Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday 13 August 2015

Travelog Jepun (spring) - Hari 8: Osaka museum of housing and living

Sebelum pulang ke Tokyo hari ini, kitorg singgah di  Namba dan Dotonbori untuk rasa takoyaki yang sedap.  Tapi sebelum tu, destinasi pertama kitorg adalah ke Osaka museum of housing and living untuk mencuba baju tradisional Jepun iaitu kimono. Tak sah la kalo datang ke Jepun tak cuba baju tradisional diorang kan. Bayaran yang dikenakan untuk masuk ke muzium dan cuba baju tradisional berbeza tau. Admission fee untuk ke muzium adalah 600 yen, manakala untuk cuba kimono selama sejam pula adalah 200 yen per person.

Untuk maklumat lanjut boleh check link ini: Osaka Museum of Housing and Living


 Dok fefeling orang Jepun lettew..hiks  >_<




Lepas tu kitorg bergerak ke Namba dan Dotonbori nak shopping & cari makan buat kali terakhir di Osaka. Ini kerana, petang ni kitorg dah nak balik ke Tokyo dah. Kitorg pergi balik kat tempat glicoman semalam tu. 

Di Namba Park.


Bunga-bungaan di Namba Park.

Waktu kitorg nak berangkat ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kansai, terjadi beberapa insiden tau. Kat stesen subway Nakazakicho, lokar simpan beg tiba-tiba tak boleh buka. Cemas giler hanya Tuhan je yang tau sebab waktu tu kitorg dah terlambat nak ke aiport. Karang kena tinggal flight tak ke naya kan.  Dah la check-in bagi flight domestik hanya boleh dilakukan di kaunter yang ditutup setengah jam sebelum berlepas. Kitorg panggil la org yang jaga kaunter train tu tolong kitorg kan, tapi boleh plak dia cakap tak tau nak buat macam mana. Whuawhuawhua....mamp**....

Lepas dah settle, dengan kesuntukan masa, apa lagi bermulalah adegan lari pecut macam dalam rancangan 'Amazing Race'. Sampai ada la salah seorang daripada kitorg yang tersungkur di tangga eskalator. Hish jahat tau gelakkan orang..tapi serius waktu tu cemas plus lucu kot...xtau nak buat reaksi apa. Aku cakap kat diorang, ni la first time waktu travel aku masuk acara lari pecut. Macam nak tercabut kaki tau. Hahahaha...Tapi yang leganya bila sampai kat airpot, jadual flight tulis kata delay. Syukur sangat waktu tu walopon memang tak cukup nafas dibuatnya.

0 comments:

Post a Comment