Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 2 June 2013

Travelog Korea - Hari 8 (Part 2) - Tourist Information Centre, YG Building, Hongdae

Dari Insadong kitorg menuju ke main KTO Tourist Information Centre (TIC) terletak  berhampiran dengan Cheonggyecheon stream. KTO TIC ni terletak di bahagian basement ye rakan-rakan. Jangan nak menggatal pergi masuk building KTO yang tinggi tuh, tak silap itu main office diorang karang tak memasal kena halau...kih3..

Nak tau lebih lanjut pasal KTO TIC ni sila rujuk link bawah..
http://english.visitkorea.or.kr/enu/GK/GK_EN_2_7_2_1.jsp



Cheonggyecheon Stream



Landmark sebelum jumpa KTO TIC



Antara perkhidmatan yang disediakan di sini, pelancong boleh mencuba pakaian tradisional Korea secara percuma, belajar adab minum tea, boleh cuba permainan tradisional Korea dan belajar cara nak buat angpau Korea...

So, after solat, maka bermulalah sesi pembelajaran mengenai kebudayaan Korea...Sambil-sambil dok menyelami kebudayaan Korea, kitorg ternampak dan terdengar ada suara bercakap bahasa Melayu & sebut Malaysia...Situasi agak menarik ketika kitorg tengah belajar cara-cara nak buat angpau, sebab tiba-tiba ada dua orang lelaki juga turut serta waktu itu tapi diorg dengan instructor lain..cuma bila instructor tu tanya dirang dari mana, diorg cakap Malaysia tapi diorang ni berkomunikasi dalam bahasa Hanggul...perghh mantop...aku bajet mesti diorg ni student Malaysia..





Time nak belajar main permainan tradisional Korea, iaitu Yutnori game, kitorg tak cukup korum, so, plan tak nak la mainkan..tapi tiba-tiba dua lelaki Malaysia tadi tengah nak cuba bermain permainan tu, so apa lagi, diorang ajak la kitorg join sebab ia memerlukan 4 orang pemain. Dengan bantuan diorg yang faham dan boleh berkomunikasi dalam bahasa Hanggul, kitorg pon dapat la belajar cara-cara main benda tu...sila ketip video di bawah.

 


dalam dok main tu aku cakap la kat diorang, "wah hebat korang cakap korea..student sini ke??" diorang cakap tak la...Rupa-rupanya diorang ni kerja di Korea...patut la lancar je bahasa hanggul diorg....tapi tak sempat la pula tanya nama diorang..al maklum la masing-masing khusyuk main dan rushing nak balik lepas tu..isk..isk..isk..teruk kan..dah jumpa orang Malaysia, sombong pulak...mianhamnida..
 
Oh ye, sambil kitorg bersembang dengan staff di TIC ni, dia tanya sama ada esok kitorg ada apa-apa program ke memandangkan esok hari terakhir di Korea kan...Dia cakap bersempena Chinese New Year, akan ada persembahan kebudayaan percuma di Namsangol Hanok Village...siap bagi lagi instruction how to get there..okay..interesting..maknanya kitorg kena reschedule balik la itinerary kitorg..plan asal nak ke Bukchon Hanok Village...
 
Selepas selesai urusan di TIC kitorg terus balik ke guesthouse..rehat sekejap..then mulakan misi mencari YG Building...ha kau gigih tau dalam kesejukan malam redah semata-mata nak cari YG Building kot-kot la langkah kanan boleh jumpa artis YG...Bigbang ke 2NE1 ke kan....berangan tak sudah...tapi yang penting tak kan dapat jumpa Daesung...huwaaaaa....dia ada kat Jepun time tu..sob.. sobb..sob...

nasib dalam kegelapan malam itu jumpa juga la yg building ni..macam mana nak ke yg building??

first, dari hongik university amik subway ke hapjeong station. turun di hapjeong station keluar ikut exit 8 ye...pastu jalan straight sampai jumpa circle hotel then straight lagi sampai jumpa statue yang memandang ke arah hangang park...anyway, thanks to other blogger yang bagi direction untuk ke sana...nak senang klik link ni: how to go to yg entertainment building



After fangirling menatap YG Building kitorg angkat kaki pergi Hongdae pula...Disebabkan malam masih muda, kitorg saja la pergi jalan-jalan....



 

Sempat jugala tengok persembahan dari live band ni...rasanya diorang ni student universiti di sana kot...
 
 

0 comments:

Post a Comment