Pages

Ads 468x60px

Labels

Saturday 13 April 2013

Travelog Korea - Hari 3 - Seogwipo, Jeju Island part 2

Sambungan daripada entry sebelum ni.. travelog korea hari-3 Seogwipo, Jeju


Selepas dah puas pergi ke setiap tourist attraction di area Seogwipo, maka perjalanan diteruskan ke Jungmun Tourist Complex aka Kompleks Pelancongan Jungmun menggunakan airport limousine bas. Ala bas yang kita naik dari airport aritu yang nak ke Seogwipo tu..tapi kali ni bukan tunggu depan New Kyungnam hotel tau, kena jalan depan sikt lagi then ada booth utk beli tiket bas ni. Tambang bas around KRW1,500.
Sampai je kat Jungmun Tourist Complex, terus kitorg ke Teddy Bear Museum.






Teddy bear termahal...Louis Vuitton








Pastu gerak ke Yeomiji Botanical Garden. Untuk ke sana dari Teddy Bear Museum, kena cross jalan ke arah signboard jalan besar..dari situ turn right then straight je sampai la jumpa GS25 kot ke mart yg mcm 7eleven (kalo tak silap la)  tu sebelah kanan, pastu akan nampak mcm pintu gerbang sebelah kiri..ye, maka kini anda sudah sampai ke destinasi anda iaitu Yeomiji Botanical Garden.


Ripleys Believe It or Not Museum
Kat sini kita boleh naik mcm train untuk pusing-pusing di sekitar garden ni tapi kena la bayar KRW1,000. Macam biasa la, hanya kitorg je pelancong asing waktu tu, maka terkial-kial la kitorg ni nak gi beli tiket. Sebab tiket tu kena beli guna mesin. Dalam hati teman dah risau buatnya mesin tu bukan bilingual tak ke jenuh kitorg kan...Alhamdulillah, nasib kitorg sangat baik, sebab driver train tu meng'offer'kan dirinya untuk tolong belikan tiket..*yeeehhhaaaa*








Waktu dok pusing-pusing garden tu, teman ternampak jambatan yang biasa ku lihat, tapi di mana ye??!! Haaa!! Dari pembacaan ketika dok berblog walking sebelum ni, ada yang tulis mengenai antara tempat-tempat yang harus di lawati ketika di Jeju dan itu lah tempatnya...apa lagi kalau bukan Seonimgyo Bridge.

Memandangkan cuaca tidak begitu mengizinkan dan hari semakin suntuk, kitorg memutuskan untuk melawat Muzium Teddy Bear, Yeomiji Botanical Garden dan Jambatan Seonimgyo sahaja. Sebenarnya, kat kawasan ni je tertumpu banyak tempat tarikan pelancong antaranya seperti Muzium Ripleys Believe It or Not dan pantai Jungmun.
Admission fees: 1) Teddy Bear Museum - KRW8,000
                           2) Yeomiji Botanical Garden - KRW10,000

0 comments:

Post a Comment