Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 27 February 2013

Travelog Korea - Hari 2: Seoul-Jeju Island

Suhu hari kedua drop ke -1 degree celsius....mak aiii cejukkknyeerr...First time dalam hidup bangun-bangun suhu below 0 degree... (o_O). Dah la tak beli lagi winter coat..muahaha..redah je la dgn 3 layer baju: thermal wear or long john, t-shirt lengan panjang & sweater. Oh tak dilupakan mafla & glove..Alhamdullillah ia sudah memadai...maka bermulalah pengembaraan kami di bumi Korea.

Perjalanan diteruskan ke Gyeongbokgung Palace dengan subway. Dari station Hyehwa (line 4), turun di  station Dongdaemun then transfer ke (line 1) untuk ke station Jongno-3(sam)-ga. Dari situ, transfer pula ke (line 3) untuk ke station Gyeongbokgung. Klik map bawah utk visual yang lebih jelas.


Di station Gyeongbokgung, kami disapa oleh sekumpulan remaja yang berpakaian oren. Rupa-rupanya, diorang ni tourist guide yang boleh berbahasa Inggeris dan tiada sebarang bayaran dikenakan jika mahukan perkhidmatan diorang ni..it is FREE... Diorang dipertanggungjawabkan untuk memberitahu pelancong mengenai sejarah dan membawa kita melawat di sekitar Istana Gyeongbokgung....dan kitorg pon ape lg, dah kata free so lenjan je la kan..hik3..


Tourist guide kitorang yang comel...baru umur 16 tahun..pernah travel banyak negara termasuk Malaysia...*sempat jadi wartawan kejap..hik3*
 

Pintu utama Istana Gyeongbokgung, dikenali sebagai Gwanghwamun Gate. Ia menjadi simbol kerajaan Dinasti Joseon.


Ni la official guards di hadapan pintu utama Gyeongbokgung Palace

 
 
Apakah perbezaan bahagian sebelah kiri dan sebelah kanan dataran ini? Menurut tourist guide comel kitorg tu, pada zaman Dinasti Joseon apabila ada keraian yang melibatkan Raja dan rakyat jelata, makanya inilah dataran tempat diorang berkumpul. Bahagian sebelah kanan untuk pegawai kiri kerajaan (macam menteri-menteri kalau tak silap) manakala bahagian kanan adalah untuk kakitangan kerajaan yang biasa...





Elemen yang dipengaruhi daripada unsur kebudayaan China iaitu patung karakter Journey To The West  
 

Frozen lake
 

 Bertentangan dengan Gyeongbokgung Palace terletak pula The Statue of King Sejong the Great. Siapa King Sejong ni??
*please google sendiri ye..jgn malas..keh3x*


King Sejong the Great profoundly affected Korean history with his introduction of hangul, the native phonetic alphabet system for the Korean language



Disebelah petang kitorang akan ke Pulau Jeju, maka kitorang ambil keputusan untuk tinggalkan beg-beg yang gedabak-gedabak ni kat guesthouse yang bakal kitorang duduk sekembalinya dari Jeju nanti. Untuk ke Hongdae dari SungKyunKwan ni staff guesthouse suggest untuk naik taxi kerana ia lebih memudahkan. Minhong (owner guesthouse) dengan baik hatinya tolong panggilkan taxi & bgtau ke mana arah tuju kami kepada driver taxi tu. Dah sampai Hongdae boleh plak tersesat-sesat cari guesthouse tu...dah la sejuk..wohohoho..kitorang  ni dah takut kalau-kalau taxi driver ni biar kitorang terkulat-kulat kat Hongdae tu sendiri...fortunately diorang sgt la bagus sampai tlg callkan orang guesthouse tu la....cari punya cari akhirnya terserempak dengan staff guesthouse yang dok mencari kitorg jugak ghupenye..hehe...fuhhh selamat..

After settle tinggalkan barang, maka berangkatlah kami ke Gimpo Airport. Kami guna subway sebab senang sebab dari station Hongik University di ambil AREX terus ke Gimpo Airport tanpa perlu transfer. AREX atau KORAIL AIRPORT RAILROAD adalah perkhidmatan train tanpa henti terus ke lapangan terbang.

Utk ke Jeju kitorg ambil flight Eastarjet yang telah dibeli dua-tiga bulan awal dengan harga KRW90,200 untuk return tiket. Ketika tunggu dalam balai pelepasan dan queue nak masuk flight, apa yang aku perasan adalah hanya kami sahaja yang berhijab ketika itu. Patut la ada yang tengok semacam je...hehe..nasib badan..


Keadaan sekitar Airport Gimpo...


Fee admission Gyeongbokgung Palace: KRW 3,000
Return flight Jeju-Seoul via Eastarjet: KRW 90,800

Untuk pengembaraan di Jeju Island : travelog korea- hari-3 - seogwipo, jeju Island


0 comments:

Post a Comment