Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday 4 September 2020

Trip ke Pulau Besar, Mersing (juga dikenali sebagai Pulau Babi Besar)

Sempena cuti Merdeka lepas, aku bersama tiga lagi rakan travel ke Pulau Besar, Mersing, Johor. Kami bertolak petang Jumaat dan singgah tidur di Kluang 1 malam. Di Kluang kami bermalam di Anika Hotel. Pagi esok tu dalam pukul 7 pagi tu kami keluar breakfast di Kluang RailCoffee kat Jalan Station sebelah stesen KTMB Kluang. Lepas tu balik hotel, berkemas dan check out seterusnya meneruskan perjalanan ke Mersing yang mengambil masa lebih kurang 1 jam lebih menggunakan jalan dalam. 

Sampai di Jeti Mersing, kami ke kaunter Aseania Beach Resort memandangkan kami akan menginap di hotel ini sepanjang berada di Pulau Besar. Perjalanan dari Jeti Mersing ke Pulau Besar menggunakan speedboat hanya dalam 20 ke 30 minit sahaja bergantung kepada keadaan laut ketika itu. Speedboat ni private trip khas kepada sesiapa yang menginap di resort ini je ye. Satu trip dalam 12 orang penumpang sahaja. Sesampainya kami di resort, kami disajikan dengan welcome drink dan terus ke reception untuk proses check in. Lepas makan dan solat, kami berjalan ke jambatan atau titi yang menjadi tempat tumpuan utama untuk bergambar. Titi ini berhadapan dengan Bayu Lestari Island Resort lebih kurang 900 meter dari Aseania Beach Resort. Alhamdulillah cuaca cantik. Malam tu kami makan malam di resort dan berehat.

Mula-mula time datang sini kami plan nak ambil pakej island hopping dan snorkelling tapi ada sesetengah pulau yang kami nak pergi diorang tak cover dan ada pakej yang dah penuh kebetulan waktu cuti public holiday, makanya kami hanya chill di sekeliling pulau je. Sepanjang di sini kami just jalan-jalan, naik basikal pusing pulau, mandi laut. Aku teringin nak main kayak tapi takde geng since kawan2 yang lain ada yang sakit tangan. Di sini aku kongsikan sikit bajet trip ke Pulau Besar ni.

Perbelanjaan trip 4 hari 3 malam ke Pulau Besar, Mersing Johor

Minyak kereta pergi balik KL-Mersing =RM90/4 = RM22.50
Tol pergi balik KL-Mersing = RM52/4pax = RM13
Hotel Anika Kluang bilik 4 orang - RM56.50/pax
Parking Jeti Mersing RM45 untuk 3 hari / 4 = RM11.25
Lunch beli kat area jeti Mersing RM18.75/pax
Marine Park = RM5/pax
Boat transfer pergi balik Jeti Mersing - Pulau Besar = RM110/pax
Aseania Beach Resort untuk 3 hari 2 malam bilik twin = RM232/pax
Dinner di hotel = RM20/pax
Lunch Nasi Ayam gerai sebelah hotel = RM10/pax
Dinner burger gerai sebelah hotel = RM8/pax
Sewa basikal 30 minit = RM5/pax

Total perbelanjaan dalam RM512






















0 comments:

Post a Comment