Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 9 May 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 8 (Part1): Skydive di Wanaka..mission accomplished!

Lepas kitorg buat bungy semalam, kitorg gerak ke Wanaka dan singgah sebentar di Cromwell nak beli aiskrim yogurt yang famou dan sedap tu..Alhamdulillah hajat tercapai..memang sedap betul aiskrim tu..

Di Wanaka kitorg bermalam di Alpine Motel Wanaka. Semalam waktu aku call Skydive Wanaka nak book session utk pagi ini diorg suruh contact balik pukul 6.30am harini untuk confirmkan sama ada weather elok dan sesuai atau tak nak fly pagi ni. Dan Alhamdulillah jawapannya positif...diorg suruh kitorg datang je kat syarikat tu yang terletak di Lapangan Terbang Wanaka yang hanya 10-15 minit perjalanan dari motel yang kitorg duduk. Pagi tu serious sejuk ya amat...suhu jatuh sampai satu degree celsius dan atas cermin kereta ada ais. Owner motel bagitau yang pagi tu kat Mount Cook ada turun salji...perghh..masih ada salji walaupun dah nak masuk musim panas.

Tempat mendarat 

Skydive Wanaka base...

Selepas dah register nama dan buat pembayaran, kita akan disuruh untuk ikut staf ke bilik khas untuk menonton video khas mengenai taklimat skydive dan what you should expect...Lepas tu kitorg dipakaikan harness oleh staf bertugas..then tunggu la cameraflyer dan tandem ko untuk sesi berkenaan...Untuk skydive ni aku ambil pakej terjun dari ketinggian 12,000 kaki atau 3,650 meter bersama tandem dan cameraflyer iaitu penerjun tambahan yang akan ambil gambar dan video kita sepanjang berada di atas udara. Harga keseluruhannya adalah NZD528.


Inilah Aini (kiri).
Partner in crime merangkap BFF aku yang satu frekuensi bab2 travel dan aktiviti gila2..

Ini pula tandem aku, Mr Barni. 
Yang ambil gambar ni pula ialah Mr Jason merangkap cameraflyer aku. 

Gambar pemandangan Wanaka dari atas kapal terbang..Subhanallah, sungguh cantik...

Giliran Aini untuk terjun dulu..
Untuk pengetahuan semua, sepanjang di atas udara atau skydive ni kita akan sentiasa 'melekat' dengan tandem kita tau..don't worry diorg ni adalah penerjun profesional semua..tapi before terjun tu bacalah doa semoga semuanya selamat dan mengucap siap-siap ye..


Aku ketika berada di pintu kapal terbang dan bersedia untuk 'diterjunkan'...hahaha...EXCITED!!..

Waktu ni ko kena percayakan tandem ko sbbnya dialah yang bertanggungjawab menjaga keselamatan ko kat atas tu..Harness atau kelengkapan keselamatan yang dipakaikan kepada kita tu attached sangat kuat dan selari dengan badan tandem ko..ini adalah untuk mengelakkan korang terkeluar atau terlepas daripada tandem..bukannya apa aku pernah la tertengok dan terbaca ada orang terlepas/terkeluar  daripada harness yg attached ngan tandem tu kat atas udara dan nasib baiklah tandem tu kuat untuk tarik dia balik..huhu...

Untuk skydive dari ketinggian 12,000 kaki, kita akah jatuh bebas iaitu freefall selama 45 saat. Freefall tu maksudnya jatuh tanpa payung terjun..waktu ni susah ko nak kawal mimik muka ko. Dengan nak senyum tengok cameraflyer nyer dengan ko nak kawal mulut daripada dimasuki angin lagi...serius susah weh..muka macam ape je kena rintangan angin yang kuat tu..ko mampu? baru nak ayu2 gittew....tapi nanhadornyer...hahaha...



We are superman....!!!

I wish muka aku time ni elok sikit...hahaha..baru dok berangan nak buat bulatan di atas udara gittew..tapi sayangnya tak dapat..huhuhu

Waktu ni tandem bagi isyarat kat cameraflyer untuk buka parachute atau payung terjun..

Apabila payung terjun dibuka, kita akan tertarik naik ke atas...waktu dah buka parachute ni tandem akan suruh kita practice cara nak landing nanti..pastu, tandem aku bukakan goggle aku dan suruh aku menikmati pemandangan di seluruh Wanaka...Dia tunjukkan aku di mana Mount Cook, Lake Wanaka..Subhanallah...serious cantik weh pemandangan dari atas udara...mulut tak lekang memuji Maha Pencipta..

Dah selamat nak jejak tanah...Alhamdulillah...
Thank you so much to Mr Barni for bringing me back safely and also to my cameraflyer, Mr Jason for captured the best moment in my life..
Definitely akan ke sana lagi untuk terbang dari ketinggian 15,000 kaki pulak...ketagih weh main skydive ni..hahaha...jom kita..Alhamdulillah misi nak buat extreme sport di New Zealand dah tercapai... ^_____^

Skydive Wanaka Recommended. Diorg sangat friendly & profesional. View di Wanaka pun superb.
Sesiapa berminat boleh contact diorg ye.
http://www.skydivewanaka.com/ 

Video skydive di Wanaka...Selamat menonton... ^_^

0 comments:

Post a Comment