Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 6 December 2015

Travelog Melbourne: Hari 3: Great Ocean Road

Pada hari ketiga di Melbourne, kami ambil tour satu hari ke Great Ocean Road dan sekitarnya. Tour ni saya ambil dengan En Fadil kenalan kepada kawan saya yang menetap di sana. Tour start pukul 8am di mana driver akan pick up kami di hostel. Di bawah saya sertakan quotation daripada En Fadil untuk 1 day tour ke Great Ocean Road.

Jika ada yang berminat nak ambil tour dengan En Fadil, boleh hubungi atau whatsapp beliau di nombor: +61 451 303 738

Untuk tour kali ni kami seramai 15 orang. 6 orang gerak dari hostel area CBD manakala lagi 9 org gerak dari airport kerana flight diorg sampai tengahmalam semalam. Mereka ini kawan2 saya yang ambil penerbangan lewat sehari daripada saya. Walaupun gerak asing, asing kami akan berjumpa di check point yang sama. Inilah group saya yang akan bersama ke New Zealand. First time travel ramai-ramai macam ni. Memang betul2 meriah.  


Termenung apa tuh deknon oiii.. >_<

 Alpaca

 Lavers Hill


Ada-ada je aksi bila geng2 muda mula berkumpul & bersama.

 Iskh3 anak-anak sapa la tu agaknya...hahaha


12 Apostles


Singgah solat di Port Campbell


Sunset
 From strangers to travel buddies.
BBM group mempertemukan kami buat kali pertama sehinggalah tertubuhnya group whatsapp khas utk trip NZ pada February lalu. Di situ aku 'terpilih' utk menghimpunkan hati-hati yang ingin mengembara ke bumi kiwi. Berbekalkan azam & misi kami bersama2 mula mengatur langkah demi langkah dengan perancangan, research, info berkaitan NZ dan beberapa perjumpaan. Hampir setahun juga perancangan ini dan alhamdulillah berjaya direalisasikan dengan jayanya walaupun dengan dugaan yg tak dijangka.

Travelog Melbourne: Hari 1 & 2: KUL-MEL, Sea Life Aquarium Melbourne, Harbour Town, DFO

Assalamualaikum.

Seperti yang diketahui, saya dan kawan2 baru sahaja pulang dari roadtrip ke South Island, New Zealand. Kami mengambil Melbourne sebagai tempat transit sebelum ke Christchurch, New Zealand. Nak kata transit tu tak la sangat sebabnya dalam 2-3 hari juga la kami di Melbourne ni. Tujuan singgah di Melbourne adalah kerana saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Melbourne dan kebetulan waktu tu AirAsia ada buat promosi tiket flight. Apa lagi saya grab je la kan..alang-alang boleh cover dua negara dalam satu trip. So trip kali ni adalah yang paling lama pernah saya pergi iaitu selama 16 hari.

Kami bertolak dari klia2 ke Melbourne menggunakan penerbangan AirAsia pada pukul 1.20pm dan memakan masa lebih kurang 7-8 jam untuk sampai ke Melbourne. Kami tiba di Melbourne pada pukul 00.30am waktu tempatan. Beza waktu antara Melbourne dan Malaysia adalah 3 jam awal.

Sampai je Airport Melbourne macam biasa lah hatiku berdebar2 nak melepasi kastam & immi diorg. Al maklum la seperti yang diketahui, immi & kastam Oz ni strict & banyak kerenah skit lagi2 kalau masuk bawa makanan tertentu. Hati dah dup dap dup dap...sampai je giliran kami alhamdulillah smooth je nak masuk kali ni walaupun bawa banyak makanan. Yang penting kena declare everything ye termasuk la ubat-ubatan & sport equipments. Mungkin satu lg kerana kami sampai dah tengah malam so diorg malas nak check lebih2 kot. Cumanya waktu kat kaunter diorg akan tanya what kind of foods that you bring. Kalo xde yg meragukan diorg kasi lepas sajor... ;)

Untuk penginapan sepanjang di Melbourne saya tempah di Melbourne Central YHA yang terletak di Flinders Street. YHA ni terletak berhampiran dengan Southern Cross Station. Dari airport kami ambil skybus return ticket berharga 32AUD (ni harga promosi ye kerana kitorg in group. Selalunya harga dalam 36AUD return) untuk ke Southern Cross Station. Dari Southern Cross station kami ambil teksi ke YHA walopon sebenarnya jarak antara kedua-dua tempat ni just sekangkang kera tapi disebabkan kami dah keletihan & mamai makanya kami decide ambil teksi sajork. Menurut lady yg kerja di kaunter skybus, tambang taxi utk ke YHA dari Southern Cross station hanyalah 10AUD. Tapi pepagi buta tu kitorg kena scam..25AUD..kurang asam betul..yg kitorg ni plak menonong je bayar..dah mamai katakan..dangg.

Keesokan harinya kami ambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar CBD je. First tempat yang kami pergi adalah Sea Life Aquarium Melbourne yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan kitorg. Btw, YHA ni terletak berhampiran dengan Docklands dan Crown Casino. Restaurant berdekatan pula adalah Nandos. Nandos kat sini ada Australia halal certificate.



Bilik di rooftop Melbourne Central YHA

Penguin dalam sangkar 

Obor-obor

Kuda laut


Lepas dah pegi aquarium tu kami meneruskan perjalanan ke Harbour Town Melbourne dan DFO Melbourne pula. Nak ke sini kami kena cross jambatan di Yarra River. Waktu ni hujan renyai2 so tak berapa best nak jalan2.



Antara jenama yang ada di DFO.

Lepas dah pergi cuci mata kitorg pun balik la ke hostel dulu utk solat. Lepas tu ambil keputusan nak keluar balik untuk pusing-pusing CBD naik trem free. Kitorg duduk dalam trem tu sampai lengkap satu pusingan. kih3x...

 Station free tram betul2 terletak di depan hostel kami.
Sila naik tram yang agak2 classic camni ye kerana yang classic mcm ni adalah percuma. 

Bangunan Parlimen Melbourne.

 Makan malam di Nandos.

Monday 23 November 2015

Teaser Travelog Roadtrip South Island New Zealand

Assalamualaikum semua...

Just a quick update. Alhamdulillah iols dan kengkawan baru saja balik dari roadtrip South Island New Zealand. The best trip ever. Memang thorbaik baq ang. Nanti bila-bila ada masa iols akan tulis dan share the whole experience iols ye. Sekarang kita bagi teaser je dulu.. (^_-)

 Lake Tekapo

 Mount Cook

 Milford Sound

Nugget Point Lighthouse 

 Skydiving in Wanaka


Kawarau Bungy Jumping

Friday 23 October 2015

Travelog Padang - Bukittinggi, Indonesia: Hari 3 & 4: Hj Rosma Bukittinggi, Batu Sangkar, Istana Pagaruyung

Hari ini adalah hari terakhir kami di Bukittinggi. Makanya kami perlu check out dari hotel dulu sebelum meneruskan perjalanan ke Pagaruyung. Ini kerana di sebelah petang nanti kami akan terus dihantar ke Padang untuk penginapan berikutnya dan ambil flight balik di sebelah pagi keesokan harinya. Perjalanan pagi ini bermula dengan melawat Kantor Walikota Bukittinggi. Tak silap ini adalah tempat yang menempatkan pejabat-pejabat pembesar di Bukittinggi. Macam kat Putrajaya la kot. Ada bangunan-bangunan pejabat. 


Selepas ke kantor walikota, aku meminta Pak Khairul bawa kami ke kedai sulaman Hj Rosma. Tak sah sekiranya datang ke Bukittinggi kalau tak singgah ke sini. Hasil sulamannya sangat cantik. Tapi sayang duit dah habis, so tak dapat la nak memborong..huehuehue..




 Disini juga ditawarkan kelas menyulam dengan kadar bayaran 10 juta rupiah untuk 6 bulan dengan disediakan tempat tinggal. Sesiapa yang berminat boleh la try contact Hj Rosma ye.

 Mereka diajar menyulam menggunakan mesin jahit old school tu je..waahhh hebat2..

 Iols pon nak tumpang sekaki...hiks...

 Lepas tu kami dibawa ke tempat pelancongan lain iaitu Ikan Sakti Sungai Janiah.


 Tempat pemprosesan pisang salai. Yummmyyyss sedap wehs..




 Ini kami minum teh dari pokok rasberry kalau tak silap. Tempat ini namanya Tabek Patah kot..sorry la ye aku ingat-ingat lupa.

 Ini serbuk kopi yang lepas di grind.




 Istana Pagaruyung. 
Di sini kita boleh cuba baju tradisional Minangkabau dengan kadar bayaran 35,000 rupiah selama sejam kalau tak silap.


 Gigih kau bersimpuh di bawah pancaran matahari terik atas kepala dengan baju Minang yang tebal tu. Sumpah baju aku dah basah bermandi peluh waktu ni..

 Rombongan cik kiah nak balik rumah dah ye. Bapak berat benda alah atas kepala tu. 



Lepas dah bersiar-siar sekitar Pagaruyung, petang tu kami dihantar ke Padang. Kat Padang kami just pusing-pusing town dan beach kat situ je. Di Padang kami menginap di Havilla Maranatha Hotel. Pagi keesokan harinya, waktu Subuh tetibe aku rasa mual dan perut memulas ya amat. Aku muntah dan ceriberri...aku dah terkena food poisoning wehs...terus lembik dan rasa nak pengsan..aku rasa sebab semalam waktu petang tu kami ada singgah makan di restoran temi jalan kat Lembah Anai. Aku rasa air kat situ tak bersih kot. Serius tak lawak wehs perasaan ketika itu memang rasa nak pitam bagai. Nasib baik kawan aku paksa makan charcoal dan ubat diarrhea. Lega sikit. Tapi sampai je Malaysia terus aku demam panas. Huwaaaa...itu lah pengalaman aku keracunan di Indonesia. Tetibe rasa trauma dah nak pergi Indonesia lagi. huhuhu...
Ada sesetengah daripada kita mungkin pernah dengar mengenai bayaran yang dikenakan imigresen  di airport Indonesia kalau nak keluar dari Indonesia kan? Well sejak March tahun ni ke tahun lepas ntah, airport tax dah termasuk sekali dalam tiket Airasia ye. Waktu kami di airport Padang haritu  tiada apa-apa bayaran yang dikenakan ketika check-in flight balik Malaysia. Tapi tak tau la kalau time lain ada. Just standby je duit lebih. Mana la tau kot korang tak bernasib baik. huhuhu...

Sedikit tips:
1) Jika anda nak keluarkan duit di ATM boleh pergi ke BII atm utk Maybank manakala CIMB Niaga untuk CIMB.


Di bawah ini saya sertakan pakej yang ditawarkan Amali Galeri Hotel di Bukittinggi ye. Kalau berminat boleh contact mereka ye.. ^_^