Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 6 December 2015

Travelog Melbourne: Hari 1 & 2: KUL-MEL, Sea Life Aquarium Melbourne, Harbour Town, DFO

Assalamualaikum.

Seperti yang diketahui, saya dan kawan2 baru sahaja pulang dari roadtrip ke South Island, New Zealand. Kami mengambil Melbourne sebagai tempat transit sebelum ke Christchurch, New Zealand. Nak kata transit tu tak la sangat sebabnya dalam 2-3 hari juga la kami di Melbourne ni. Tujuan singgah di Melbourne adalah kerana saya tak pernah lagi menjejakkan kaki ke Melbourne dan kebetulan waktu tu AirAsia ada buat promosi tiket flight. Apa lagi saya grab je la kan..alang-alang boleh cover dua negara dalam satu trip. So trip kali ni adalah yang paling lama pernah saya pergi iaitu selama 16 hari.

Kami bertolak dari klia2 ke Melbourne menggunakan penerbangan AirAsia pada pukul 1.20pm dan memakan masa lebih kurang 7-8 jam untuk sampai ke Melbourne. Kami tiba di Melbourne pada pukul 00.30am waktu tempatan. Beza waktu antara Melbourne dan Malaysia adalah 3 jam awal.

Sampai je Airport Melbourne macam biasa lah hatiku berdebar2 nak melepasi kastam & immi diorg. Al maklum la seperti yang diketahui, immi & kastam Oz ni strict & banyak kerenah skit lagi2 kalau masuk bawa makanan tertentu. Hati dah dup dap dup dap...sampai je giliran kami alhamdulillah smooth je nak masuk kali ni walaupun bawa banyak makanan. Yang penting kena declare everything ye termasuk la ubat-ubatan & sport equipments. Mungkin satu lg kerana kami sampai dah tengah malam so diorg malas nak check lebih2 kot. Cumanya waktu kat kaunter diorg akan tanya what kind of foods that you bring. Kalo xde yg meragukan diorg kasi lepas sajor... ;)

Untuk penginapan sepanjang di Melbourne saya tempah di Melbourne Central YHA yang terletak di Flinders Street. YHA ni terletak berhampiran dengan Southern Cross Station. Dari airport kami ambil skybus return ticket berharga 32AUD (ni harga promosi ye kerana kitorg in group. Selalunya harga dalam 36AUD return) untuk ke Southern Cross Station. Dari Southern Cross station kami ambil teksi ke YHA walopon sebenarnya jarak antara kedua-dua tempat ni just sekangkang kera tapi disebabkan kami dah keletihan & mamai makanya kami decide ambil teksi sajork. Menurut lady yg kerja di kaunter skybus, tambang taxi utk ke YHA dari Southern Cross station hanyalah 10AUD. Tapi pepagi buta tu kitorg kena scam..25AUD..kurang asam betul..yg kitorg ni plak menonong je bayar..dah mamai katakan..dangg.

Keesokan harinya kami ambil keputusan untuk jalan-jalan sekitar CBD je. First tempat yang kami pergi adalah Sea Life Aquarium Melbourne yang terletak berdekatan dengan tempat penginapan kitorg. Btw, YHA ni terletak berhampiran dengan Docklands dan Crown Casino. Restaurant berdekatan pula adalah Nandos. Nandos kat sini ada Australia halal certificate.



Bilik di rooftop Melbourne Central YHA

Penguin dalam sangkar 

Obor-obor

Kuda laut


Lepas dah pegi aquarium tu kami meneruskan perjalanan ke Harbour Town Melbourne dan DFO Melbourne pula. Nak ke sini kami kena cross jambatan di Yarra River. Waktu ni hujan renyai2 so tak berapa best nak jalan2.



Antara jenama yang ada di DFO.

Lepas dah pergi cuci mata kitorg pun balik la ke hostel dulu utk solat. Lepas tu ambil keputusan nak keluar balik untuk pusing-pusing CBD naik trem free. Kitorg duduk dalam trem tu sampai lengkap satu pusingan. kih3x...

 Station free tram betul2 terletak di depan hostel kami.
Sila naik tram yang agak2 classic camni ye kerana yang classic mcm ni adalah percuma. 

Bangunan Parlimen Melbourne.

 Makan malam di Nandos.

0 comments:

Post a Comment