta tapi semuanya diuruskan oleh kawan saya. Minta maaf kerana tak dapat nak provide info berkaitan. 



Jeti di Kanggaroo Island




View sekitar Kanggaroo Island


Belakang tu feri yang kami naik.

Bertempat di Little Sahara, kami tak melepaskan peluang melakukan aktiviti meluncur pasir atau dikenali sebagai 'sandboarding'. Pengalaman pertama meluncur pasir sangat mengujakan. Sandboarding di Little Sahara adalah antara aktiviti yang menjadi pilihan pelancong ketika datang ke Kangaroo Island.  Sempat juga kami merasai ribut pasir ketika  nak mendaki untuk sampai ke puncak luncuran, penatnya bukan main lagi. Tapi, sebaik sahaja mula meluncur semua keletihan hilang diganti dengan rembesan adrenalin  mencetuskan perasaan teruja. Sangat seronok.



Sesi termakan pasir. Seluruh badan diselaputi pasir. Bak kata kawan saya tu, 'baru aku tau rasa pasir tu mcm mana'. Orang tua cakap kalau nak kahwin kena ada pendapatan yang boleh sara anak bini, kalau tak, takkan nak bagi makan pasir kot kan..dan kini, kami dah rasa pasir tu mcm mana... ;p

Di Kangaroo Island, kami turut melawat Kelly Hill Cave. Apabila dilihat di persekitaran ini, kawasannya hanya mendatar. Tertanya-tanya juga, di manakah terletaknya gua berkenaan? Apabila kami tiba di check point untuk menunggu pemandu arah, terdapat sebuah pondok dengan sebuah pintu. Rupa-rupanya, gua ini terletak di bawah tanah kerana kami perlu menuruni anak tangga untuk sampai ke bahagian perut gua. Menurut pemandu pelancong gua kami,  Cassie, gua batu kapur ini menempatkan beberapa jenis stalaktit dan stalagmit.  Kami dibawa ke bahagian gua yang paling dalam dan dengan menyalakan sebatang lilin, pemandu pelancong menyuruh kami berada dalam bulatan sambil beliau menceritakan sejarah gua ini.


Nama gua ini berasal daripada cerita rakyat suatu masa dulu di mana terdapat seorang pengembara bersama kudanya telah menemui gua ini secara tidak sengaja apabila beliau tiba-tiba terjatuh ke dalam gua ini. Dan ketika beliau kembali dari meminta pertolongan penduduk kampung untuk meyelamatkan kudanya, didapati kuda berkenaan telah hilang di dalam gua itu. Sehingga kini, kuda berkenaan tidak dijumpai, dengan itu nama gua ini diberi sempena nama kuda pengembara berkenaan iaitu Kelly. Buat seketika, api lilin tadi dipadamkan, dalam suasana yang gelap serta sejuk, kami diminta untuk menghayati pengalaman pengembara itu. Meremang juga bulu roma apabila mengenang kembali perasaan pengembara yang tersesat di dalam gua yang gelap dan sejuk seperti itu.



Memandangkan kami tidak bermalam di Kangaroo Island ini, maka ada beberapa tempat utama yang lain tidak sempat kami lawati contohnya, Remarkable Rocks, Flinders Chase National Park, Seal Bay dan banyak lagi.

p/s: Gambar-gambar lain di Kanggaroo Island akan diupload selepas masalah external masuk virus diselesaikan.