Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 24 June 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 3: Hitachi Seaside Park, Ibaraki

Di Jepun sunrise awal dan setiap hari waktu terjaga dari tidur mesti la asyik terkejut je kot terbabas tidur...yer la wehs, bangun-bangun je matahari dah naik tinggi..pukul 5 pagi kat Jepun dah macam pukul 9-10 pagi kat Malaysia tau...cerah bukan main lagi..mau tak tokojut den..bangun pagi tu tengok news rupanya ada gempa bumi dekat Kepulauan Izu..tak la jauh sangat dari tempat penginapan kitorg. Tapi boleh tak sedar or rasa apa-apa pun..nampak sangat memasing tidur mati..kah3x..

Disebabkan semalam (hari pertama) tu kami balik ke rumah dah tengah malam makanya kami decide untuk start our journey on the 2nd day tu lewat sikit la..kalau ikutkan plan, kami nak bertolak pukul 6 pagi ke Ibaraki...tapi seriously semua memang tak larat, so kami minta untuk bergerak dalam pukul 8 pagi. Disebabkan keluar lambat di hari minggu pada cuti Golden Week, kami stuck dalam jam lebih kurang 5 jam nak sampai ke Ibaraki tu...hameks ko!!! Bangun tidur bangun tidur dalam kereta tak sampai-sampai lagi..dah macam balik Kedah dari KL. Kitorang yang penumpang ni tak pe la, kesian kat driver xrasmi kitorg tu je la...muehehe

Kami sampai kat Hitachi Seaside Park ni dekat pukul 2-3 lebih kalau tak silap, padahal pukul 4 lebih dah nak tutup dah taman ni. hadoi la...Ok admission fee untuk Hitachi Seaside Park adalah 410 yen.
Boleh rujuk website berikut ye: Hitachi Seaside Park

Kenapa teringin sangat nak ke sini ye??? Ngeh3x....

Nah layankan gambar di bawah...



 Dalam lautan bunga nemophila

 Kami di ladang rapeseed...
Oh rapeseed...kerana dikaulah aku demam sepanjang percutian di Jepun kali ini...sob3x.. T_T
Lepas melawat taman ni terus demam malam tu..start dengan selesema then gatal tekak pastu demam..nasib baik bawa cool fever..setepek kat dahi 2 malam...adakah sebab alahan kepada pollen? Wallahualam...tapi pernah terbaca dlm blog, diorg cakap pollen rapeseed mengandungi allergens (sila google sendiri maknanya, jgn malas please >_< ) di mana ia akan memberi kesan alahan kepada sesetengah individu yang boleh mengakibatkan hay fever...lepas ni kalo jumpa rapeseed mungkin dah tak boleh nak dekat la...wuwuwu...kenangan 1st time demam time travel..sangat tak best..tak boleh nak menikmati percutian dengan semaksimum mungkin..


Seharusnya main purpose kitorg ke sini adalah nak tengok tulips ini...nak fefeling dok Belanda katakan...kikiki


haaaaa...!! cantik tak tulip-tulip itu...siap ada kincir angin lagi...dah rasa macam kat Keukenhof, Netherlands... ^________^

Lepas dah bersiar-siar sekitar taman ini, kami bergerak ke restoran pokok pisang untuk dinner dan berjumpa dengan Malaysian community yang baru lepas perlawanan persahabatan bola sepak. Meriah tau c'uols...tapi maaflah takde gambar coz waktu ni aku dah start rasa tak sedap badan...ngeee..

0 comments:

Post a Comment