"Kakak, sini murah-murah..." Itulah ungkapan yang sering bermain di bibir peniaga di sekitar Ben Thanh Market dan Binh Tay Market bagi menarik perhatian pelanggan yang juga pelancong dari Malaysia. Ho Chi Minh, Vietnam bukanlah tempat asing bagi rakyat Malaysia yang ingin bershopping sakan selain di Bandung dan China. Ia merupakan syurga tekstil bagi penggemar kain bidang khususnya kain kapas atau cotton yang boleh didapati dengan harga yang jauh lebih murah.
Pada Jun lalu, saya dan kawan mengambil keputusan untuk ke Vietnam bagi memborong kain untuk persiapan raya. Bertolak ke Vietnam menggunakan penerbangan tambang murah Air Asia kami berlepas dari KLIA2 pada jam 12.00 tengah hari. Perjalanan hanya mengambil masa lebih kurang 2 jam lebih. Sampai je di lapangan terbang Ho Chi Minh, kami di sapa oleh seorang wanita sekitar 40-an, beliau mengingatkan kami supaya berhati-hati dengan penyeluk saku dan menyarankan agar kami silangkan handbag. Imigresen masuk tak banyak kerenah. Memandangkan kami seramai 4 orang, makanya kami ambil keputusan untuk ke hotel menggunakan teksi. Menurut pembacaan menerusi blog, ramai yang suruh berhati-hati ketika ambil teksi. So, akhirnya kami decide ambil teksi airport sebab kita akan terus bayar di kaunter ikut rate yang telah ditetapkan. Kita akan diberi coupon dan pergi ke teksi yang sedang menunggu.
Selama 4 hari 3 malam kami di sini, kami menginap di Hoang Hai Long 2 Hotel dan Saigon Pink 2 Hotel yang terletak di District 1, di mana kedua-dua hotel ini adalah bersebelahan. Kenapa ada dua hotel? Sebenarnya pada mulanya hanya tiga orang je yang confirm, tapi tiba-tiba last minit adik pula nak ikut. So, terpaksa la saya booking satu lagi bilik, tapi bilik di hotel saigon pink 2 dah penuh, so terpaksa la ambil bilik di Hotel Hoang Hai Long 2. Hotel-hotel ini saya tempah menerusi agoda.com.
pic: credit to agoda.
Well not bad juga la biliknya. Yang bestnya kedua-dua hotel ini berhadapan dengan kedai makan halal iaitu kedai makan Hajah Basiroh. So, turun je boleh terus makan.
pic: credit to agoda.
pic: credit to agoda.
Nak cari makanan halal di Ho Chi Minh tak la susah pun, sebab banyak peniaga Melayu Champa yang berniaga buka kedai makan. Tetapi, harganya boleh tahan la juga...cuma, makanan di kedai makan Hajah Basiroh ni jauh lebih murah compare dengan kedai-kedai lain. Kat Vietnam ni wajib minum kopi susu diorang tau...pergh mantop sangat sedap hokayyy...
Setiap hari kena beli ni...addicted sungguh.. ^^,
Disebabkan kami sampai sana lepas zohor, makanya hari pertama tu tak de la aktiviti sangat, just pergi ke Ben Thanh Market untuk usha-usha tengok kain dan mark kedai-kedai yang agak murah. Tapi serius, masuk je Ben Thanh korang tak rasa macam berada kat negara luar pun, sebab ramai pengunjung-pengunjungnya adalah rakyat Malaysia. So just senyum dan say hai.. :)
Ben Thanh Market ni kalau tak silap beroperasi dari pukul 10 pagi hingga pukul 6 petang. So, lepas pukul 6 petang, diorang akan set up gerai di luar bangunan seperti pasar malam. Pasar malam ni ada setiap malam dan di sini ada menjual baju-baju kurung, telekung dan macam-macam lagi. Tinggal pilih je..
Merentasi Sungai Mekong yang agak bergelora selepas hujan. Dah la diorang tak bagi pakai life jacket pun. Sumpah time ni sangat cuak. Cheq ni bukannya reti berenang pun. Mengucap banyak-banyak weh. Tapi alhamdulillah semuanya selamat.
Merasai teh madu
Sempat naik kereta keldai
Menaiki sampan menyelusuri Sungai Mekong
Bergambar berlatar belakangkan Sungai Mekong yang terbentang luas
Di kilang ni boleh tempah jubah lelaki dengan harga RM85 sepasang termasuk kain & upah jahit.
Kalau ada yang berminat nak ambil tour Sungai Mekong boleh la hubungi En. Shafie di talian +84 128 4267675 atau +84 164 6999295. WhatsApp pon boleh.
Ini namecard kilang yang menawarkan tempahan jubah dengan harga RM85 sepasang.
Salam kak..bole tahu kat mana n ap nama kilang yg boleh tempah jubah tu?thnks in advanced :D
ReplyDeleteAyas Inayat: Wslm. sorry lambat reply..nama kilang tu xsilap DANNY'S SHOP ni no phone dia +84 98 994 9910..nnti sy tampal namecard yg ada alamatnya ya..
ReplyDeleteAssalamualaikum..nak tanya, harga tour ke mekong tu per kepala ke atau untuk group?
ReplyDeleteFESYEN MUSLIMAH: Waalaikumsalam. 35usd per head
Deleteboleh tau tak name tour travel tu
ReplyDeleteAnuar champa travel tak silap
Delete