Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday 13 April 2013

Travelog Korea - Hari 3 - Seogwipo, Jeju Island

Mentari senja di ufuk timur mula melabuhkan tirai malam. Keindahan pemandangan matahari terbenam di Pulau Jeju, seolah-olah menyambut kedatangan kami. Cantik sungguh ciptaan Tuhan di bumi Korea Selatan ini. Akhirnya sampai juga kitorg di destinasi idaman iaitu Pulau Jeju. Sesampainya di lapangan terbang, tempat utama yang dituju seharusnya ialah kaunter pertanyaan. Di situ la kitorg minta jadual bas dan info-info berkaitan Jeju.
Penginapan malam pertama adalah di Jeju Hiking Inn yang terletak di kawasan Seogwipo-si. Rate untuk 1 malam utk bilik double with sea view: KRW35,000.  Menurut laman web jeju hiking inn nanti kena bagitau encik driver bas nak turun di Sunbeach Hotel tapi staff tourist information airport kabor kena turun di New Kyungnam Hotel. Adeh mana satu betol ni? takot juga la tersesat dah la malam plak tuh. Well nak tak nak gamble je la kan...Nasib baik betul..rupa-rupanya dah tukar nama..
Mode pengangkutan untuk ke Seogwipo dari Jeju International Airport adalah menggunakan limousine bus (line 600) dan perjalanan memakan masa lebih kurang sejam lebih. Tambangnya adalah sekitar KRW5,000.

Hari ketiga, kitorg bergerak ke Cheonjiyeon Waterfall yang terletak lebih kurang 1 km dari guesthouse. Best sangat suasana pagi di pulau ni, sungguh nyaman dan segar. Dengan bunyi kicauan burung-burung sungguh menggamit perasaan. Dari Jeju Hiking Inn tu belok kiri then jalan straight sampai jumpa pelabuhan dan kedai-kedai. Cheonjiyeon Waterfall dekat bahagian belakang kedai-kedai tu.




Pemandangan dari tempat penginapan
 
 

Seogwipo Harbor


 

 


Cheonjiyeon Waterfall
 
 
Pekan Seogwipo
 




Nampak tak ada dua pelampung kat dalam air tu? Haaaa...tu la Haenyo atau penyelam yang mencari hidupan laut untuk dihidangkan kepada pelancong secara segar. Giler ah diorang ni selam time winter kot. Mak aiiiii...tak kejung ke eyh? Dah la penyelam-penyelam tu makcik-makcik. Kagum dengan kekentalan diorang sebentar...
 





Jeongbang Waterfall
 

Hari ini dalam sejarah berjalan dari Jeju Hiking Inn ke Chanjiyeon Waterfall then gerak ke Jeongbang Waterfall pastu menapak ke terminal bas plak untuk ke Jungmun Tourist Complex...all in semua kira-kira dalam 7 km lbih la...mau patah pinggang teman rasa...kalau kat Malaysia tak dak maknanya teman nak jalan sejauh ni...
 
 
Tambang limousine bus dari Jeju Airport ke Seogwipo: KRW5,000
1 malam utk bilik double with sea view: KRW35,000

Admission fee: 1) Chanjiyeon Waterfall: KRW2,000
                         2) Jeongbang Waterfall: KRW2,000

2 comments:

  1. salam.

    boleh tak kalau kita sewa kereta pastu drive sendiri ke seongwipo tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. wslm. boleh..sewa kereta di Jeju, si berhampiran dengan airport & tour ke Seogwipo

      Delete