Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday 4 September 2020

Trip ke Pulau Besar, Mersing (juga dikenali sebagai Pulau Babi Besar)

Sempena cuti Merdeka lepas, aku bersama tiga lagi rakan travel ke Pulau Besar, Mersing, Johor. Kami bertolak petang Jumaat dan singgah tidur di Kluang 1 malam. Di Kluang kami bermalam di Anika Hotel. Pagi esok tu dalam pukul 7 pagi tu kami keluar breakfast di Kluang RailCoffee kat Jalan Station sebelah stesen KTMB Kluang. Lepas tu balik hotel, berkemas dan check out seterusnya meneruskan perjalanan ke Mersing yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih menggunakan jalan dalam. 

Sampai di Jeti Mersing, kami ke kaunter Aseania Beach Resort memandangkan kami akan menginap di hotel ini sepanjang berada di Pulau Besar. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Besar menggunakan speedboat hanya dalam 20 ke 30 minit sahaja bergantung kepada keadaan laut ketika itu. Speedboat ni private trip khas kepada sesiapa yang menginap di resort ini je ye. Satu trip dalam 12 orang penumpang sahaja. Sesampainya kami di resort, kami disajikan dengan welcome drink dan terus ke reception untuk proses check in. Lepas makan dan solat, kami berjalan ke jambatan atau titi yang menjadi tempat tumpuan utama untuk bergambar. Titi ini berhadapan dengan Bayu Lestari Island Resort lebih kurang 900 meter dari Aseania Beach Resort. Alhamdulillah cuaca cantik. Malam tu kami makan malam di resort dan berehat.

Mula-mula time datang sini kami plan nak ambil pakej island hopping dan snorkelling tapi ada sesetengah pulau yang kami nak pergi diorang tak cover dan ada pakej yang dah penuh kebetulan waktu cuti public holiday, makanya kami hanya chill di sekeliling pulau je. Sepanjang di sini kami just jalan-jalan, naik basikal pusing pulau, mandi laut. Aku teringin nak main kayak tapi takde geng since kawan2 yang lain ada yang sakit tangan. Di sini aku kongsikan sikit bajet trip ke Pulau Besar ni.

Perbelanjaan trip 4 hari 3 malam ke Pulau Besar, Mersing Johor

Minyak kereta pergi balik KL-Mersing =RM90/4 = RM22.50
Tol pergi balik KL-Mersing = RM52/4pax = RM13
Hotel Anika Kluang bilik 4 orang - RM56.50/pax
Parking Jeti Mersing RM45 untuk 3 hari / 4 = RM11.25
Lunch beli kat area jeti Mersing RM18.75/pax
Marine Park = RM5/pax
Boat transfer pergi balik Jeti Mersing - Pulau Besar = RM110/pax
Aseania Beach Resort untuk 3 hari 2 malam bilik twin = RM232/pax
Dinner di hotel = RM20/pax
Lunch Nasi Ayam gerai sebelah hotel = RM10/pax
Dinner burger gerai sebelah hotel = RM8/pax
Sewa basikal 30 minit = RM5/pax

Total perbelanjaan dalam RM512






















Friday 7 August 2020

Trip Pulau Redang, Terengganu sebelum PKP 15-17 Mac 2020

Assalamualaikum. 

Just nak share sikit percutian sebelum PKP haritu. Maaf lambat. 

Cuti sekolah bulan Mac 2020 haritu, aku dan 2 lagi kawan berkesempatan buat trip ke Pulau Redang, Terengganu. Disebabkan plan agak last minit, kami ambil pakej 3 hari 2 malam dengan Perhentian Sunny Travel menginap di Redang Holiday Beach Villa. Pakej fullboard. 

Kami naik flight dari KLIA dan turun di Kuala Terengganu. Dari airport kami naik Grab ke hotel yang terletak berhampiran jeti Shahbandar. Memang plan nak stay area sini sebab keesokan paginya kami akan menaiki bot dari Jeti Shahbandar ni. Agent bagitau suruh tebus tiket feri di kaunter 5 yang mana ikut accommodation yang kita ambil dalam pakej. Untuk accommodation kami, ada dua waktu feri iaitu 8.30 am dan 11.00 am. Aku nasihatkan ambillah yang awal pagi. Lepas dah tebus tiket feri, kena pergi beli tiket Marine Park kat kaunter nombor 2 pula ye. Tunjukkan IC dan bayar RM5 seorang untuk tiket. Kalau nampak kat kaunter tu tak ramai orang pergilah beratoq cepat2 sebab once peak hour dia punya line tu panjang uiii. 

Dari jeti Shahbandar nak sampai ke Pulau Redang ni dalam 1 jam setengah. Tapi dah sampai kat suatu tempat tu hampir dengan jeti Pulau Redang, kami diarahkan untuk tukar bot sebab dibahagikan ikut lokasi accommodation kita. Bot seterusnya ambil masa dalam 10 minit ja untuk drop off kat Jeti Laguna. Dah sampai Jeti Laguna, akan ada wakil daripada resort datang ambil bawa ke tempat penginapan masing-masing ye. Macam kitorang traktor mai angkut pergi resort ikut jalan belakang. Sampai je resort, ikut nasib kalau nasib baik bilik dah ready. Macam kami bilik tak ready lagi, so kita ambil peluang bergambar dan jalan-jalan ke kawasan sekitar. Area kami stay ni macam private beach sebab kebanyakannya adalah pengunjung yang stay area situ je. Best, senyap dan tenang je. 

Suka lepak sini sebab spot ni cantik 
Cantik airnya 
Ni tempat penginapan kami sepanjang 3 hari 2 malam

Pukul 12 makan tengah hari dah dihidangkan. Lepas tu dalam pukul 2 pm akan start open trip snorkeling. Sebab tu aku suggest ambil bot awal pagi sebab nanti rushing nak snorkeling dan makan tengah hari. Lepas solat dan makan kami bersiap sedia untuk trip snorkeling. Jaket keselamatan dan peralatan nak snorkeling kena sewa. Dalam RM30 seorang kalau tak silap. Nasib kami tak berapa baik, air deras takut aiihh nak snorkeling. Kenapa slot snorkeling ni dipanggil open trip? Sebabnya ikut ke atas boatman nak bawa ke spot mana. Lepas balik dari trip snorkeling, ada disediakan minum petang then lepas dalam pukul 7 tu ada makan malam pula. Semua makanan disediakan adalah buffet. 

Keesokan harinya lepas solat Subuh kitorang lepak depan bilik layan sunrise. Best pagi-pagi ni di pulau, sejuk dan tenang je. Seterusnya pergi breakfast dan bersiap untuk trip snorkeling di marine park tak silap. Lepas tu balik makan tengah hari. Trip snorkeling pukul 2 petang tu dibatalkan sebab angin kuat dan ombak bergelora. So kami just jalan-jalan keliling pulau je. Di sekeliling pulau petang tu semua resort menaikkan bendera merah menandakan pengunjung tak dibenarkan bermandi manda di laut sebab bergelora. So please alert kalau ada sign tu ye. Bukan apa ini untuk keselamatan anda juga. Malam tu ada BBQ secara buffet juga. 

Melayan perasaan walaupun tak la nampak sangat sunrise tu..hiks..






Hari terakhir lepas breakfast kami check out dan ambil bot balik ke Jeti Shahbandar. Lepas tu jalan-jalan Pasar Payang sebab lokasinya sebelah je dengan jeti Shahbandar tu. Malam tu kami ambil flight balik ke KLIA.

*note: Pada waktu sekarang ini (cerita ini disiarkan) tak sure la samada tempat dan pakej yang kami pergi haritu masih ada dan available lagi atau tak. Kalau nak tau, boleh try google Redang Holiday atau Perhentian Sunny Travel tengok ye. 

Wednesday 8 April 2020

Perbelanjaan & tips trip ke Pulau Santorini 3 hari 2 malam

Assalamualaikum & Salam sejahtera.

Sebelum kita sambung cerita trip Switzerland, aku just nak share perbelanjaan trip ke Santorini Island, Greece 3 hari 2 malam pada November 2017 dulu. Trip Santorini ni aku pergi waktu trip balkan 2017. Sorry sangat-sangat tak update. Just in case ada yang tercari-cari bajet & tips ke Santorini Island, Greece boleh la try baca untuk dapatkan sikit gambaran kasar.

Aku dan kawan seramai 6 orang stay di Oia satu malam dan Fira satu malam. Perbelanjaan ini tidak termasuk flight tiket dari Malaysia ke Athens memandangkan trip ni termasuk dalam trip Balkan kitorg. Perbelanjaan ini bermula dari Athens, Greece.

Perbelanjaan:
1. Flight without check-in baggage:
    (i) Athens-Santorini = Ryanair = RM87/pax
    (ii) Santorini-Athens = Volotea = RM98/pax
2. Transfer from Santorini airport to Oia = €7.5/pax = RM37.50
3. Santorini Resort VIP Suite (triple room) = RM450/night = RM150/pax/night *gambar rujuk di bawah*
4. Bas Oia-Fira = €1.80 = RM9/pax
5. Bas Fira-Akrotiri (Red sand beach)-Fira = €2x2 = €4/pax = RM20
6. Triple room golden star hotel = €14/pax/night = RM70
7. Bus Fira-Santorini airport = €1.80 = RM9
8. Makan luar = RM150 rough bajet (**haritu kami pernah makan RM400/6 orang so seorang dalam RM70/seorang*; terpulang kepada masing2..kami ada bawa sedikit bekalan makanan)

Total harga per pax dalam RM630.50 utk trip 3 hari 2 malam di Santorini Island dari Athens, Greece sahaja. *Harga tak termasuk tiket flight dari Malaysia ye*

Tips

1. Nak ke Santorini dari Athens ada 2 cara iaitu menggunakan kapal terbang (30-50minit perjalanan) & feri (cruise-7jam)
2. Fridge magnet sebiji dalam €2-€3.
3. Airport shuttle diuruskan oleh accommodation di Oia.
4. Dari airport boleh naik bas untuk ke city centre Fira dengan kadar €1.80 tak silap..
5. Accommodation booked guna booking.com
6. Kalau nak drive di Santorini kena ada International driving license. Tapi kalau nak naik ATV pusing2 pulau ni boleh je guna lesen Malaysia.
7. Bermula bulan November hingga Mac, kedai2 area Perissa beach (black sand beach) & Kamari dah banyak tutup sebab dah nak masuk winter
8. November hingga Mac adalah low season di Santorini Island, Greece.
9. Flight Volotea sangat smooth berbanding Ryanair.
10. Flight ticket beli dalam 3-5 bulan sebelum travel.
11. Tukaran matawang €1 = RM5
12.  Oia better pergi tengahari supaya boleh tengok sunset & sunrise keesokan harinya...sunset Oia terbaik dekat area windmill..
13. Dari Malaysia boleh ambil flight ke Istanbul then ambil flight ke Athens. Satu lagi cara, boleh naik flyscoot dari Singapura terus ke Athens, Greece.
14. Flight ticket KL-Istanbul return Qatar airways saya dapat RM1,558.
15. Flight Flyscoot dari singapore ke athens pernah buat promotion RM1,200 plus return xtermasuk checkin luggage
16. Trip ke santorini island ni sebahagian daripada trip balkan saya haritu..so kami ke Santorini dari Athens, Greece ye..
17. Info tambahan: *kat Oia (area tempat menunggu bas) dan Fira city centre ada wifi free...nama wifi xingt tapi ada perkataan municipality xsilap.. *jadual bas ada kat information centre & stesen bas..

 Sementara tunggu check in kitorg jalan-jalan di Oia dulu.
 Pemandangan sunrise dan sunset di Oia.
Ini bilik yang aku dan kawan stay di Oia. Ala-ala che ta gittew..hiks..
Bilik untuk 3 orang ni satu malam dalam RM450. So kitorg bahagi 3 seorang dalam RM150.

Jadual bas di Santorini Island.

Monday 6 April 2020

Trip Switzerland 22/10/2019 hingga 2/11/2019 - part 1

Assalamualaikum & Salam sejahtera.
Dah lama tak update blog ni. Kebetulan sempena  PKP ni ada la sikit masa nak update trip Switzerland bulan Oktober tahun lepas. Harap membantu sikit kepada sesiapa yang teringin nak travel ke sana lepas reda musim wabak ni ye.

Kami beli tiket flight Etihad bulan Januari 2019 untuk trip pada bulan Oktober 2019 untuk travel 5 orang.

22/10/2019 - Day 1: Kuala Lumpur - Abu Dhabi - Zurich Airport

Flight dari KL ke Zurich transit di Abu Dhabi. Naik flight Etihad Airways (beli tiket awal tahun haritu dengan harga RM2,514). Tiket ni merangkumi perjalanan Kuala Lumpur - Zurich - Geneva - Kuala Lumpur.

23/10/2019 - Day 2: Zurich Airport & City

Kami tiba di Zurich Aiport dalam pukul 6-7 pagi. Melalui imigresen secara dalam kumpulan. Tanpa disangka-sangka banyak pula soalan ditanya oleh pegawai imigresen sana. Siap minta itinerary & bukti tiket balik lagi. Kebetulan pula waktu tu kami lupa nak print tike flight pergi balik. Waktu kawan aku dok bersoal jawab dengan imigresen tu terus aku check email dari Etihad.  So time dia minta je terus aku tunjuk tiket daripada phone. Imigresen tu cakap lain kali print tiket flight. Lepas dah bagi jawapan yang agak meyakinkan untuk segala-galanya makanya pasport kami pun dicap.

Holla2 Switzerland. Sebelum pergi ke bandar Zurich, pertama skali kami ke information kaunter di airport. Di situ kami beli Half Fare Pass/Ticket berharga 120 chf (valid untuk sebulan) & tiket train ke Zurich HB (town Zurich) dengan harga 3.40 chf. Sebabnya sebelum pergi sana kawan aku merangkap captain untuk trip kali ni buat research pengangkutan di sana dan mendapati Half Fare Pass lebih jimat untuk trip kami ni. Maksudnya, bila setiap kali nak beli tiket train kita hanya akan bayar half je & kena tunjuk tiket half fare pass ni bersama dengan passport ye.

Di Zurich, kami hanya plan nak jalan-jalan sekitar bandarnya sahaja kerana kami akan bermalam di Lucern. Beg-beg gedabak ni diletakkan di dalam locker yang ada di train station. Untuk locker bersaiz satu bag troli medium-besar dalam 9 chf (boleh dibayar secara coin atau kad *please jangan convert nanti boleh pitam*) HAHAHA. Lepas letak beg kami bergerak ke Lindenhof hill, Old Town Street, Munsterplatz, Rathaus, & makan kebab halal di 1001.


 Pemandangan di bandar Zurich dari Lindenhof Hill




Dah puas jalan-jalan, kami gerak ke Lucern dengan menaiki train berharga 12.50 chf. Perjalanan mengambil masa dalam 1 jam 30 minit ke 2 jam tak silap. Di Lucern, kami menginap di Ibis Budget Hotel dengan harga RM794.72 untuk 2 bilik triple room satu malam guna agoda.com. City tax bayar seorang dalam 4 chf. Di sini tiada kitchen, yang ada just microwave & air panas free je. Rehat & solat dalam 2 jam, lepas tu kami keluar balik untuk jalan-jalan sekitar Luzern Old Town & sekitar Chapel Bridge. Cantik suasana malam di sini. Balik hotel kawan-kawan decide nak makan pek kembara dengan self heating element je. Waktu ni aku tak makan sebab mengantuk ya amat.

Pemandangan di Chapel Bridge di waktu malam

24/10/2019 - Day 3: Pilatus Mount & Lauterbrunnen

Di Ibis Budget hotel ni, kami tak ambil breakfast, so kami makan makanan yang kami bawa iaitu roti bersama tuna, milo, nestum & biskut. Kami check out pada pukul 7.30 pagi ni siap-siap sebab akan bergerak ke Gunung Pilatus. Luggage boleh disimpan secara percuma di hotel.

Dari Lucern train station, kami pergi lagi ke information kaunter untuk bertanya cara ke Pilatus, keadaan cuaca di sana & beli tiket train terus. Staff information kaunter sangat-sangatlah membantu. Oh ye, jika stay di Lucern, anda layak untuk dapat travel card di mana anda boleh naik certain public transport secara percuma atau dengan harga diskaun. Nak ke Pilatus ada 2 cara iaitu dengan menaiki gondola atau cogwheel. Waktu kami pergi ni gondola dah tutup, so kami perlu naik cogwheel. Train dari Lucern City melalui Alpnachstad ke Pilatus return  menaiki the steepest cogwheel in the world adalah berharga 5.60 chf + 35 chf = 41.60 chf. Di sini kami ambil masa 2 jam untuk bersiar-siar & merakam gambar kenangan. Then balik ke Lucerne, makan lunch pek kembara nasi lemak rendang & ambil beg untuk bergerak ke Lauterbrunnen pula.

 Pemandangan puncak Gunung Pilatus dari tempat penginapan di Lucern.






Inilah geng travel aku sepanjang 2 minggu di Swiss

Perjalanan dari Lucerne ke Lauterbrunnen mengambil masa dalam 2 jam 30 minit dengan menaiki kereta api yang mana kena tukar train di Interlaken Ost. Pemandangan sepanjang perjalanan sangat menakjubkan, dengan bukit bukaunya, air tasiknya yang biru kehijauan. Memang lawa. Di Lauterbrunnen kami stay di Valley Hostel. Harga 1 malam untuk 2 bilik dalam RM900.90. Buka je balkoni, nampak Air Terjun Staubbach. Di sini ada kitchen untuk masak. Malam tu kami makan nasi & sardine je. Dekat-dekat dengan Valley Hostel ni ada Coop untuk beli barang makan.

 Pemandangan dari balkoni bilik.

Kami menginap di Valley Hostel

25/10/2019 - Day 4: Jungfraujoch, Top Of Europe (3,466 m atau 11,371 ft) & Lauterbrunnen

Hari ketiga, kami rancang naik ke Jungfraujoch, Top Of Europe. Waktu breakfast kami check balik weather & keadaan di puncak dalam live cam website Jungfrau (https://www.jungfrau.ch/en-gb/jungfraujoch-top-of-europe/). Bila nak naik ke Alps atau Obernese Highland ni memang kena sentiasa check balik weather. Takut nanti bayar mahal-mahal tapi cuaca tak elok, berkabus atau ribut salji pula, tak ke rugi mcm tu kan. Bila dah tengok cuaca cantik, kami packed barang & check out terus. Macam biasa barang-barang disimpan dalam storage di hostel yang mana adalah free sahaja.

Dari Lauterbrunnen naik train ke Jungfraujoch via Kleine Scheidegg turut melalui Wengenalp dengan harga return 104.80 chf seorang. Pemandangan sepanjang perjalanan sangatlah cantik. Dengan snow caped di atas gunung-gunung. Waktu ni akan diberi kad macam passport tu untuk kita cop bukti kita dah sampai ke puncak Jungfrau pada sekian tarikh.

Passport Jungfrau






Di Jungfraujoch, ada Alpine Sensation, Sea of Ice, Ice Palace, Snow Fun Park, Spinx Observation Deck & moenchsjochhuette. So dah bayar mahal-mahal explore-lah semua tempat ni. Waktu nak ke Snow Fun Park, dengan ketinggian 3,000 lebih meter dan jalan dalam terowong membuatkan aku rasa pening-pening waktu ni. So cakap kat kawan-kawan aku tak nak ikut. Just nak berehat di Alpine Sensation je. Sewaktu diorang jalan ke sana aku rasa serious macam nak pitam dah skali dengan sesak nafas sikit. Time tu berdoa sangat-sangat supaya diorang cepat sampai balik at least kalau pengsan pun ada kawan-kawan. Sementara tunggu, aku pun makan la snickers, biskut coklat & minum air. Kot2 la tak cukup gula ke apa kan.

di Alpine sensation


di Ice Palace

Lepas kawan-kawan sampai tu kitorg gerak ke puncak Jungfraujoch yang ada bendera Switzerland berkibaran dengan gahnya. Subhanallah cantik sangat view kat sini. Diingatkan untuk naik ke sini please prepare winter cloth. Pakailah long john, heattech, winter jacket, glove, snow cap & bawa hotpad. Bapak sejuk kat atas tu weh. Dengan anginnya rasa beku kepala otak kau...hahaha..Tak disangka-sangka waktu kami di puncak ni, ada snow flakes turun. Nice! Kami ambil masa dalam 2 jam lebih di atas puncak. Then turun ke Lauterbrunnen sambung jalan-jalan sebelum gerak ke Interlaken West pula.



 Top of Europe

Dah naik sampai puncak jangan lupa cop pass Jungfrau tu untuk kenangan ye

Bersambung......