Pages

Ads 468x60px

Labels

Featured Posts

Sunday 10 April 2022

Trip Pulau Mabul-Semporna 23 Mac-28 Mac 2022

Percutian pertama bagi tahun 2022 bersama-sama geng travel ku yang dah hampir 2 tahun lebih kami tidak bersua muka serta travel sekali. 

Trip Mabul ni sebenarnya dah hampir aku nak batalkan atas beberapa sebab peribadi. Walaupun waktu tu dah bayar full untuk ground pakej. Hanya tinggal nak beli tiket flight je lagi. Excited untuk travel tu nanhador sebab tengah serabut. Tapi mengenangkan kawan-kawan dan nak bagi masa untuk diri ini ‘pause’ buat sementara waktu, baru la decide beli tiket flight 4 hari sebelum travel. Tak pernah-pernah buat gila beli tiket 4 hari sebelum travel. Harga memang double la kan. 

Pening gak waktu cari tiket tu. Kalau flight direct KL-Tawau dalam RM1,300 tak silap. Lepas fikir punya fikir, instead ambil flight direct KL-Tawau, aku beli flight dari KL ke Kota Kinabalu, keesokannya pula dari KK ke Tawau yang mana lebih murah. Untuk tiket flight KL-KK (AirAsia tanpa luggage); KK-Tawau (AirAsia tanpa luggage) & Tawau-KL (MAS ada luggage) - kitorang dapat RM850. 

Di KK, kitorang stay kat Hotel Sixty 3 betul-betul tengah town. Mula-mula ingat nak ke Kundasang tapi staff hotel cakap ambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Yang mana waktu tu kitorang sampai dah tengah hari dan tak sempat nak balik town sebelum gelap. Jalan nak ke Kundasang berliku,berkabus dan turun naik bukit so diorang tak suggest untuk kitorang pergi sana. Kalau nak, kena pergi awal pagi. So kitorang just lepak tengok sunset kat pantai Tanjung Aru dan singgah pasar Filipina je. 


Pemandangan matahari terbenam di Tanjung Aru

Flight ke Tawau pukul 7.30 pagi so kitorang check out dari hotel pukul 5.30 pagi. Staff sini baik sangat & friendly bila diorang offer nak tolong printkan boarding pass & arrangekan taxi pagi-pagi buta  dalam pukul 5.30 pagi untuk ke airport. Dah sampai awal pagi dengan tak cukup tidurnya apa lagi flight tak sempat berlepas lagi aku & kak Ina dah dibuai mimpi.. ekeke.. Flight dari KK ke Tawau sepatutnya ambil masa dalam 55 minit tapi awai benor dia sampai..takdan nak membuta..dang.. haha. Memandangkan aku, kak Ina & kak reen sampai awal maka kami lepak breakfast sambil tunggu Fik & Rezal sampai. Ami pula kami akan jumpa di Semporna sebab dia datang sehari awal. 

Dari airport Tawau untuk ke Semporna mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih menggunakan van. Airport transfer termasuk dalam pakej. Waktu dalam van ni, baru la kawan-kawan aku buka cerita yang diorang ni sebenarnya risau dengan perangai aku lately, bila diorang mesej bertanya berkenaan trip ni aku hanya seen (bluetick) dan jawab sepatah-sepatah.. siap ada yang fikir apa salah yang diorang buat sampai aku senyap macam ni 😅. Even dalam van pun sebenarnya aku banyak senyap dan tak excited untuk bercerita pasal travel. Itu lagi menambahkan pelik buat diorang sampai ada yang cakap, ‘nanti kita buat sesi heart to heart talk okay’. Hahaha sampai macam tu sekali diorang punya concern. Terima kasih kerana mengambil berat akan kawan mu ini 🥺. 

Untuk trip ni kami ambil pakej under Caravan Serai yang mana Fik yang in charge. Bila sampai di Semporna, kami naik bot untuk ke water chalet Amina Holidays yang terletak di Pulau Mabul dan mengambil masa lebih kurang 45 minit perjalanan. Ketibaan kami disambut dengan persembahan staff & welcoming drink. Kami diberi briefing oleh Irfan merangkap person in charge sepanjang kitorang di Amina Holidays ni. Menurut Irfan, di Amina Holidays ni elektrik 24 jam, bilik aircond, teh, kopi dan air panas sentiasa ada di bahagian tempat makan. 

Actually waktu aku dok buat research berkenaan trip ni sebelum decide ambil pakej, banyak water chalet yang elektriknya bukan 24 jam maksudnya time siang takde elektrik weh. Dan kebanyakan bilik kat chalet lain takde aircond, diorang just sediakan kipas. Fuhh lega bila dengar Amina Holidays ada elektrik 24 jam & aircond. Nice! Bilik di Amina Holidays ni kecil sikit so ruang nak solat tu tak berapa muat tapi jangan risau kat sini ada disediakan surau atau bilik untuk solat. 

Kami berenam on the way ke Pulau Mabul

Usai proses check in dan tentukan bilik masing-masing, kitorang berehat sebentar sebelum terus ke Water Bungalow untuk merakam gambar OOTD memandangkan waktu tu cuaca cantik walaupun panas litlit. Nak masuk ke Water Bungalow kena bayar seorang dalam RM30 (tak termasuk dalam ground pakej). Pemandangan sini cantik sangat wei. Bergambar la puas-puas kat sini... 








Malam tu lepas dinner kitorang memang lepak je kat tempat makan tu. Lepak sambil bercerita dan bergosip. Waktu ni pakat dok bergelak sakan lepas tu time nak masuk bilik ghisau takut benda mengikut.. hahaha.. aku & Ami sebelum masuk bilik baca ayat kursi dulu. By the way, malam tu banyak sangat bintang-bintang di langit. Teringat langit di Lake Tekapo, New Zealand dulu. Cantik 😍

Hari kedua di pulau, kami ikut trip snorkeling di Kapalai & sekitar Mabul. Snorkeling di spot tertentu area Mabul sangat cantik. Paling aku suka bila Irfan merangkap guide snorkeling kitorang bawa ke satu spot ni di mana kawasan dasarnya terlihat seakan dinding tinggi yang curam ke bawah. Turut dapat dilihat di kawasan ini juga warna airnya berubah mengikut kedalaman dasar laut. Agak menggerunkan bila tengok di sebalik 'dinding' tu dalam sungguh dasarnya. Di kawasan ni juga dapat dilihat beberapa orang penyelam skuba tengah buat selaman.

Serius cantik terumbu karang dan hidupan laut di sini terutamanya ikan yang bermacam-macam warna. Video ada nanti akan ku upload kemudian di YouTube ku ya 😉. Waktu tengah dok snorkeling tu kitorg terserempak dengan obor-obor warna ungu..apa lagi gelabah la noks takut kena sengat. Obor-obor tu cantik tapi menakutkan sebab sebelum datang ke Mabul ni vtt aku asyik naik orang kena sengat dengan obor-obor & kena landak laut. Terima kasih guide kitorg yang tak jemu menunda aku dan kak Ina menggunakan pelampung dan bagi kami menikmati pemandangan dasar laut yang superb macam ni.

Lepas balik snorkeling tu lepak lunch terus then alang-alang baju masih basah, kitorang decide nak naik kayak atau sampan transparent tu. Nasib Amina Holidays ada kayak@sampan tu. Dapat gak la tertunai wishlist nak buat di Mabul 😆. Dari awal plan trip ni aku & Ami memang nak sangat naik benda alah ni. Kekononnya nak OOTD mcm dalam IG tu tapi tak jadi 😅. 






Petang tu kami layan sunset terakhir di water chalet, makan malam & layan live karaoke/band daripada staff Amina ni. Happening suasana malam kat sini. Kitorang pun sempat la beli udang lipan (RM15/seekor) & lobster (RM130 untuk 3 ekor kalau tak silap.. sorry lupa) dengan bantuan Irfan tawar harga dengan orang Bajau. Seperti yang diberitahu Irfan mula-mula kami sampai water chalet haritu, kalau nak beli makanan laut daripada orang Bajau Laut, minta tolong staff sini kawtim harga dengan diorang supaya tak kena tipu. Lepas beli minta tolong kitchen staff masakkan (ni kena bayar ikut gram tapi jangan risau murah je diorang charge). Kitorg kena dalam RM25 je tak silap tapi ni depends korang nak minta masakkan apa ye. Udang lipan masak garam je tapi serius sedap manissss amat isinya. 


Pemandangan matahari terbenam dari Amina Holidays

Sebelum masuk bilik, kami lepak atas jambatan ingat nak star gazing tapi sayangnya malam akhir tu tak nampak bintang pun. Malam sebelum tu yang banyak la bintang-bintang… cantik sangat.. sayang tak dapat nak stargazing.. 😔 

Hari ketiga kami akan check out dari Amina Holidays & check in kat Pacific Inn Semporna pula. Pagi tu, ada la 3 orang polis marin buat pemantauan. Kitorang yang tengah lepak tunggu Ami main kayak/sampan & mandi manda tu gelabah bila masing-masing tak pakai mask sebab baru lepas breakfast. Rupa-rupanya pemantauan sebab ada majlis penyerahan sumbangan daripada Timbalan Menteri Hal Ehwal Agama kerajaan Pusat kepada penduduk di pulau ni. Maka ramailah pihak yang datang termasuk NGO & Jakim. Polis datang untuk buat pemantauan je & itu memang rutin diorang secara berkala. Waktu ni terjumpa kak Natipah (aktivis kemanusiaan) yang aku follow kat FB. Sempat la tegur kak pah.

Lepak OOTD last di Pulau Mabul



Orang Bajau Laut yang datang menjual hasil laut dan buah kelapa kepada penginap di chalet ni

Rezal & Fik tengah bagi instruction kat Ami... hiks3x

Time dah check out & naik bot tiba-tiba kami dikejutkan dengan persembahan perpisahan daripada Irfan & staff Amina Holidays. Diorang ni semua friendly & baik-baik belaka. Rasa macam VIP pula bila semua orang termasuk rombongan timbalan menteri tengok diorang buat persembahan ni untuk kitorg.. hahaha. Terbaik la korang 👍, cheq terharu uiiii… video ada nanti ku upload ya

Gambar kenangan dengan Irfan (tengah) yang jaga kitorang sepanjang di Mabul dan bertindak sebagai guide & instructor untuk trip snorkeling. Thanks layan perangai masuk air & gila geng aku.. hahaha
Irfan pun bagi kitorg cuba latok & landak laut sebelum kitorang gerak balik. Sedap gak landak laut tu rupanya. Sebelum ni dok tengok dalam rancangan variety show Korea je 😅

Sampai di Semporna kitorang check in hotel then decide nak jalan-jalan sekitar sini je. Mula-mula lepak makan kat Starbucks (jangan tak tau sini pun ada Starbuck tau.. hehe). Then jalan-jalan cari cenderahati untuk buat kenangan. Malam tu kawan-kawan ku lepak keluar makan tapi aku just decide nak rehat dalam bilik. Malas nak keluar. 

Keesokannya, kami ada trip ke Bohey Dulang & snorkeling sekitar Mantabuan & Sibuan. Puncak Bohey Dulang ini adalah pada ketinggian 353 meter tetapi perjalanan untuk sampai ke puncak adalah dalam 750 meter pendakian. Kita ni pula bukanlah sejenis manusia yang aktif, tetiba nak kena hiking. Bila sampai ke 300-400 meter pendakian pertama tu pecah peluh, peluh seram sejuk tu. Nah time tu dah mula risau, boleh ke aku sampai puncak ni. 

Guide pula boleh pergi cerita, 2 bulan lepas ada yang meninggal time panjat Bohey Dulang ni. Aku macam hmmm.. dalam hati ghisau. Dok fikir tak mau push diri sangat risau akan menyusahkan orang lain nanti. Namun dengan sokongan roomateku sepanjang trip tu, akhirnya ku sampai juga.. Yeah! 💪 Thank you babe 😬😉. Sorry tak dapat nak layan Ami bercerita time mendaki sebab iols dah hampir putus nafas.. kah3x 🤣😂. Tapi serious worth it panjat Bohey Dulang tu. Pemandangan atas tu sangat menakjubkan. Nasib gak la geng aku ni jadi team terakhir sampai atas (atas sebab tertentu daripada pengurusan operator trip ke Bohey Dulang), so puncak tu boleh la kitorang bergambar puas-puas tanpa ada orang lain. 





Kitorang berlima je sampai puncak sebab kak Ina ada asma dan tak boleh nak teruskan sebab muka dah pucat habis. Thanks Fik bawakan beg aku sepanjang mendaki..hehehe

Laluan turun agak curam dan banyak menggunakan tangga yang mana kaki perlu kuat untuk menahan dan perlu dibengkokkan sikit waktu turun tu

Oh ye, nak naik ke Bohey Dulang ni hanya dibuka untuk setengah hari je kalau tak silap. Lepas pukul 2 pm rasanya dah tak boleh naik kot. Sebelum naik kena ada permit dulu yang mana operator trip ni yang akan settelkan. Jangan risau. Kemudahan toilet turut disediakan di kaki bukit Bohey Dulang ni. So sebelum memanjat tu better la pergi toilet dulu. Jalan nak naik dan turun Bohey Dulang ni guna laluan lain-lain ye. Supaya kita tak bertembung antara satu sama lain. Tapi berjaga-jaga sikit bagi laluan nak turun tu sebab agak curam. So kaki & tangan kena kuat pegang & tahan ye. 

Dah turun tu kitorg dibawa ke Mantabuan untuk lunch yang telah disediakan then teruskan perjalanan ke Sibuan untuk ke beting pasir bagi sesi bergambar. Lepas tu baru snorkeling. Snorkeling kalini kitorang just relaks2 & santai je. Tapi sini banyak landak laut. Scary weh.. huhu. Balik hotel dengan baju basah der.. hahadoii.. lepas tu kak ina dah warning, malam tu semua wajib keluar dinner sama-sama buat kali terakhir. Hahaha ni sebab malam sebelum tu aku tak join diorang 😅. 

Bergambar di beting pasir di Sibuan




Since Ami cakap nak makan ikan bakar, dan kebetulan Irfan ada di Semporna, kitorang gi makan kat Restoran Ikan Bakar Semporna. Nak ke sini dari hotel dalam 13 minit jalan kaki. Tapi memandangkan masing-masing dah tak larat jalan, kitorang decide ambil grab je. Penat main air siang tu tak sanggup nak jalan. 😁By the way, murah gak la makanan kat sini. 

Malam tu balik hotel kemas beg sebab esok pagi tu kitorang check out dalam 7.30 pagi sebab nak berkejar ke pasar Tawau plak. Flight balik masing-masing lepas Zohor, so sempat gak la kitorang shopping sikit-sikit kat sini. Ingat nak beli lobster atau udang lipan bawa balik, sekali takde jual pun kat situ. Rasanya kena beli kat Semporna bungkus siap2. Hmmm.. sedeyh! So masing-masing takat beli ikan bilis mata biru & sambung cari souvenir je la kat sini. Oh ye, untuk ke pasar Tawau ni tak termasuk dalam ground pakej ye, so kena tambah bayaran van ni dalam RM110 untuk sebuah van. Dari Semporna nak ke Pasar Tawau ni ambil masa 1 jam 30 minit ke 2 jam macam tu. Then dari Pasar Tawau ke Airport Tawau dalam 30 minit je bergantung kepada trafik.


Bagi ada yang rasa ragu-ragu mengenai tahap keselamatan di Pulau Mabul terutamanya lepas kita banyak dok dengar orang kena culik di perairan Sabah ni, jangan risau ye korang. InsyaAllah di Pulau Mabul ni ESSCOMM dan Polis Marin sentiasa buat pemantauan keselamatan. Dan di pulau ni juga ada kuarters PGA ke polis tak silap. Di sini juga ada curfew yang mana selepas pukul 6 petang hingga awal pagi tiada sebarang kegiatan laut mahupun tiada pelancong dibenarkan memasuki kawasan perairan Tawau, Semporna, Kunak, Lahad Datu, Kinabatangan, Sandakan dan Beluran. Pelancong hanya dibenarkan berada di chalet masing-masing.

Untuk dapatkan sunset yang cantik boleh je tengok dari Amina Holidays ni & untuk sunrise pula kena jalan melalui perkampungan orang tempatan sini sehingga ke hujung kampung berdekatan kuarters polis/askar then kena jalan atas jambatan yang hampir roboh hingga ke hujung tu pun kalau berani la.. hahaha.. tempat ni Irfan yang tunjuk kat kitorg. Aku memang tak gigih la nak tengok sunrise kat situ..kikiki

Kelebihan bila stay di Pulau Mabul ni instead of water chalet tengah-tengah laut tu, korang boleh jalan-jalan sekitar kampung dalam ni kot nak lepak minum air kelapa ke makan-makan kat gerai penduduk sini ke. Oh ye, kat Pulau Mabul ni ada sekolah, masjid dan tempat untuk anak-anak yang tiada IC mendapatkan pendidikan. 

Jika berjalan-jalan di Semporna, please beware of pickpocket dan anda sentiasa akan dikelilingi oleh kanak-kanak tak sure dari kaum mana filipino kot ke suluk ke bajau sorry tak sure yang akan meminta duit. Ada yang nak tolong kita angkat barang tapi lepas tu kena bagi upah ya. Ni terpulang la pada korang samada nak bagi atau tak, tapi sekali dah bagi, akan datang ramai lagi yang meminta pada korang. TOLONG JAGA BARANG-BARANG anda sebaiknya di sini ye. 

Ringkasan rough bajet 

1. Flight ticket 
Kuala Lumpur -  Kota Kinabalu ; Kota Kinabalu - Tawau & Tawau - Kuala Lumpur = RM850/pax
2. Ground pakej - RM980/pax
Pakej A 
Harga Pakej 5H4M
2 MALAM MABUL + 2 MALAM SEMPORNA (Amina Holidays & Pacific Inn Semporna)
Harga Dewasa : RM980
Pakej Termasuk 
✅ Airport Transfer 
✅ 5 Pulau (Bohey Dulang, Sibuan, Matabuan, Kapalai, Mabul) 
✅ Hotel 3 Star 2 mlm
✅ Water Chalet di Pulau Mabul 2 mlm
✅ Alatan Snorkeling + Permit 
✅ Crew Terlatih 
✅ Makan (Lunch 2X + Bfast 2X + Dinner 2 X) 

3. Semporna - Pasar Tawau transfer - RM110/6 = RM18/pax
4. Dinner udang lipan & lobster + upah kitchen = RM41/pax
5. Dinner ikan bakar = RM200/6 = RM33/pax
6. Water Bungalow entrance fee = RM30/pax

Total = RM1,952

*perbelanjaan tak termasuk hotel & jalan-jalan di Kota Kinabalu

Friday 4 September 2020

Trip ke Pulau Besar, Mersing (juga dikenali sebagai Pulau Babi Besar)

Sempena cuti Merdeka lepas, aku bersama tiga lagi rakan travel ke Pulau Besar, Mersing, Johor. Kami bertolak petang Jumaat dan singgah tidur di Kluang 1 malam. Di Kluang kami bermalam di Anika Hotel. Pagi esok tu dalam pukul 7 pagi tu kami keluar breakfast di Kluang RailCoffee kat Jalan Station sebelah stesen KTMB Kluang. Lepas tu balik hotel, berkemas dan check out seterusnya meneruskan perjalanan ke Mersing yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih menggunakan jalan dalam. 

Sampai di Jeti Mersing, kami ke kaunter Aseania Beach Resort memandangkan kami akan menginap di hotel ini sepanjang berada di Pulau Besar. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Besar menggunakan speedboat hanya dalam 20 ke 30 minit sahaja bergantung kepada keadaan laut ketika itu. Speedboat ni private trip khas kepada sesiapa yang menginap di resort ini je ye. Satu trip dalam 12 orang penumpang sahaja. Sesampainya kami di resort, kami disajikan dengan welcome drink dan terus ke reception untuk proses check in. Lepas makan dan solat, kami berjalan ke jambatan atau titi yang menjadi tempat tumpuan utama untuk bergambar. Titi ini berhadapan dengan Bayu Lestari Island Resort lebih kurang 900 meter dari Aseania Beach Resort. Alhamdulillah cuaca cantik. Malam tu kami makan malam di resort dan berehat.

Mula-mula time datang sini kami plan nak ambil pakej island hopping dan snorkelling tapi ada sesetengah pulau yang kami nak pergi diorang tak cover dan ada pakej yang dah penuh kebetulan waktu cuti public holiday, makanya kami hanya chill di sekeliling pulau je. Sepanjang di sini kami just jalan-jalan, naik basikal pusing pulau, mandi laut. Aku teringin nak main kayak tapi takde geng since kawan2 yang lain ada yang sakit tangan. Di sini aku kongsikan sikit bajet trip ke Pulau Besar ni.

Perbelanjaan trip 4 hari 3 malam ke Pulau Besar, Mersing Johor

Minyak kereta pergi balik KL-Mersing =RM90/4 = RM22.50
Tol pergi balik KL-Mersing = RM52/4pax = RM13
Hotel Anika Kluang bilik 4 orang - RM56.50/pax
Parking Jeti Mersing RM45 untuk 3 hari / 4 = RM11.25
Lunch beli kat area jeti Mersing RM18.75/pax
Marine Park = RM5/pax
Boat transfer pergi balik Jeti Mersing - Pulau Besar = RM110/pax
Aseania Beach Resort untuk 3 hari 2 malam bilik twin = RM232/pax
Dinner di hotel = RM20/pax
Lunch Nasi Ayam gerai sebelah hotel = RM10/pax
Dinner burger gerai sebelah hotel = RM8/pax
Sewa basikal 30 minit = RM5/pax

Total perbelanjaan dalam RM512