Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 5 January 2015

Beraktiviti di ATV Adventure Park, Kg Kemensah, KL

Assalamualaikum...

Selamat Tahun Baru diucapkan buat semua pembaca yang dikasihi...ecece ada ke yang membaca blog ni..huhu..So, apa azam anda untuk tahun baru ni? Harap-harap semua yang baik-baik belaka la ye..

Ok, berbalik kepada tajuk utama kita, saya nak kongsikan sikit pengalaman ber-ATV hari minggu lepas. Sebenarnya kami tak rancang pun nak pergi main ATV ni. Ianya ad hoc semata-mata. Pada mulanya plan hanya nak pergi belajar memanah secara percuma di Batu Caves, malangnya kami tak update dengan team berkenaan di mana mereka telah pergi ke Pantai Timur untuk membantu mangsa banjir.

Pagi-pagi buta kami terpacak di Batu Caves..sekali kelas tu ditangguhkanlah pula...sob3x..(T_T)
Untuk mengubat hati yang duka, aku pikir-pikir la apa lagi aktiviti yang boleh dibuat di area sini. Tiba-tiba aku dapat idea why not  try check ATV Kemensah. Tengok waze nak pergi Kg Kemensah  dari Taman Pinggiran Batu Caves hanya dalam 20 minit sahaja. Apa lagi, maka aku utarakan pendapat ini kepada kawanku. Dia pun setuju. Tapi kami kena check dulu sama ada dah penuh ke belum sebab menurut website diorang, kena booking dulu utk main time weekends or public holiday. Kami pun call la brother Shaiful ATV yang in charge pasal booking,  tanya ada kosong lagi tak. Alhamdulillah rezeki kami barang kali, hari tu orang tak ramai, just pergi walk-in je. Diorang pon bagilah location sebenar terletaknya tempat itu.

ATV Kg Kemensah, KL ni terletak di belakang Zoo Negara. Anda kena masuk ke jalan Zoo Negara dulu then dari situ straight je sampai jumpa Jalan Taman Zooview, Ampang, KL. Ni GPS Coordinates yang diorang bagi: 3.218507 101.787061

Di ATV Adventure Park, KL ni ada banyak pakej. So, pilih yang mana teringin & ikut kemampuan. Boleh check di sini kalau nak tahu dengan lebih lanjut ye. atv adventure park package

Kami ambil pakej B dengan harga RM100 yang merangkumi 1-1 1/2 hours offroad ride to 7-tiers Waterfall. The favourite trail by all..... imagine being greeted by the view of a stunning waterfall, hardly exploited by man.. Sebenarnya kami ambil pakej ni sebab fikir untuk beginner sesuai la kot kan. Mungkin treknya lebih senang dan tak la mencabar sangat la kan. Tetapi sangkaan kami salah sama sekali. Sebagai orang yang pertama kali main ATV, route atau treknya sangat mencabar. Berat rupanya nak kawal pemegang ATV ni. Fuhhhh...Treknya adalah di sekitar lereng bukit. Mau tak cuak...dah la nak naik cerun dia agak tinggi (bagi aku la kan)..pergh macam nak terbalik je rasa. Sambil bawa tu memang mulut terkumat-kamit baca rabbi yassir wala tu assir..Scary ya amat tapi BEST. Adrenaline rush & otot-otot jantung dapat exercise dengan jayanya..Wahahahaha..
Dengan dikelilingi nature memang sangat terbaik. Oh ye, jangan risau nak masuk ni kita ada guide yang akan bawa dan jaga kita. Tetapi jika berlaku sebarang kemalangan & kecederaan itu adalah tanggungan sendiri sebab sebelum kita start, kita diminta isi satu borang yang memerlukan details kita in case terjadi apa-apa & diorang tak dipertanggungjawabkan atas insiden itu. Aktiviti ini atas risiko sendiri ye.



 Kitorang dapat lepak lama kat tempat air terjun ni sebab tak de orang lain pon waktu tu. Ada la gak dalam sejam lebih kot...
Sambil kami berehat, aku just tanya la ada ke kemalangan berlaku waktu orang main ATV kat sini? Then menurut guide kami iaitu brother Azman, ada je kemalangan & kecederaan, yang latest adalah pada cuti Krismas lepas di mana ada seorang pelancong asing dari Jepun, patah tulang hidung sebab terkena handle ATV. Yang lain tu just patah-patah je, setakat ni tak de kemalangan jiwa dilaporkan. Oh My Gucci...mulut tu gatal pergi tanya kenapa? Haisshhh (-___-")
Katanya, sepanjang dia kerja di sini, banyak pengalaman & kerenah orang yang dia jumpa. Ada yang mula-mula cakap besar kata boleh bawa, sekali give up tengah jalan sebab trek yang mencabar. Siap ada yang menangis lagi. Huhu..I feel you babe, walaupun aku tak menangis tetapi rasa tu ada la..hahaha
Dekat sini banyak pokok buluh dan hutan ni diorang panggil hutan buluh.
7 tier waterfall sebelum ni orang panggil Air Terjun Batu Asah kalau tak silap


 Kurang asam brother ni sempat dia pergi snap gambar aku stuck tengah naik bukit ni..pastu baru dia datang tolong..kbai

Yang depan sekali tu guide kami, brother Azman. Terima kasih sebab bawa kami pergi & balik dengan selamat ye.

 
 Alhamdulillah dah selamat sampai

 Yes..!! We did it..lepas ni nak try yang pakej C pula.


 Jangan tak tau, Josh Hartnett pun pernah sampai ke sini tau.

Jika berminat nak main ATV ni boleh check website diorang ye: ATV Adventure Park, Kemensah KL

2 comments:

  1. Salam harga seratus tu utk sorng @ tk kesah brapa ramai orng?

    ReplyDelete