Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 22 February 2015

The First Nature Republic

Episod sebelum: Habbatus sauda, minyak zaitun

Hola..Hola...

Happy Chinese New Year and happy holiday to all... ^_^

Okeylah. Mari kita sambung kembali rahsia produk penjagaan muka yang memberikan kulit yang bersih dan glowing (bak kata kawan saya)...Jeng jeng jeng....

<<

<<

<<

Ianya adalah produk The First daripada Nature Republic.


Pencuci muka. 

 Gambar kiri, toner dan gambar kanan adalah essence.

 Moist steam cream.
Tapi ini bukan lah dalam kategori yang sama dengan The First ye. 
Sebenarnya saya beli moist steam cream ni ketika berkunjung ke Korea tempoh hari. Waktu tu musim winter, kulit rasa macam kering, so bila tengok ni macam bagus untuk melembapkan kulit menyebabkan saya mengambil keputusan untuk mencubanya. Baunya pun best.

 Cream The First.
Yang ini saya beli selepas moist steam cream di atas telah habis. 
Order melalui Qoo10. Stock adalah dari Korea terus, so, harganya lebih murah compare dengan yang dijual di kedai Nature Republic di Malaysia. 
Setiap kali saya memerlukan stock baru, memang beli terus dari Korea, samada saya pesan kepada rakan yang ke sana ataupun just guna Qoo10 ni je.

Hmmmm...agak-agaknya, macam mana la saya terjebak boleh beli produk ni kan? Waktu pergi Korea haritu saja je nak try cari essence yang macam SKII...ye la nak beli SKII  tak mampu kennnn.. >_<
Waktu ni Nature Republic baru je keluarkan The First Essence.

Waktu tu packaging dia macam ni. So, at the same time kita boleh cuba yang lain-lain ni juga.
Kalau beli produk kosmetik atau penjagaan muka di Korea, mereka selalunya akan bagi free gift. Itu la yang paling best. Dan saya diberikan beberapa paket kecil bubble cleanser The First. 
Wah teruja sangat...

Paling best produk ini adalah ianya bebas paraben, menggunakan MD Water dan not tested on animal. Produk The First ini lebih kepada untuk mencerahkan tona kulit secara semulajadi dan melembapkan kulit. Selain itu, ia juga untuk mengawal kulit berminyak dan melembutkan serta menghilangkan kulit kusam. Disebabkan bahan-bahannya terdiri daripada ekstrak tumbuh-tumbuhan dan bahan semulajadi, keberkesanannya bukanlah serta-merta tetapi adalah secara perlahan-lahan. Mungkin penggunaan selepas 2 minggu baru ia akan menunjukkan hasil yang terbaik dan diingini. Kini dah hampir 3 tahun lebih juga saya pakai produk ni. Alhamdulillah nampak perubahannya.

Untuk nampak keberkesanannya kita mesti la rajin ye. Cuci muka dua kali sehari iaitu selepas bangun pagi dan sebelum tidur. Cuci muka sebelum tidur tu sangat penting kerana di waktu siang kita terdedah kepada habuk dan kekotoran ketika buat aktiviti luar, so better bersihkannya sebelum tidur. Lagi satu, waktu tidur tu la sel-sel kulit nak berehat.

Langkah-langkah pemakaian produk ini adalah:-

1) Cuci muka dengan fermented bubble cleaser The First
2) Pakai clear toner dengan meletakkannya di atas cotton pad
3) Pakai The First Essence
4) Disusuli dengan emulsion
5) Langkah terakhir adalah pakai cream

Gambar kiri diambil ketika belum mencuba produk The First, manakala gambar kanan selepas mencuba produk The First selepas 10 bulan. *abaikan ketembamam pipi itu*

Kalau ikut step tu semua nampak renyah kan....tapi kalo nak jaga kecantikan kulit haruslah rajin ye. Kadang-kadang ada juga masa kita malaskan...so saya akan pakai sampai step ketiga je..Jika ada yang teringin nak cuba dan beli produk ini boleh la ke outlet Nature Republic Malaysia yang terdekat. Outlet di sekitar Selangor, kalau tak silap saya anda boleh pergi ke:

1) Sunway Pyramid - Subang
LG1.89 Lower Ground One
(03-56221024)

2) One Utama - Petaling Jaya
Lot S201,Second Floor
(03-77223128)

3) IOI City Mall - Putrajaya
(03-83280724)
 

Untuk mengetahui lebih lanjut, sila rujuk Facebook Nature Republic Malaysia: naturerepublicmalaysia

2 comments:

  1. Hai..can i ask u? mcm mne cre2 nk order brg kosmetik direct from korea? hope u can give me the answer

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hai shaidatul athirah,
      I order kosmetik direct from korea guna website Qoo10
      https://m.qoo10.my

      Delete