Pages

Ads 468x60px

Labels

Tuesday 26 March 2013

Travelog Korea - Hari 6 - Nami Island

Itinerary hari ke 6 kitorg adalah untuk ke Nami Island. Nak fefeling Winter Sonata kononnyer..suhu pagi tu boleh tahan sejuk, 4 lapis seluar jgak la aku pakai...dengan gigihnya pukul 9 pagi bermulalah perjalanan kitorg menuju ke Nami Island menggunakan subway dari stesen Hongik. Terkejut owner guesthouse tgk kitorg keluar awal2 pagi...of course la weh, gi tmpat org takkan nak dok melingkar dalam guesthouse je..apa barang..membazir duit je...kita kenalah meng'optimum'kan percutian kita sepenuhnya..ye dok??

Nak tau route & cara-cara nak ke Nami Island sila rujuk link di bawah..teman malas giler nak menulis ni yob oiii...hik3..


Sesampainya di stesen Gapyeong, kitorg plan nak naik bas ke jeti sebab lebih menjimatkan. Unfortunately, menurut ahjussi di stesen tu cakap bas dah berlepas, so dia suggestkan untuk naik teksi je. Well, rupa-rupanya tambang teksi ke jeti tak la mahal sangat around KRW 3000 ++ je so bahagi dua, sorang just dlm KRW1,000 ++ je. Sampai jeti kena la beli tiket untuk ke Naminara Republic & kat situ juga ada immigration office tapi diorang xde la mintak nak tgk passport. Fee entrance + feri return ticket to Nami Island hanya KRW8,000.


Pemandangan dari dek kapal


Disebabkan snow lebat beberapa hari lalu maka dapatlah kitorang fefeling Winter Sonata. Salji agak tebal la juga...tu yang best..gi Korea time winter nak la gak rasa snow kan.Masa dekat Nami ni la kitorg jumpa ramai orang Malaysia.

Oh ya, jangan tak tau pula ye yang dekat sini ada musolla @ surau dan tempat makanan halal.



Lunch box: KRW6,000 (sekotak) + Kimchi Pajeon (pancake): KRW7,000

Sempat juga la kitorang buat mini snow man. Itu pun amik masa gak..almaklum la tak pernah wat snowman seumur hidup dan ini merupakan pengalaman merasai salji buat pertama kali. Hasilnya..???!! Boleh tahan comei juga la..*masuk lift tekan sendirik* wth.. :P



Satu lagi dapat la juga rasa jatuh bak nangka busuk..*gedebuk??!!* hahaha...malu siot..nasib foreigner semua lepas ni bukan jumpa dah...haha..nasib tak sakit sebab jatuh atas ais gebu-gebu (ais mcm ABC campur tu le)...hampir seharian juga la kitorg bersiar-siar sekitar pulau ni. Best bangat deh..(^_-)

Jemput tengok gambar-gambar di bawah..enjoy.. :)











berebut-rebut mencari unggun api..sejuk wooo... @_@





0 comments:

Post a Comment