Pages

Ads 468x60px

Labels

Friday, 25 April 2014

Travelog Adelaide (summer) - Hari 1: KUL-ADL, The City & Pantai Glenelg

Assalamualaikum w.b.t

Holla. Jom kita mulakan cerita travelog pengembaraan saya ke Adelaide bulan Disember 2013 yang lalu. Keberangkatan saya ke Adelaide adalah sempena ajakan seorang kawan yang dah nak habis belajar di University of South Australia. Ye la kan alang-alang dia ada kat sana boleh la dia bawa jalan pusing-pusing Adelaide.

Sebelum pergi Australia, kita kena buat visa dulu ye kawan-kawan. Nak apply di kedutaan Australia di Malaysia secara online pun boleh, tapi nak senang suruh travel agent buatkan je.. Aritu saya minta tolong poto travel agent buatkan, kita bank-in duit RM30, emailkan salinan pasport, salinan flight tiket & bukti bayaran, selepas 2 jam or setengah hari, diorang akan emailkan terus visa yg disiapkan. Makanya, printlah e-visa tu then kepilkan pada pasport kita masa nak berangkat ke Australia tu ye. Saya dapat info ni daripada blog jarimanis.blogspot. Terima kasih ye JM. hik3.. nah ni link blog JM ni: permohonan eta australia

Berangkat dari KUL pukul 2355 dan dijangka tiba di Adelaide pukul 0945 keesokan harinya. Perjalanan ke Adelaide ambil masa dalam 6 jam lebih ke 7 jam juga la. Sampai je kat Adelaide, of course la kena lalu immigresen & kastam segala bagai kan. Seperti ramai yang sudah sedia maklum, nak masuk Australia ni strict sikit. Bahan makanan berasaskan dairy product (produk tenusu @ apa-apa yang berasaskan susu) tak boleh dibawa masuk. Bahan makanan lain contohnya maggi ke tuna dalam tin tu ke better declare. Nak tau lebih lanjut boleh check link di sebelah ye: Senarai makanan yang boleh dibawa & tak boleh dibawa ke Australia & New Zealand

Bak kata kawan teman, kadang-kadang akan ada anjing keselamatan yang akan sniff or dok hidu-hidu barang yang dalam beg & badan korang. So jangan terkejut la ye. Tapi alhamdulillah, time saya pergi tak de pula anjing tu, kalo tak mau terkincit. Dah la saya ni takut dengan anjing. hew..hew..hew...Disebabkan saya tak bawa apa-apa makanan so perjalanan agak smooth ketika di immigresen cuma ambil masa yang agak lama la dok tunggu luggage & beratur keluar ke balai ketibaan.

Hari pertama sampai tu, pergi rumah kawan yang terletak di Keswick, kalo tak silap. Lepas mandi dan makan, terus kawan ajak pergi jalan-jalan sekitar The City iaitu bandar Adelaide.Waktu saya pergi tu musim summer. Ye ye je ingat summer diorang macam panas kat Malaysia. Usah tertipu dek non oiii...kejung juga la dibuatnya. Mau tak kejung, pakai baju nipis mcm kat Malaysia, tapi suhu time siang dalam 20++ degree celcius, malam plak 15++ degree celcius. Hambek ko..walaupun cahaya matahari diorang lagi terik dari Malaysia, tapi anginnya sejuuuukkkk...dah la jaket tak bawa..huhu






Lepas pusing The City, kitorang pergi Pantai Glenelg. Nak ke Pantai Glenelg ni just naik tram dari The City. 





Siap ada orang buat wedding photoshoot lagi 




Berposing di jambatan Pantai Glenelg

2 comments:

  1. saya telah follow blog anda. Salam kenal.

    ReplyDelete
  2. i m in adelaide now... but i havent go to glenel g yet so.. i m sad

    ReplyDelete