Pages

Ads 468x60px

Labels

Monday 18 February 2013

Travelog Korea - Hari 1: KUL-ICN

Setelah segala persiapan dilakukan, maka tibalah hari yang dinanti-nanti..flight dari Kuala Lumpur (KUL) ke Seoul (ICN) adalah pada pukul 8.50 pagi..maka setelah selesai bersolat Subuh, berangkatlah kami ke LCCT.Perjalanan ke Korea dengan menaiki Air Asia X mengambil masa lebih kurang 7 jam.

Disebabkan flight pagi dan tak cukup tidur packing barang semalaman, maka 7 jam itu tak la terasa sgt sebab banyak dihabiskan dengan membuta je...hehe..bangun hanya ketika stewardess AA nak bagi makanan yang diorder...time tu mata sangat la kelat nk buka, ambil makanan then terus tido balik..boleh pula macam tu kan...haha, nasib le...lebih sayangkan tidur daripada makan...dah nak sampai baru la kitorang start makan, sebagai pengalas perut setibanya di Airport Incheon nanti.

Dari corong bunyi perut kapal terbang bergema la suara kapten mengatakan bahawa kita sudah mahu mendarat dan suhu ketika itu kalau tak silap dalam 4-5 degree celcius kot, tetapi yang penting bawah 10 degree celcius okay. Wohohoho...serta-merta perut aku rasa seperti ada rama-rama..calm down..calm down..aku cuba merilekskan diri..nak lari balik dah tak boleh dah, giler ko, dah sampai pon...terus aku berdoa: Ya Allah, permudahkanlah perjalanan kami ini...

Sampai je kitorg just ikut je semua orang jalan utk pengambilan bagasi, but before that kena la melepasi immigresen dulu...dan pulak time dok queue tu bersembang dengan kakak-kakak dari Johor. Diorang ni datang berkumpulan around 6-7 orang juga la..diorang quite terkejut bila bgtau yg kitorang ni just travel berdua je, dah la dua-dua perempuan duduk sampai 10 hari plak kan..hehe..peace..

Immigresen diorang tak banyak kerenah, Alhamdulillah semua berjalan lancar....don't worry semua signboard ada tulis dalam english..just follow je...keluar ke balai ketibaan tiba-tiba terserempak dengan kak zarina..!! Sape tuh?? Alah penulis blog budgettravel2korea la..Apalagi Aini pon, "Hai kak Zarina.." woah mcm dh kenal lama..hik3..Then, kitorg pon cari la port..biasala, sampai kat tempat asing blank sekejap apa nak buat...Mula-mula kitorg buka balik itinerary, then terus gi beli T-Money..tadaaa..ni la T-Money card..



harga kad ni KRW2,500 then topup kredit KRW 30,000 utk perjalanan 10 hari. Kad ni boleh guna utk transportation (subway, bas, certain taxi), beli barang di 7-eleven, GS25..
*udah2 jgn mengkome nak convert ni ke RM, nnti alamatnyer tak berjalan le mengkome*
pastu, gi tourist information, tanya & minta itu ini like map, bus route & schedule..kaki mula melangkah keluar airport menuju tempat tunggu bas...woahhhh ssejuuuukkk nyer mak ko..ghupanya baru lepas hujan..cuba bayangkan di  musim winter yg sejuk then hujan mencurah-curah, korang agak-agak kesejukan dia mcm mna..fuhh fuhh..hembus-hembus nafas keluar asap noks..
Kitorg tunggu bas nombor 6011 untuk ke SungKyunKwan University sebab penginapan malam pertama di Seoul adalah guesthouse BACKPACKERS INSIDE..ni aku booking through hostelworld, sgt senang. Menurut pihak guesthouse, lebih senang naik airport limousine bus 6011 ni compare naik subway..aku pon tak tahu kenapa, maybe sebab senang nak angkut barang-barang since bus tu ade tempat simpan luggage & direct terus ke sungkwunkwan tanpa perlu transfer like subway kot. Tambang bas KRW10,000 dan perjalanan memakan masa around 1 hour & half...


Ni la bilik kitorg...

sgt cozy...boleh on9 & tgk tv guna komputer tuh..
kitorg sampai guesthouse dalam pukul 6 lebih tapi time tu dh gelap sebab pada musim winter waktu siang lebih pendek daripada malam...sunset di Seoul dlm kol 6 pm kalau tak silap. Usai solat jamak, aku pun ajak la Aini keluar jenjalan di sekitar Seoul and to be exact Dongdaemun Night Market. ngeh ngeh... Malam kan masih muda..giitteeww..maka berjalan la kami ke stesen subway Hyehwa. Gigih walaupun cuaca sangat sejuk.

Penginapan 1 mlm di Backpackers INSIDE: KRW 20,000 per person/night  for basic twin room.
*Tapi bilik diupgrade ke deluxe room sebab bilik yg ditempah penghuni asal tak nak keluar lg..so, dpt la kitorg bilik yg lengkap dgn bilik air + fridge + mini kitchen.. I loike*



0 comments:

Post a Comment