Selepas puas berehat, malam tu kitorg decide nak mendobi dan stargazing. Sambil tunggu dobi baju, kitorg lepak kat bangku menghayati suasana malam yang sejuk dan nyaman di Lake Tekapo. Serius lawa bintang-bintang waktu malam tu dan kadang-kadang ada meteor melintas. Terus aku acah-acah diorg "weh buat wish wehs" ahahaha...Waktu tu kalau buat unggun api sambil menikmati suasana malam tu mesti sangat best. Untuk pengetahuan korang la kan Lake Tekapo merupakan salah satu lokasi terbaik untuk stargazing dan cari milky way. Tempat feveret semua pelancong adalah kat Church of The Good Shepherd.
Kitorg decide start stargazing pukul 12 tengah malam. Suhu waktu tu jatuh 9 degree celsius...perghhh sejuk..kejung woihh..tapi kitorg ni jenis spesies yang gigih gittew sanggup berstargazing sampai pukul 2 pagi dan antara orang paling akhir blah...hahaha..
Keesokan hari selepas breakfast, kitorang gerak ke Mount Cook tapi singgah ke Church of The Good Shepherd balik sebab nak tengok lupins. Dari Lake Tekapo nak ke Mount Cook dalam sejam lebih. Sebelum sampai ke Mount Cook kita akan terjumpa dengan Lake Pukaki dulu. Memang terbaiklah view sepanjang jalan...perghhh..rindu..
Ada banyak walking track untuk lihat Mount Cook dengan lebih dekat. Kitorg masuk ke area Hooker Valley track. Ini the longest track kot sebab ambil masa 3 jam pergi balik (tambah lagi satu jam kalau start dari the village). Kalau track lain tak la lama macam ni. Disebabkan kitorg tak segigih mana untuk trekking lama-lama (kah3x), kitorg hanya sampai ke Mueller Lake Lookout je. Then singgah sekejap kat Alpine Memorial just dalam track yang sama gak.
Ikut plan lepas pergi Mount Cook kitorg plan nak ke High Country Salmon Farm yang terletak di State Highway 8 dalam lapan minit dari Lake Pukaki. Tapi waktu tu dah dekat pukul 5 petang so tak sempat la nak pergi sebab time aku pergi spring tu diorg tutup pukul 5 ptg. So kitorg decide nak ke Mount Cook Alpine Salmon Farm yang terletak betul-betul depan Lake Pukaki dan sebelum simpang masuk ke Mount Cook. Aku beli ikan salmon berat hampir 1kg dengan harga nzd38.
So perjalanan diteruskan pula ke Cromwell. Hajat di hati nak makan aiskrim buah yang famous tu. Sayangnya waktu sampai sana dah hampir malam dan kebanyakan kedai pun dah tutup. Time tu pun perut dah mula berkeroncong dan terasa nak pergi toilet, so kitorg berhenti la dekat area kedai-kedai depan tugu buah-buah (eh ye ke org panggil tugu? ahh blasah je la..harap korang faham la ye..hik3x).
Kat Cromwell ni ada satu kedai makanan halal. Kedai kebab Turki. Siap ada logo halal lagi kat depan kedai dia. Waktu ni kitorg minta nak tumpang solat dulu dan tuan kedai dengan baik hati benarkan kitorg tumpang. Ambil air sembahyang kat public toilet then masuk kedai tu solat. Lepas solat kitorg makan malam siap-siap kat situ. Lepas tu kitorg gerak ke Queenstown. Kitorg sampai sini dah malam tapi kedai-kedai di Queenstown masih beroperasi. Tak la sunyi sangat malam-malam.
Malam ni kitorg tidur kat Butterfli Lodge, Queenstown. Pergh satu hari merayap. Badan pun dah penat. Sampai je kat Butterfli Lodge tengok kawan-kawan yang lain tengah prepare nak makan malam. Kitorg tak makan pun la sebab dah kenyang just lepak borak-borak je ngan diorg. Oh ye dari Lake Tekapo tu kitorg gerak lambat dari diorg sebab diorg berkejaran nak berhenti singgah ke Wanaka. Kitorg tak singgah pun sebab kitorg akan bermalam di Wanaka hari ke-8 nanti.
Kitorg decide start stargazing pukul 12 tengah malam. Suhu waktu tu jatuh 9 degree celsius...perghhh sejuk..kejung woihh..tapi kitorg ni jenis spesies yang gigih gittew sanggup berstargazing sampai pukul 2 pagi dan antara orang paling akhir blah...hahaha..
Stargazing
Ni group aku bersama dengan dua orang awek Jepun..
Ni sedikit info track yang ada sekitar Mount Cook: http://www.doc.govt.nz/parks-and-recreation/places-to-go/canterbury/places/aoraki-mount-cook-national-park/things-to-do/tracks/aoraki-mount-cook-village-walking-tracks/
Dikelilingi bunga-bunga lupins...
Pemandangan Lake Tekapo
Mount Cook Alpine Salmon Farm
So perjalanan diteruskan pula ke Cromwell. Hajat di hati nak makan aiskrim buah yang famous tu. Sayangnya waktu sampai sana dah hampir malam dan kebanyakan kedai pun dah tutup. Time tu pun perut dah mula berkeroncong dan terasa nak pergi toilet, so kitorg berhenti la dekat area kedai-kedai depan tugu buah-buah (eh ye ke org panggil tugu? ahh blasah je la..harap korang faham la ye..hik3x).
Ni ha tugu buah-buahan tu..dekat area tu ada deretan kedai-kedai. Nak makanan halal cari kedai kebab Turki..sedap dan owner dia pun baik.. :)
Malam ni kitorg tidur kat Butterfli Lodge, Queenstown. Pergh satu hari merayap. Badan pun dah penat. Sampai je kat Butterfli Lodge tengok kawan-kawan yang lain tengah prepare nak makan malam. Kitorg tak makan pun la sebab dah kenyang just lepak borak-borak je ngan diorg. Oh ye dari Lake Tekapo tu kitorg gerak lambat dari diorg sebab diorg berkejaran nak berhenti singgah ke Wanaka. Kitorg tak singgah pun sebab kitorg akan bermalam di Wanaka hari ke-8 nanti.
0 comments:
Post a Comment