Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 10 April 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 4 - Arrowtown, Drift Bay & Milford Sound Lodge

Hari seterusnya kitorg check out dari Butterfli Lodge dan ke Arrowtown dulu sebelum menuju ke Milford Sound Lodge melalui Te Anau. Kebiasaannya ramai yang akan bermalam di Te Anau sebelum ke Milford Sound. Tetapi memandangkan kami dah tempah jucy cruise Milford Sound pukul 9 pagi dan perjalanan ke Milford Sound dari Te Anau memakan masa dalam satu jam setengah ke 2 jam gak la so makanya aku decide untuk stay di Milford Sound Lodge kerana lebih dekat hanya dalam 500 meter sahaja untuk ke tempat cruise berlabuh. Dalam group aku ada warga emas so, tak nak la bangun 4-5 pagi drive pagi-pagi buta kan. Nanti penat pula.

Ni kat Arthurs Point di Queenstown kalau tak silap.



Arrowtown merupakan sebuah pekan ala2 pekan koboi..


On the way untuk ke Milford Sound Lodge..



Singgah lunch at Drift Bay...kitorg terjumpa tempat ni pun secara tak sengaja..and the view sangat2 awesome..tapiii sejuuuukkk..makan pun gigil2 tangan..hahaha..


Bergambar di Drift Bay...

Video pemandangan di Drift Bay..diambil menggunakan phone sahaja..





Selepas tu kitorg pun meneruskan kembali perjalanan. Tetapi sebelum terus ke Milford Sound Lodge, kitorg singgah dulu di Te Anau untuk cari station minyak and solat. Kitorg pergi ke town Te Anau dan cari parking untuk cari toilet. Kebetulan ada satu tempat tu memang ada banyak parking dan ada kedai baju dekat dengan tempat tu. Kitorg pun masuk la then terjumpa seorang rakyat Malaysia yang kerja di situ. Rupanya dia buat working holiday di NZ dengan menggunakan Working Holiday Scheme Visa yang diberi kepada rakyat Malaysia yang berminat setiap tahun.

Untuk ke Milford Sound Lodge dari Te Anau mengambil masa dalam dua jam. Oleh itu, silalah penuhkan minyak kereta dan makanan untuk dibawa ke sana. Kerana tak silap kat Milford Sound macam takde pun station minyak. Untuk ke Milford Sound Lodge tu kita akan melalui Homer Tunnel yang dikatakan agak scary oleh blogger2 sebelum ni. 

Kat Homer Tunnel hanya muat untuk dilalui sebuah kereta je. Oleh itu, akan ada traffic light untuk mengawal lalu lintas. Tetapi rupa-rupanya traffic light ni bukanlah berfungsi sepanjang masa. Tepat pukul 6 petang diorg dah shut down power traffic light tu...daannnnn guess what? Aku dan ahli rombongan tiba tepat-tepat pukul 6 pm kat Homer Tunnel. Dangggg...terus berdebar-debar...dengan sunyinya tempat tu cuma nasib baik cerah lagi...Dalam tunnel tu tak de lampu sangat just ada lampu kereta saja...weh cuak weyh..dah la aku lead & drive time tu...waktu tu aku just doa-doa supaya takde kereta dari arah satu lagi..kalau tak, tak tau la nak buat mcm mana...huhu..

 Homer Tunnel..*picture credit to the owner*

 Jalan selepas melalui Homer Tunnel..
Bila kita dah start masuk kawasan ni coverage phone & internet terus jadi no coverage..

 Waktu pukul 7 lebih malam masih cerah..Ini kerana ketika musim spring, siang nya panjang..dalam pukul 8-9 lebih baru gelap..

Kitorg sampai ke Milford Sound Lodge dah senja. Terus masuk untuk check-in..aku ambil 7 bed dorm untuk rombongan aku. Di sini ada communal kitchen dan toilet kena share. Tapi yang bestnya dia asingkan toilet lelaki dan perempuan. Kat sini serious sejuk gilerrr....ye la kita berada di tengah-tengah bukit-bukau...memang satu malam ni memang tak boleh nak online or message ke apa sebab no coverage at all...Di sini ada wifi tapi bukan free la..kena bayar..tak ingat plak harganya..rasanya diorg mcm guna satelit coverage kot...Malam tu kitorg masak salmon asam pedas and salmon saute ngan garlic...so nyummehss..sejuk-sejuk makan plak nasi panas-panas skali ngan asam pedas memang marvelous...hahaha...

Malam tu aku, Aini dan nenek saudara aku buat kerja giler pergi stargazing dekat ngan tempat cruise. Dah la sunyi dan gelap gelita plak tuh...ditambahkan pula dengan sejuk ya amat..gigih sangat kan...kitorg parking kereta kat car park tempat orang nak naik cruise. Dari situ boleh dengar bunyi angin & bunyi air di fiordland. Best...tenang je rasa...Dari Milford Sound Lodge nak ke tempat ni dalam 500 m - 1 km gak kot..

Kalau berminat nak stay sini boleh direct booking ngan diorg. Ni link Milford Sound Lodge: https://www.milfordlodge.com/

4 comments:

  1. saya follow semua entry berkenaan NZ ne..giler kentang rindu tak hengat donia, entah bilalah boleh repeat huhuhu

    ReplyDelete
    Replies
    1. hai zilla...rindu kan..saya pun rindu ya amat kat NZ ni..rasa mcm nk repeat tiap2 tahun je..tapi al fulusnya xmengizinkan..dok siapkan entry ni dok terbayang2 memori kat sana..

      Delete