Pages

Ads 468x60px

Labels

Wednesday 27 March 2013

Travelog Korea - Hari 7 - DMZ

Hari ke-7 di bumi Korea...Alhamdulillah dah seminggu rupanya & kami survived. Itinerary harini adalah ke DMZ. Apa tu DMZ? Best ke tempat tuh?
Well DMZ adalah singkatan kepada Korean Demilitarized Zone. It is a strip of land running across the Korean Peninsula that serves as a buffer zone between North and South Korea which runs along the 38th parallel north. -Thanks to wikipedia-

Untuk ke sini, kena ambil tour sebab kalau tak silap, tak boleh kot nak pegi sendiri-sendiri. Ia melibatkan pos kawalan dan kem tentera Korea Selatan. So, faham-faham la ye kawalan agak ketat kerana ada sesetengah tempat kamera & pengambilan gambar adalah dilarang sama sekali. Kemungkinan untuk dirampas juga ada.

Tour kami diatur oleh guesthouse. Kitorg ambil trip pagi iaitu start pukul 8.00 pagi hingga ke 12.00 tengahari. Tak silap harganya dalam KRW46,000 sahaja. Oh ye tour ni ada pick up service. Diorang akan ambil kita then hantar ke check point seterusnya.

Maka, pada pukul 7 pagi terpacak la tourist guide menunggu kitorg di luar guesthouse. Dengan senyuman & good morning kami di greet oleh staff/tourist guide merangkap driver kitorg. Handsome juga driver yang pick up kitorg ni. Pakai pon smart...hik3..flirt sebentar... :P

Hari ke 7 ni suhu dekat Seoul drop sampai negative degree celcius..antara -11 ke -15 degree celcius....UGHHH, sejuk ya amat..nasib dah beli winter coat yang gebuk-gebuk kat Ewha University semalam, selamat la sikit. Tu pun pakai 4 lapis seluar & baju..hahaahaa

Sampai dicheck point naik la bas untuk ke DMZ. Macam biasa, tengok-tengok kitorang je yang bertudung...yang lain semua mat salleh...maka tanpa disangka-sangka dalam diam kitorg ni jadi penanda utk tour haritu. Ye la di setiap check point kita akan diperuntukkan masa tertentu untuk bersiar-siar, sebelum ke perhentian seterusnya. Rupa-rupanya secara tak sedar ada la a few mat salleh yang mengekor kitorg ke mana sahaja sepanjang tour tu. Actually teman idok le perasan pon sebab teman pon ada mark a few mat salleh sebagai penanda takut kena tinggal ngan bas. Partner teman le yang kabor. Hohoho...

Ni adalah course yang kitorg ambil:

Hotel - Imjingak Park - Freedom Bridge - The 3rd infiltration Tunnel - DMZ Theater / Exhibition Hall - Dora observatory - Dorasan Station - Unification Village Pass by - Amethyst factory or Ginseng Center - Drop off Itaewon or City Hall








Di Dorasan station




Dora Observatory





0 comments:

Post a Comment