Pages

Ads 468x60px

Labels

Sunday 15 May 2016

Travelog South Island, New Zealand (Spring): Hari 8 (Part2) : Lake Wanaka, Crown Range Summit, Knights Point

16/11/2015

Lepas dah buat skydive kitorg balik ke motel untuk kemas barang dan check out..harini kitorg plan nak ke Fox Glacier dan bermalam di sana. Sebelum tu kitorg singgah Lake Wanaka dan Puzzling World.

Oh ye, kitorg sebenarnya patah balik ke Kawarau Bridge tempat bungy jump tu sebab Aini tertinggal GoPro. Aini baru tersedar yang gopro tertinggal time kitorg dah sampai Cromwell semalam. Time tu terus call company AJ Hackett yang kat situ bagitau pasal gopro tu dan diorg janji akan try cari. Of course malam tu pakat tidoq tak lena la sebab gambar2 & video aktiviti ada dalam tu. Lepas dah buat skydive dan lepak makan kat Lake Wanaka kitorg decide pergi balik kat Kawarau Bridge. Alhamdulillah masih ada rezeki diorg jumpa & simpankan gopro tu. Pastu kitorg meneruskan perjalanan ke Fox Glacier pulak..Pergh boleh tahan jauh kitorg pusing harini.

Aiskrim yogurt yg sedap...

 Lake Wanaka





 Jalan ni dipanggil Crown Range Summit, Queenstown..ianya menghubungkan Queenstown dan Wanaka. Untuk perjalanan Wanaka - Queenstown or vice versa ada dua jalan. Satu lalu Cromwell, dan satu lagi lalu Cardrona & Crown Range Summit ni.
Kat New Zealand ni kita boleh jumpa pelbagai bentuk muka bumi. Dari satu coast ke satu coast setiap tempat berbeza dan cantik.

Crown Range Summit..It's the highest main road in New Zealand. Info mengenai Crown Range Summit: http://www.newzealand.com/int/feature/the-crown-range/

 Puzzling World, Wanaka
Kitorg tak masuk pun just lepak kat bahagian cafe dan depan2 ni je... Kalau nak masuk kena bayar NZD16


Perjalanan kemudian diteruskan ke Foz Glacier. Boleh tahan gak sebenarnya kitorg drive harini. beratus-ratus kilometer. 


 Singgah sebentar di Thunder Creek Falls

 Cantik air dia...jernih..

Singgah sini juga



Dah dekat maghrib gak la kitorg sampai Fox Glacier. Nasib baik la time spring siang panjang.

 Pekan kecil Fox Glacier

0 comments:

Post a Comment