Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday 18 August 2016

Trip adik kakak ke Korea Selatan (^_-) May 2016: Hari 2 : Nami Island, Petite France

Hari kedua kitorg plan nak ke Nami Island dan Petite France. Perjalanan memakan masa dalam sejam lebih dengan menaiki subway. Untuk ke Nami Island kita kena berhenti di station Gapyeong. So dari Jongno3(sam)-ga, anda kena tukar di station Cheongnyangni dan Mangu sebelum sampai ke Gapyeong station. Dari Gapyeong station nak ke Nami Island boleh naik bus Gapyeong City Tour ataupun teksi. Kitorg ambil keputusan nak ambil taxi je sebab lambat kalau nak tunggu bas dan ramai plak tu orang nak naik bas. Kadar bayaran teksi dalam KRW4,000 lebih tak silap untuk satu teksi.

 Ni contoh station pertukaran subway...Bagi memudahkan kita untuk gunakan subway di Korea, anda disarankan untuk download apps subway korea yang banyak terdapat dalam App Store atau Google Play. 

Kalau nak ke Nami Island dan Petite France, disarankan pergi satu hari dan awal pagi. Pergi Korea kali ini aku tak banyak ambil gambar..just rileks2 enjoy the view bersama adik2 saja. Kalau nak tengok gambar Nami Island waktu winter bolehlah check entry aku di Korea tahun 2013 yang lepas ye.




 Kitorg adik beradik....
Kebetulan waktu pergi haritu, pokok di Nami Island bertukar warna coklat kemerahan macam waktu musim autumn cumanya suhu lebih panas...



Lunch di Asian Food Restaurant. Di luar restaurant dah tertulis ada sijil halal dari Korea Muslim Federation. Dan di sini juga terletaknya musolla atau surau. Surau ni diorang dah renovate dan agak lain dari waktu aku pergi 2013 dulu... 

 Ramai orang walaupun hari Isnin...

 Nak ke Petite France, korang boleh ambil bas Gapyeong City Tour. Tiket bas untuk sehari dalam KRW5,000. Tapi kitorg dapat free ride sebab ada coupon dari KTO. Tiket ni boleh guna untuk hop on n hop off untuk Gapyeong City Tour. Ni contoh route Gapyeong City Tour bus.


Rajin2 kanlah diri cari Coupon Book kat KTO atau website KTO ye sbb dapat menjimatkan lagi perbelanjaan korang di sana...kitorg time nak masuk petite france dapat 20% discount sbb ada coupon...

Ni adalah first time aku ke sini. Jalan nak ke sini memang pusing-pusing dan turun naik bukit...boleh tahan pening la..so kalau rasa jenis yang tak tahan pening tu better standby asam, air dan beg plastik siap2 takut muntah je...dalam bas juga turut disediakan beg plastik sebenarnya...dan adik aku muntah sebab naik waktu crowded so agak panas dengan jalan pusing2 nyer....dia start rasa tak sedap badan..nasib baik dia muntah waktu kitorg dah nak balik ke Gapyeong station...


Tempat pengambaran drama My Love From The Star, Beethoven Virus, Secret Garden

Mula2 plannya nak naik Gapyeong Railbike yang Running Man pernah naik dulu selepas pergi Petite France tapi disebabkan adik aku muntah2 pening naik bas dari Petite France makanya kitorg cancel je la plan tu. Takpelah xde rezeki lagi kali ni...kita pergi lain kali plak la...ahaks.. :P

Di kawasan Gapyeong ni korang juga boleh pergi ke Gapyeong Railbike dan The Morning Calm Garden. Selain tu kalau nak makanan halal selain di Nami Island, korang juga boleh singgah makan di Namiok Restaurant.


3 comments: