Pages

Ads 468x60px

Labels

Thursday, 7 April 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 3 - Queenstown (Luge ride, Glenorchy)

11/11/2015

Harini kitorg plan nak buat aktiviti di sekitar Queenstown. Mula-mula kitorg ke skyline gondola untuk main luge. Harga untuk tiga kali ride luge dan tiket gondola return dalam NZD48/person. Yang main luge hanyalah 4 orang coz yang lain-lain tu just naik gondola dan pusing-pusing kat atas tu je.

 Lake Wakatipu..



 Bergambar di balcony Butterfli Lodge..belakang tu Lake Wakatipu..cantik woih...sumpah wa tak tipu punyerr...baju tu tak menahan...patriotik sangat ko!!! HaHaHa

 Posing dulu sebelum naik gondola di skyline

 View bandar Queenstown dari dalam cable car...cantiksss...

 Ledge Bungy Jump
Pemandangan Queenstown dari Bob's Peak




 Naik chairlift untuk ke tempat luge..dah la sejuk kat atas ni..tetibe time nak turun chairlift ni kaki kejang...hahaha..sakit ya amat...lepas tu time nak repeat naik benda ni kitorg regang2kan kaki untuk elak cramp..

Lumba jangan tak lumba...

video

 Video luge ride in Queenstown

Lepas dah main luge, perut dah mula berkeroncong minta diisi. Makanya kami ambil keputusan untuk ke bandar Queenstown untuk lunch. Plannya nak makan fish & chips yang ramai blogger2 dok try sebelum ni. Malangnya semua kedai2 tu dah tutup rupanya. sob3x...So kitorg mencari-cari la kot2 ada tempat makan lain. Terjumpa sebuah mall di tengah-tengah bandar ni yang kebetulan ada kedai kebab halal. Tak silap nama mall ni O'Connells Shopping Centre yang terletak di Corner Camp and Beach Streets. Nak cari mall ni agak tricky sikit sebab mall tu tak nampak macam mall pun (bagi aku la kan)...sebab macam yang kita tahu mall ni mesti la tinggi gittew..tapi mall kat sini idoklah sebegitunyer...Bangunan dia sederet dengan kedai-kedai lain. Tak tinggi pun. Tapi dia ada macam tingkat2 bawah tanah. Kena turun guna escalator dan kedai kebab tu ada kat sebelah kanan tak silap.  

 Cari tanda yang warna hijau tu kat luar...*sorry gambar kabur ambil dari tenet je*

kedai yang warna merah tu ada jual kebab halal.

Berposing di tempat wajib di Queenstown..hahaha...kat deretan belakang kedai-kedai tu ada jual souvenir. Nak murah boleh cari kat kedai DFO.

Dah habis makan kitorg decide nak pergi Glenorchy. Sebelum bergerak ke Glenorchy kena isi minyak penuh-penuh dulu. Harga minyak di New Zealand ni tak tetap boleh berubah hari-hari dan setiap station minyak kadang-kadang tak sama pun harganya. So pilih yang mana berkenan di hati. Kat Glenorchy susah nak jumpa station minyak. Tak silap ada satu kecil je station minyak tu.

 On the way nak pergi Glenorchy







Pekan kecil Glenorchy


Waktu ni kitorg saje je la berhenti kat depan tempat ni nak ambil gambar. Tetibe kan pintu pagar kayu tu terbuka dengan sendirinya.. Aku apa lagi terkejut la weh terus lelaju masuk kereta blah dari sana. Hahaha.. risau wehs..teringin nak masuk tapi risau takut kena charge trespassing plak kan..tak memasal kena denda ke apa ke nanti...huk3x..

Di sini disertakan link Butterfli Lodge, Queenstown kepada yang berminat: http://www.butterfli.co.nz/

2 comments: