Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 22 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 1 & 2: Fuji Shibazakura Festival, Lake Yamanakako & Gotemba Premium Outlet

Prelude

22 Januari lalu....

"Kawan2, jom pegi Jepun bulan April ni!!! anyone? Penyakit 'gila' aku datang dah....Nak layan bunga sakura plak..Parents tak lepas pergi solo..sobness T_T"

Itu status yang aku muat naik di laman Facebook ku dengan harapan ada la yang teringin ajak aku travel bersama..mauahaha..nampak sangat muka tak malu kenzz...maafkan iols ye..

and the rest is history

Tanggal 1 Mei 2015, maka berangkatlah aku ke negara matahari terbit. Yeahhhuuu....
Dub dab dub dab.... woahhhh....itu la perasaan aku ketika mula-mula melangkah masuk ke Airport Narita. First time berada di negara matahari terbit. Macam tak percaya pula. Trip kali ini aku hanya menyelit trip orang je sebenarnya. So, untuk itinerary sepanjang di Jepun ni aku serahkan bulat-bulat kepada kawan aku iaitu Athirah sebabnya aku hanyalah pengikut sahaja kali ini.

Sampai je di Airport Narita, kami pergi beli JR Kanto Pass sebelum adik Athirah, Fikri yang kerja di Jepun ambil kami berempat.

Angin malam tu sungguh dingin dan best sangat. Sepanjang di Jepun kami tinggal di rumah rakyat Malaysia yang bekerja di Kanagawa. Rumah diorang ni kecil dan comel je. Sampai malam tu just berehat sebab esok pagi tu kami akan ke Shibazakura Festival dekat dengan Mount Fuji. Oh sangat tidak sabar sebab.....aim utama aku kali ini adalah nak tengok shibazakura berlatarbelakangkan Mount Fuji.

 Makhluk comel di rumah Aimi (kawan fikri) sambut kami dengan begitu excited sekali sampai asyik nak menerkam je. Oh ye, makhluk comel ni namanya Chombi. Comels sangat kan..Aimi waktu ni tak ada kat rumah sebab balik Malaysia.

Esok tu, tak silap aku, kami bergerak dalam pukul 6.30-7.00 pagi juga la sebab takut stuck dalam jam, al maklum la time kami pergi tu Jepun tengah cuti Golden Week. Perjalanan nak ke Fujikawaguchiko dari Kurami lebih kurang dua jam juga la naik kereta.

 Ohaiyou gozaimasu
Belakang tu adalah rumah Aimi, tempat penginapan kami sepanjang di Jepun.
Comel ngat2 aihhh...


 Waktu nampak puncak Gunung Fuji ni dari jauh betul-betul buatkan aku sangat excited. Subhanallah, cantiknya......

 Muka masing-masing excited dah sampai.

Kita brunch dulu sebelum hiking ke atas..Hiking la sangatkan hiks...

Nak masuk ke Fuji Shibazakura Festival ni kena bayar dalam 520 yen.
Festival ni berlangsung dalam certain time je ketika musim spring. Untuk tahun 2015 ni, shibazakura start dari 18 April 2015 sehingga 31 Mei 2015. Waktu kami pergi ni shibazakura tak full bloom lagi. Diorang jangkakan shibazakura full bloom seminggu selepas time kami pergi ni..sob3x..
kalau nak ke sini, boleh rujuk website di bawah ye:



Iols sangat sangat sangat suka gambar ini....tapi sedih puncak Gunung Fuji malu-malu nak tunjukkan diri. Tak pe lain kali aku pergi lagi..muehehehe..

 Dari kiri, aku, Maira, Athirah dan Syikin.


Lepas dah bergambar dan pusing-pusing sekitar taman shibazakura, kami meneruskan perjalanan ke Tasik Yamanakako. Jom kita terjah...

 Oh sungguh tenang di sini...tapiiii....sejukkkk...

 Waktu kat Lake Yamanakako ni sangat best sebab kami dapat tengok sunset berlatarbelakangkan Gunung Fuji dan seekor swan...Subhanallah cantik ya amat..

Perjalanan kemudian diteruskan ke Gotemba Premium Outlet. Jangan ditanya macam mana nak ke setiap tempat di sini ye, maaf iols tak tau kerana kami ada driver kami sendiri...gittuu...Driver dan guide kami seharusnya rakyat Malaysia yang bekerja di sana. Terima kasih banyak-banyak sanggup bawa kami ke hulu ke hilir.

 Gotemba Premium Outlet

Untuk muslim, jangan risau, di Gotemba Premium Outlet ni disediakan tempat untuk bersolat ye.

p/s: sila jangan muntah dengan gambar selpie kitorg ye..hiks.. >____<

Tips:

1) Jika nak tengok shibazakura, disarankan better pergi di luar waktu cuti Golden Week. Ini kerana, waktu cuti Golden Week orang tersangat la ramai, mana taknya, kita kena berebut dengan local people dan tourist lain juga.

2) Untuk ke Fuji Shibazakura Festival boleh juga naik public transport menggunakan train atau bas dari shinjuku. Boleh rujuk website ini: shibazakura access




0 comments:

Post a Comment