Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 9 May 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 7 - Bungy jump di Kawarau Bridge

Pagi ni kitorg bertolak dari Dunedin nak ke Queenstown balik sebab dah tempah skydive utk slot tengah hari kat NZONE Skydive, Queenstown. Time tu dah berkobar-kobar dah aku & Aini nak buat skydive. Tengok-tengok sampai je kat sana, diorg bagitau slot untuk hari tu dari pagi dibatalkan sebab cuaca tak elok dan tak mengizinkan untuk terbang. Memang tak dinafikan waktu tu hujan rintik-rintik dan cuaca pun mendung je kat Queenstown. 

Bila dapat tahu skydive cancel, apa lagi, rasa sedih sangat weh sebab skydive adalah one of the main aktiviti kitorg kat New Zealand. Syarikat skydive tu bagitau boleh reschedule tarikh tapi itinerary kitorg yang padat tak mengizinkan untuk datang balik ke Queenstown. So kitorg pun cancel je la terus slot kitorg tu dan nasib baik tiada apa2 charge dikenakan. Pastu aku pun cari la skydive kat tempat-tempat lain yang available lagi. Dan Alhamdulillah aku try call Skydive Wanaka, diorg cakap slot untuk esok pagi masih available dan kebetulan pula memang kitorg pun akan bermalam di Wanaka harini.

Kitorg pun teruskan perjalanan ke Wanaka tapi aku minta kat Aini untuk singgah di Kawarau Bridge tempat orang buat bungy jump. Kekononnya saja-saja la nak tengok-tengok dan ambil gambar..

Bungy Jump at Kawarau Bridge..
Waktu ni aku seriously dok berbelah bahagi samada nak buat ke tak..nak buat tak de la bajet sangat....huwaaa...tapi bila pikir-pikir dah la skydive cancel, esok punya slot pun tak sure lagi ok ke tak sebab betul-betul bergantung kepada cuaca...dekat sejam gak la pikir weh.. dok mundar-mandir kat situ...

pastu aku tanya kat Aini,

"Ko nak buat tak bungy jump? Kalo ko buat aku buat...You jump, I jump..hahaha...sbb plan aku hanyalah skydive"

Pastu Aini pun macam tak sure..tetibe aku plak hasut, 

"kalo tak buat bungy ni takut nanti rasa menyesal sebab dah alang-alang datang sini & NZ kan..."

and the rest is history...muahahaha...boleh gittew...ok2, lepas tu kitorg pun register la nama untuk bungy ni...once dah register nama dan bayar, no refund kalau kita tak jadi nak terjun tau...haaaaa baik korang pikir bebaik..bukannya murah bungy ni, harga dia NZD195 skali terjun tau..

Waktu ni muka acah-acah senyum weh...dalam hati Ya Allah berdebar dia bukan main weh...asyik mengucap dan baca  doa je agar semuanya dipermudahkan...menggeletar lutut tu tak tau nak cakap la..dah la depan tu air sungai Kawarau yang warna hijau dan deras mengalir tapi cantik...view kat atas platform tu memang serius cantik..

Sebenarnya aku pakai baju lain waktu tu pastu bila dah confirm nak buat bungy jump aku pun terus tukar baju pakai T-shirt tie dye Jalur Gemilang...patriotik sangat ko...haha

 "Get up, enjoy it,make your MONEY WORTH," itulah ungkapan staf AJ Hackett yang bertugas  kepada aku saat berada di atas platform bungy jump Kawarau Bridge...waktu tu aku nekad untuk terjun tanpa pejam mata bagi merasai sendiri pengalaman terjun dari ketinggian 43meter...baru la ada thrill dan berbaloi dengan duit yang dilaburkan...dannnnn....perasaan tu seriously tak mahu dah aku ulanginya..hahaha...tak lawak weh perasaan terjun jambatan tu...


Semua orang suspen je tengok..waktu tengah menunggu giliran aku, ada seorang minah mat salleh ni asyik dok nangis atas platform takut nak terjun..dekat setengah jam gak la dia kat situ..last-last tak jadi terjun pun..pastu sebelum turn ak plak ada minah seorang ni, dok teragak-agak nak terjun..aku apa lagi jadi pom2 girl tak bertauliah la kat situ bagi cheer kat dia suruh dia terjun..hahaha..dia dok gelabah nanti kang tak memasal skali ngan aku gelabah kann...

Aku melantun beberapa kali akibat keanjalan tali bungy jump tu...

Kasut aku hampir tercabut waktu tengah tergantung secara terbalik sambil tunggu staf AJ Hackett yang berada di bawah datang mengambil aku...seriously takut weh..sbb kemungkinan untuk aku terjatuh dalam sungai tu sangat tinggi...dengan kudrat yg ada, aku pun tahan selagi boleh..

 Diorang ni akan bagi pole untuk kita grab waktu tergantung tu...tapi aku memang tak dapat nak grab pole tu..apa yang aku dapat adalah tangan salah seorang daripada diorg tu..apa lagi terus aku tak lepaskan..hahaha...aku dah tak tahan tergantung secara terbalik tu sebenarnya..dah start pening..huhu...bila dah selamat kat dalam bot tu terus kasut aku tercabut...lega sangat dia tercabut dalam bot..

Video bungy jump di Kawarau Bridge, New Zealand... (^_-)
Kalau ada yang berminat nak buat bungy jump di Queenstown boleh klik link di bawah:
http://www.bungy.co.nz/

0 comments:

Post a Comment