Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 12 January 2015

Travelog Ho Chi Minh, Vietnam: Hari 3 & 4 - Binh Tay Market & bandar Saigon

Hari ketiga, kami plan pergi ke Choi Binh Tay atau dikenali sebagai China Town, tempat penjualan borong termasuk kain pasang, beg dan lain-lain lagi. Selepas bersarapan kami pergi ke sana menggunakan bas no 1. Sila tunggu dan naik bas ni di hentian bas utama berhampiran dengan Ben Thanh Market ye. Naik bas no 1 sehingga ke hentian/stesen terakhir. Tambangnya lebih kurang 5,000 dong kalau tak silap. Better save siap-siap gambar Choi Binh Tay dalam phone supaya nanti senang nak tanya local people hala tuju tempat tu.
pic: credit to google
Dinasihatkan kalau nak pergi ke Binh Tay supaya pergi awal pagi kerana jika kita antara orang yang terawal sampai senang nak bargain dan diorang percaya kita pembawa rezeki untuk hari tu. Kita pun  ada banyak masa nak survey setiap kedai. Dekat satu hari juga la kami pusing Binh Tay tu. Rambang mata betul. Antara hasil tangkapan di sana.

 
 Vietnamese silk dalam RM40-RM45 kain yg paling lembut.

Baju Melayu ni tempah di Choi Binh Tay. Harga untuk sepasang termasuk kain dan upah jahit adalah RM89. 

 Baju kurung sebelah kiri tempah di kedai yang sama dengan baju Melayu. Harga kain + lining + upah jahit double layer adalah RM110-120.

Hari keempat adalah hari terakhir kami di Ho Chi Minh. Memandangkan flight malam, makanya kami plan untuk bersiar-siar di sekitar bandaraya ini sepanjang hari.



Ho Chi Minh Museum




 Independence Palace
Untuk ke Post office pula, just cross sebuah taman atau park yang agak besar ye. 
Di taman ni juga boleh beriadah. Tapi kami tak sempat nak menikmati pemandangan di sini kerana waktu tu hujan dah mula renyai-renyai. Berlari-lari kami untuk cepat sampai ke post office.

Saigon Post Office. 
Lama juga kami di sini sebab hujan lebat.
By the way, sesiapa yang teringin nak ke Notre Dame ianya hanya terletak bersebelahan Post Office ni je.


Masjid di bandar Saigon.

Nak senang cari jalan dan nak map boleh rujuk blog JM ye. Ini linknya: ho chi minh
Senang nak faham tgk map JM ni. Anda juga boleh ambil map bandar Saigon di kaunter hotel atau guesthouse masing-masing jika ada.


Pemandangan bandar Ho Chi Minh di waktu malam di atas kapal terbang.

Maka berakhirlah trip membeli-belah di Ho Chi Minh, Vietnam. Sedikit tips dari saya:-

1) Please bargain. Tawar la harga-harga kain selagi boleh. 
2) Penting! Jangan ambil atau sentuh barang/buah/makanan yang peniaga di jalanan bagi kepada kita. Bila kita sentuh or rasa je diorang akan paksa kita beli atau bayar benda tu terus.
3) Cari teksi yang bermeter.
4) Kalau nak jimat, better bawa makanan dari Malaysia. Walaupun banyak kedai makanan halal kat sana, tetapi harganya boleh terbeliak biji mata woo!
5) Better keluarkan plastik kain yang dibeli utk packing dalam bag. Takut bila sampai di imigresen diorang akan minta 'charge' tertentu. Mungkin kalau nak elakkan imigresen yang cerewet & banyak kerenah, boleh ambil flight balik malam.
6) Berhati-hati dengan pick pocket. Jaga beg duit. Bagi perempuan better silangkan handbag anda.

0 comments:

Post a Comment