Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday, 17 February 2013

Prakata pengembaraan ke Korea

Ini hanyalah plot imbas kembali sebulan dua sebelum berangkat ke Korea...

" YEAY...Alhamdulillah cuti sudah diapprovekan bos..." kata aku kepada Aini, partner in crime aku untuk perjalanan sebagai backpacker ke Korea.

First of all, apa itu backpacker?
Kepada sesiapa yang tak tahu, backpacker dalam konteks pengembaraan bermaksud satu bentuk perjalanan kos rendah, bebas antarabangsa. Ia juga boleh disama ertikan dengan pengembara jalanan. Ia termasuk penggunaan beg atau bagasi lain yang mudah dibawa untuk jarak jauh atau tempoh masa yang panjang, penggunaan pengangkutan awam; penginapan murah seperti asrama belia; tempoh yang lebih lama untuk perjalanan apabila dibandingkan dengan percutian konvensional; dan kepentingan dalam mengetahui budaya hidup penduduk tempatan serta melihat pemandangan.

 Trip ke Korea ni adalah pada awal bulan Februari 2013. Dari bulan dobelas (Desember 2012) lagi aku dah booking cuti awal-awal pada bos.....haha..awal tak aku mintak cuti...bila dah confirm dapat cuti baru la misi mencari kelengkapan ke sana bermula. Perjalanan kami ke sana adalah ketika musim sejuk...dari pertanyaan dan research-research yg aku buat, ramai yang cakap Februari is one of the coldest month during winter in Korea. So, aku hanya berserah dan tawakal je..*pada hal dalam hati ni Tuhan je yg tau* hewhewhew...

Sebenarnya tiket untuk ke sana telah dibeli setahun sebelum keberangkatan kami...tetapi aku tak la begitu excited sangat.. al-maklum la bak kata orang tua-tua, jangan seronok lebih satgi tak jadi bak hang..hehe

Setelah lebih 80 peratus persiapan siap, TIBA-TIBA ada meeting tergempar bersama bos-bos..
"Dimaklumkan bermula pertengahan Januari 2013 ni hingga ke Mac 2013 cuti semua DIBEKUKAN!! the reason is because of election just around the corner"...WHATTTTT...Mataku dh terbeliak, air liur dah terasa berpasir dgr ayat-ayat yang keluar dari mulut bos ni...oh noooo..apa aku nak bagitahu partner aku ni...haila..

Yo bos, you must be kidding rite..?!!

So nak tak nak, aku kena bersemuka dengan bos-bos ni untuk minta pelepasan. Dalam hati aku sangat-sangat la berdoa dapat pelepasan kalo tak burn je la duit flight & deposit hostel yg telah dibuat. Rugi woahh..tak nak aku...Perbincangan bersama bos-bos sgt memberangsangkan..the rest is history *hatiku berbunga-bunga riang, berlari-lari anak ke kiri dan kanan dambil mengibas-ngibas rambut...*

Jam berdetik...masa berlalu dengan begitu pantas. Tengok-tengok lagi seminggu je nak berangkat...adeyh, aku rasa bagaikan ada rama-rama dalam perut ni...makan tak lalu..
ooppss ni bukan la kes excited terlebey hokay..ni tandanya nebes...
mau taknya, first time nak travel ke luar negara tanpa parents lak tuh (nampak sgt anak manja kan..whatever..hehe)...& paling utama ialah FIRST TIME in my life travel as a BACKPACKER..pegi plak negara yang bukan  native speakingnya English plak tuh..haha..hamek ko..


p/s: I do not own this pic. credited to the owner.

Yosh, mari kita mulakan pengembaraan...lets make a first move to see the world..

0 comments:

Post a Comment