Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 28 January 2015

Habbatus sauda & minyak zaitun minsyam

Assalamualaikum.

Di sini saya nak berkongsi sedikit mengenai supplement atau makanan tambahan yang saya amalkan sejak 2-3 tahun lepas. Tetapi paling penting ia adalah pemakanan sunnah dan ia adalah dalam bentuk softgel..which is senang nak telan. Ni cheq nak habaq mai, cheq ni  bukan jenis yang senang nak telan ubat lagi-lagi tablet. So supplement yang tablet minta maap awal-awal memang la saya reject..Nak telan panadol pon tak lepas, berangan nak telan shaklee...Memang idok ler teman..Takut tercekik..muaahahaha... 

Eh..eh kenapa tiba-tiba nak kongsi pasal ni pula kan...hmmm..Sebenarnya, dah banyak kali saya ditanya oleh rakan-rakan dan orang disekeliling saya, apa yang saya amalkan sebab nampak kulit muka lebih bersih dan glowing..Glowing la sangat kan..kembang semangkuk sebentar..hue hue hue..Well3x..saya percaya kecantikan seseorang terserlah dari dalam yakni apa yang kita makan dan amalkan. Tak gitu?? Tetapi semestinya, you're beautiful in your own way...just cherish it okay...(^_-) Cumanya kena la ada effort untuk jaga badan kita ye rakan-rakan. Meh-meh nak kongsikan sikit apa rahsianya...Jeng-jeng

So, saya pun beritahulah rakan-rakan yang bahawasanya saya mengamalkan memakan softgel minyak habbatus sauda dan minyak zaitun keluaran minsyam. Selain, kulit muka tampak lebih bersih dan glowing, yang penting alhamdulillah sihat tubuh badan. Kini dah jarang saya diserang selesema ataupun demam panas. Saya ni dulu kerap juga selesema dan demam tapi kini alhamdulillah sentiasa sihat. So far tak pernah lagi la ambil MC sebab demam walaupun jadual kerja yang memang totally different daripada kebanyakan orang. Orang masuk kerja pagi balik petang, tetapi kerja saya masuk petang balik tengahmalam atau pagi-pagi buta. Nak buat macam mana demi sesuap nasi kan.

Oh ye, resdung saya pon boleh dikatakan kurang menyerang dah. Dulu hidung dan mata bukan main lagi gatal, rasa macam nak garu sampai tercabut la. Dan kadang-kadang tu kita dapat rasa ada bendalir kahak tetapi berwarna putih ketika bangun tidur waktu pagi. Alhamdulillah sekarang dah tak de dah lagi rasa tu. Selain itu, saya jenis badan angin, salah makan je mesti berangin badan, tetapi yang bestnya bila makan habbatus sauda ni, kita banyak sendawa dan terken***. Mungkin kerana ia agak panas, badan rasa rileks dan ringan je...ngeeee..

Sejak makan habbatussauda dan minyak zaitun, saya lebih kerap dan suka minum air kosong atau air mineral. Waktu belajar dulu, jangan harap la saya nak minum air kosong, memang tak lalu. Air pun minum tak sampai satu liter sehari. Tapi itu dulu la. Skarang, tengok air kosong tu la paling nikmat. Sehari boleh la minum sampai 2.5-3 liter. Lepas makan je mesti cari air masak atau air kosong. Air manis dah tak berapa nak pandang dah..gitteww... ahahaha...Apa yang saya perhatikan, consume air yang secukupnya dan makan habbatussauda & minyak zaitun tu, saya senang lawas, setiap hari akan membuang atau paling tak pun dua hari sekali ikut kuantiti makanan kita hari tersebut...best sangat rasa bila dapat empty your bowl. Urine pun dah tak kuning macam dulu. 

Dibawah ini adalah contoh produk berkenaan.

 Habbatus sauda

 Minyak zaitun

Saya amalkan 2 biji habbatussauda & 2 biji minyak zaitun sehari. Tak kisah makan pagi atau malam sebelum tidur. Untuk lebih nampak kesan, sila minum air kosong banyak-banyak.
Harganya pun murah. Sekotak kecil habbatus sauda RM12 (ada 20 biji softgel) dan sekotak kecil minyak zaitun RM10 (ada 20 biji softgel).

p/s: selain makan habbatussauda & minyak zaitun, saya juga guna produk penjagaan muka yang saya bakal kongsikan di post yang seterusnya ye...tungguuuu!! ;)

sambungan seterusnya: The First Nature Republic

4 comments:

  1. Minyak zaitun & habatussauda boleh makan bersama ke? Atau makan waktu lain2

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya makan bersama, 1 biji minyak zaitun & 1 biji habbatussauda skali makan time pagi dan sebelum tidur. Tapi boleh je nak ikut arahan di pack tu.

      Delete
  2. Mengandung bulan makan x sis minyak zaitun tu

    ReplyDelete
    Replies
    1. Maaf itu saya tak pasti. Kena consult dengan Doktor dulu.

      Delete