Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday 12 February 2015

Belasungkawa Nik Aziz Nik Mat dan Hasbullah Awang

Assalamualaikum w.b.t

Innalillahi wa Inna Ilaihi Rojiun.....

Tokoh Agama

Hari ini iaitu pada tanggal 12 Februari 2015, jam 9.45 malam, malam Jumaat....Malaysia dikejutkan dengan pemergian Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat kembali ke rahmatullah. Umum mengetahui bahawa sejak akhir-akhir ini kesihatan TGNA agak merosot. Dan malam ini beliau telah dijemput Sang Pencipta. Sungguh hati ini terasa amat sayu dengan pemergian beliau. TGNA merupakan tokoh agama dan pemimpin yang amat disegani dan disayangi rakyat serta lawan.Perjuangannya dalam menegakkan agama Islam dan berdakwah fisabilillah betul-betul meninggalkan kesan di setiap hati masyarakat Islam di negara ini khususnya rakyat Kelantan. Sungguh bertuah sesiapa yang dapat menuntut ilmu dengan TGNA. Semoga ayahanda tenang bertemu Ilahi. Damailah dikau di sana.

 Credit to Harian Metro

Tokoh sukan

Manakala, pada jam 12 tengah hari pada hari yang sama, Malaysia turut kehilangan pengulas sukan terkenal iaitu Allahyarham Datuk Hasbullah Awang. Siapa tidak kenal dengan arwah. Setiap kata-katanya ketika mengulas sukan sangat unik dan memberi impak kepada pendengar. Antara ulasannya yang akan tetap dikenang peminat sukan tanah air adalah,
1. “Bersilat nampaknya Mat Yo di situ” – Piala AFF Suzuki;
2. “Satu rembatannn...ooo...terkena palang...sayang sekali...palang menjadi penghalang”;
3.“Ahhhhh sayang peluang di depan gol dipersia-siakan oleh pemain yg berasal dari Kajang...bersekolah di Taiping dan di besarkan di Johor...mendapat 8A dalam SPM dan makanan kegemaran nasi ayam…” - skali dengan result SPM & mknn kegemaran dia tau...tu maksudnya dia buat homework..itu lah org lama, mereka bekerja dgn penuh dedikasi & 'with pride'..

 credit to the owner

Semoga kedua-dua tokoh ini di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman. Marilah kita sama-sama sedekahkan Al-Fatihah buat kedua-duanya. Al-Fatihah.

Ø¥ِÙ†َّا Ù„ِÙ„ّÙ‡ِ ÙˆَØ¥ِÙ†َّـا Ø¥ِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعونَ
بِسْــــــــمِ اٌللَّÙ‡ِ اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْـــــــــمِ
Ø£ٌلحَÙ…ْدُÙ„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِ اٌÙ„ْعَÙ„َÙ…ِينَ*اٌلرَّØ­ْÙ…َÙ†ِ اٌلرَّØ­ِÙŠْÙ…ِ*Ù…َÙ„ِÙƒِ ÙŠَÙˆْÙ…ِ اٌلدِّÙŠْÙ†ِ*Ø¥ِÙŠَّاكَ Ù†َعْبُÙˆْدُ ÙˆَØ¥ِÙŠَّاكَ Ù†َسْتَعِÙŠْÙ†ُ*Ø¥ٌÙ‡ْدِÙ†َا الصِّرَØ·َ اٌÙ„ْÙ…ُسْتَÙ‚ِÙŠْÙ…ُ*صِرَØ·َ اٌÙ„َّØ°ِÙŠْÙ†َ Ø£َÙ†ْعَÙ…ْتَ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِّÙ…ْ غَÙŠْرِاٌÙ„ْÙ…َغْضُبِ عَÙ„َÙŠْÙ‡ِÙ…ْ Ùˆَلاَ اٌلضَّآلِّينَ*آمِـــــــــين*

0 comments:

Post a Comment