Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 15 November 2011

secebis perkongsian hati ini... :)

Salam alaik...

Lama betul tak singgah di blog ni...nampaknya sudah bersawang bercampur dengan hutan rimba skali..kih kih..well, harini saje je nak mencoret walaupun tanpa hala tuju yang jelas...minat untuk menulis tu ada, dan kadang-kadang banyak je idea nak tulis mengenai kehidupan sekeliling cuma sifat kemalasan untuk menaip tu menggunung lebih dari segala-galanya...aisshhh, nauzubillah...

Semalam ada tengok program jemputan umrah di oasis tv by Astro...ada seorang pesakit kanser tulang (bone cancer) ni maybe dalam tahap yang agak kritikal dah rasanya. Umurnya baru mencecah 16 tahun, namun begitu beliau sangat tabah dan redha dengan segala ketentuan Ilahi. Beliau tetap bersemangat meneruskan pelajarannya dan membantu ibunya membuat kerja rumah. Dihospital yang beliau menerima rawatan, ada sebuah yayasan NGO yang membantu menjayakan hasrat atau keinginan anak-anak atau pesakit. Dan mereka bertanyakan pada pesakit ini, apakah yang amat beliau hajatkan. Pesakit ini telah memberitahu bahawa beliau teringin untuk menunaikan umrah. Namun begitu, mereka memberitahu bahawa hajatnya terlalu besar dan memakan kos yang tinggi. 


Justeru itu, pesakit ini berkata bahawa beliau teringin sangat untuk berjumpa dengan Tun Mahathir Mohamad, mantan Perdana Menteri Malaysia yang ke-4. Selepas beberapa hari, beliau menerima berita gembira bahawa Tun sudi bertemu dengannya. Beliau berasa sungguh gembira dan kata ibunya, mereka lihat satu semangat lain dalam diri pesakit ini. Beliau makan dengan selera sekali dan wajahnya amat berseri-seri. Maka segala persiapan dibuat untuk bertemu dengan Tun. Pada hari kejadian beliau berbual panjang dengan Tun, malah beliau sempat bertanya pada Tun, sebagai seorang doktor adakah Tun boleh memberinya ubat untuk penyakitnya ini, dan Tun berseloroh mengatakan certificate doktornya sudah ditarik balik dan beliau hanya boleh berikan panadol sahaja padanya....dan semua yang berada di situ ketawa mendengarnya. Diakhir pertemuan mereka, Tun sempat berpesan padanya bahawa jangan sesekali berputus asa, sentiasa berfikiran positif dan BANYAKKAN MENULIS.  

Selepas daripada perjumpaannya dengan Tun, beliau (pesakit kanser) menulis kisah riwayat hidupnya sehinggan Tamat. Alhamdulillah hajat beliau utk ke Tanah Suci juga tercapai apabila terpilih dalam program Jemputan Umrah Astro sebelum menghembuskan nafas yang terakhirnya. Pada Febuary lalu, beliau telah menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi pangkuan keluarga. Semoga arwah ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Al-Fatihah.

Di sini kita boleh lihat bagaimana semangat seseorang pemimpin itu boleh menyinari hidup seorang yang lain amatlah dikagumi. Begitu juga denga kita, mungkin dengan hanya sedikit pertolongan atau senyuman ikhlas kita dapat membahagiakan hidup orang lain. Saya tertarik dengan nasihat yang diberikan oleh Tun, iaitu banyakkan menulis. Mungkin dengan menulis, otak kita akan sentiasa berfikir dan alert dengan persekitaran. Dan ia juga dapat menjana pemikiran yang kreatif dan kritis. Menerusi penulisan, kita akan lebih inginkan pengetahuan. ya, nasihat ini juga pernah sy dengar daripada bapa sy. Menulislah dari hati dan bukan kerana ingin membuatkan orang lain impress kepada kita. InsyaAllah lepas ni, jika idea datang mencurah-curah ingin nukilkan ia sepantas yang boleh. 


note: Tun Mahathir Mohamad juga merupakan idola dan pemikir yang saya kagumi di era ini. Teringin bertemu dengan Tun sebelum beliau menutup matanya. (^_^)



0 comments:

Post a Comment